Ada banyak jenis air yang anda boleh pilih sebagai minuman atau kegunaan harian seperti air paip, mineral, isotonik, soda dan lain-lain. Namun, ada satu lagi jenis air yang tidak boleh dilupakan – air alkali.
Persoalannya, apakah kebaikan yang boleh anda dapat dengan pengambilan air jenis ini dalam kehidupan seharian?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan air alkali?
Sebenarnya, semua jenis air itu mempunyai skala potensi hidrogen (pH) yang tersendiri. Ia akan ditentukan melalui tahap keasidan, kealkalian ataupun keneutralan air yang digunakan.
Berpandukan skala 7 (yang merupakan paras neutral air), air dengan nilai pH 1 hingga 6 dikategorikan berasid. Manakala, air dengan nilai pH 8 dan ke atas pula akan dikategorikan beralkali.1
Dalam kehidupan seharian, air yang biasa digunakan sebagai sumber minuman mahupun aktiviti lain seperti memasak, mencuci dan membersihkan diri tidak melebihi nilai pH neutral.1
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), sumber air paip yang disalurkan ke setiap rumah itu perlu mengekalkan nilai pH 6.5 ke 8.5 iaitu di sekitar paras neutral.2
Sekiranya nilai pH air terlalu rendah, ini akan menyebabkan air bersifat asidik. Kesannya, ia boleh meningkatkan risiko air tercemar oleh bahan kimia atau mikrob yang amat berbahaya.2
Jadi, penggunaan air yang tinggi asid dalam kehidupan seharian adalah kurang bagus untuk kita. Namun, bagaimana pula dengan air alkali?
Kebaikan air alkali yang harus kita ketahui!
Ramai orang menyangka bahawa air jenis ini tidak membawa banyak manfaat kepada mereka. Namun, anda mungkin akan mengubah persepsi itu apabila mengetahui tentang kelebihannya.
Ini kerana air yang juga dikenali dengan nama pH 8+ ini bukan sahaja sihat untuk diminum, malah selamat digunakan bagi tujuan lain seperti memasak, mencuci dan membersihkan badan.3
Buat anda yang belum tahu, air dengan nilai pH 8 dan ke atas memiliki manfaat tersembunyi terhadap kesihatan:
#1. Meningkatkan hidrasi tubuh badan
Menurut kajian terbitan Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan air tinggi nilai pH ini mampu membantu melancarkan aliran dalam saluran darah, sekali gus meningkatkan hidrasi.4
Ini kerana ia membantu mengurangkan kelikatan darah dengan lebih berkesan berbanding minuman-minuman yang lain, terutama apabila diambil sejurus selepas senaman atau aktiviti fizikal berintensiti tinggi.4
#2. Melegakan masalah usus dan perut
Kedua, air jenis ini turut mampu membantu melegakan masalah sistem penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit.
Kajian Medical Gas Research menunjukkan bahawa air minuman tinggi nilai pH akan membantu meneutralkan asid refluks serta menyeimbangkan bakteria baik dan jahat, sekali gus baik untuk fungsi pencernaan kita.5
#3. Mendapatkan waktu tidur yang ideal
Ketiga, air jenis ini juga mampu membantu mendapatkan kuantiti dan kualiti waktu tidur malam yang jauh lebih baik.
Kajian Plos One mengatakan bahawa air minuman tinggi nilai pH dapat membantu mengendalikan jadual tidur yang lebih teratur dengan cara memperbaiki metabolisme tubuh badan atau disebabkan kesan plasebo.6
Manfaat air alkali #4. Memastikan tekanan darah lebih stabil
Journal of Nursing and Health Services pula menghuraikan, pengambilan air beralkali sebagai sumber minuman boleh membantu mengekalkan paras trigliserida di tahap yang baik lantas memastikan tekanan darah lebih stabil!7
#5. Menguatkan tulang, sendi serta otot
Kajian peringkat awal yang dilakukan oleh Food & Nutrition Research memberitahu kita, air tinggi nilai pH mungkin membantu menguatkan tulang dan sendi dengan cara melambatkan proses pereputan.8
Ini kerana air jenis ini mengandungi sarat mineral termasuk kalsium dan banyak lagi zat yang lain. Namun, itu tidak bermakna ia boleh melawan penyakit osteoporosis atau masalah tulang, sendi atau otot yang lain.
Apa pula kata pakar tentang air pH 8+?
Meskipun ada banyak kajian yang memperlihatkan manfaat air alkali, namun ia masih memerlukan sokongan dan bukti lain daripada pakar-pakar kesihatan agar kita dapat benar-benar pasti tentangnya.
Dalam masa yang sama, tiada unsur keraguan yang mengatakan bahawa air tinggi nilai pH itu memudaratkan kesihatan, sekali gus membuktikan bahawa anda bebas memilih penggunaan air jenis ini.
“Hakikatnya, kita perlu lebih mengutamakan perlindungan untuk diri kita, iaitu dengan memilih minuman atau air beralkali berbanding yang terlebih asid. Ini kerana jika tahap alkali air itu melebihi 8.5 sekalipun, ia mungkin masih selamat untuk diminum atau dipakai di dalam kehidupan seharian,” jelas Pakar Perubatan Dalaman, Dr Robert D. Ashley.9
Jenama air alkali di Malaysia yang popular
Apa yang pasti, tiada sebarang mudarat, malah lebih banyak manfaatnya jika anda menggunakan air dengan pH 8+ sebagai minuman atau kegunaan seharian seperti memasak, mencuci dan sebagainya.3
Sekiranya anda sudah mengambil keputusan untuk mencuba air jenis ini di rumah, ada berita baik buat anda!
Produk Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS 700 daripada Panasonic boleh membuat minuman di rumah anda menjadi lebih sihat dan sedap dengan kemampuannya meneutralkan kandungan asid di dalam penapis.
Tidak hanya itu, penggunaan air beralkali ketika memasak juga akan memberikan tekstur, aroma dan rasa makanan yang lebih menyelerakan, di samping mempercepatkan lagi proses melembut dan memasak hidangan.
Apa yang lebih menarik, anda boleh menentukan tahap pH air itu sendiri yang dikelaskan kepada kategori berikut:
- Alkaline 1 – nilai pH 8.5 (sesuai dijadikan minuman)
- Alkaline 2 – nilai pH 9.0 (sesuai untuk minuman & masakan)
- Alkaline 3 – nilai pH 9.5 (sesuai untuk minuman & masakan)
- Alkaline 4 – nilai pH 10.0 (sesuai untuk menyingkirkan astrigen dan kotoran pada makanan)
Memandangkan produk seperti ini membantu anda mendapat banyak manfaat, jadi tidak salahnya jika anda mahu mencuba bukan? Mungkin penggunaan air alkali di rumah juga akan dapat mengubah kehidupan dan kesihatan anda!3
Dapatkan penapis air beralkali anda di sini.
[embed-health-tool-bmi]