Untuk mencukur bulu ketiak atau tidak adalah semestinya keputusan peribadi. Walau bagaimanapun, terdapat kajian dan tinjauan menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab yang kukuh mengapa lelaki harus sekurang-kurangnya cuba untuk mencukur ketiak mereka.
Mengapa lelaki harus mencukur bulu ketiak?
- Untuk rupa dan bau yang lebih baik
Ramai individu lelaki percaya bahawa bulu ketiak yang panjang menjadikan mereka kelihatan lebih maskulin. Ia tidaklah salah secara sepenuhnya. Namun, ambil masa sejenak untuk melihat ketiak anda. Jika anda seolah-olah mempunyai ‘hutan yang tergantung’ di situ, anda mungkin perlu mempertimbangkannya semula dengan serius.
Dalam sebuah kaji selidik yang tidak formal, sebilangan besar wanita mengatakan bahawa bulu ketiak adalah menjijikkan. Kesimpulannya, sebenarnya sebarang jenis bulu / rambut pun mampu memerangkap peluh dan bau.
- Untuk menyingkirkan apa yang tidak perlu
Kawasan ketiak mempunyai banyak kelenjar apokrin yang bertanggungjawab menghasilkan peluh. Peluh lelaki mengandungi steroid, lipid, protein, dan bahan kimia lain.
Bahan koktel ini dipercayai membawa maklumat tertentu. Para saintis mendapati bahawa bulu ketiak mungkin digunakan untuk menarik pasangan pada zaman purba. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak berfungsi dengan cara yang sama pada wanita zaman moden. Jadi mengapa harus menyimpannya?
Mengapa lelaki harus bercukur bulu ketiak?
Anda masih boleh menyimpan bulu ketiak dan menjadi ‘lelaki’ jika ia tidak kelihatan menjalar keluar semasa anda mengangkat lengan apabila tidak memakai baju. Jika anda mempunyai rambut yang kerinting, bulu ketiak anda tidak seharusnya dibiarkan sehingga membentuk semak gergasi apabila lengan anda diangkat.
Bulu ketiak anda tidak boleh dibiarkan dengan lama sehingga ia kusut dan bersimpul. Yang paling penting, jangan biarkan ketiak anda berbau busuk. Jika bulu ketiak anda melanggar mana-mana peraturan ini, mencukurnya adalah jalan terbaik.
Bagaimana mencukur bulu ketiak dengan selamat?
- Menggunting
Sekiranya idea untuk mencukur bulu ketiak anda tidak boleh diterima, anda boleh cuba mengguntingnya terlebih dahulu. Hanya gunakan gunting kecil untuk memotongnya supaya lebih pendek. Anda boleh meninggalkannya pada beberapa sentimeter sebagaimana yang anda suka. Rambut yang lebih pendek akan mengurangkan penghasilan bau dan peluh.
- Mencukur
Jika menggunting masih tidak cukup untuk menjadikan ketiak anda lebih senang dipandang, anda harus mencukurnya. Sekiranya bulu anda panjang, anda harus bermula dengan memotongnya terlebih dahulu.
Kemudian, anda boleh mencukurnya dengan menggunakan pisau cukur dan krim pencukur yang anda gunakan untuk mencukur muka anda. Pastikan anda menggunakannya pada arah ke atas dan ke bawah.
Elakkan menyeretnya dari sisi ke sisi atau anda mungkin akan mengalami kerengsaan dan razor bump. Jangan mencukur kawasan kulit yang sama terlalu banyak untuk alasan yang sama. Anda boleh cuba mencukur selepas mandi ketika rambut lebih lembut untuk menjadikannya lebih selesa.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- 5 Kesilapan Penampilan Lelaki yang Biasa Berlaku
- 9 Makanan yang Membunuh Keinginan Seksual Lelaki
- Wanita Hidup Lebih Lama Berbanding Lelaki Di Seluruh Dunia, Tetapi Kenapa?
[embed-health-tool-bmi]