Ada masanya, Malaysia mengalami cuaca panas yang melampau sehingga boleh menyebabkan berlakunya strok haba. Jadi teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tip kekal sihat pada musim panas.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
6 tip kekal sihat pada musim panas
Seperti yang dapat diperhatikan, cuaca di negara kita pada ketika ini agak panas dengan suhu yang juga tinggi dan mampu mencecah sehingga 40 darjah celsius.
Walaupun ada segelintir individu yang menyukai cuaca sebegini terutamanya pelancong asing, ia sebenarnya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita.
Paling menakutkan, cuaca sebegini boleh menjadi punca terjadinya strok haba (heat stroke).
Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan haba dan merupakan kategori yang paling serius.
Penyakit ini akan menyebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) dan boleh mengundang maut.
Bagi mengelakkan kondisi sebegini terjadi kepada anda, ikuti artikel ini untuk mengetahui tip-tip kekal sihat di musim panas.
#1. Banyakkan minum air putih dan isotonik
Paling penting, anda perlu sentiasa kekal berhidrasi. Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian anda.
Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.
#2. Kurangkan minum air berkafein, bergula dan beralkohol, antara tip kekal sihat pada musim panas
Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul.
Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas.
Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.
Baca juga: