Semua orang suka makan seafood, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi punca uric acid tinggi dan menyebabkan masalah kesihatan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Semua orang suka makan seafood, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi punca uric acid tinggi dan menyebabkan masalah kesihatan.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Segala makanan yang anda ambil dan prosedur penguraian semula jadi merupakan satu cara biasa untuk mensintesis asid urik.
Buah pinggang adalah organ yang berfungsi menapis asid ini dan ia biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, ia mungkin dikeluarkan melalui najis.
Sekiranya buah pinggang anda tidak berfungsi secara normal atau terlalu banyak asid urik yang terhasil, ia akan menyebabkan peningkatan tahap asid tersebut di dalam darah.
Baca juga:
Individu dengan tahap asid yang tinggi, akan cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Ia adalah penyakit gout.
Masalah gout yang tidak dirawat, akan mengakibatkan kristal ini untuk berkembang pada sendi dan tisu berdekatan. Ia akan membentuk mendapan (deposit) keras dan berketul dipanggil tophi.
Tahap asid yang tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya batu karang atau kegagalan fungsi buah pinggang.
Individu dengan masalah ini akan berdepan dengan kesihatan yang teruk pada bahagian sendi yang terlibat.
Apabila terjadinya gout, selalunya ia akan menyebabkan pergerakan terbatas disebabkan sendi mengalami keradangan dan bengkak kerana pengumpulan asid urik di kawasan berkenaan.
Gout dianggap sebagai satu masalah yang melibatkan metabolisma disebabkan kehadiran asid yang tinggi di dalam darah. Asid ini akan berkumpul di dalam darah atau di dalam sendi dan pada kepekatan yang tinggi, ia akan membentuk kristal.
Kristal asid urik ini sukar untuk terurai pada suhu rendah. Oleh sebab ini, serangan gout selalu terjadi pada bahagian kaki disebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding sendi yang lain.
Batu karang boleh terbentuk dalam sistem urinari seseorang individu disebabkan pengambilan dan penghasilan asid urik serta kalsium secara berlebihan.
Pengambilan air yang kurang dari 1.5 liter hingga 2 liter sehari adalah antara faktor penyumbang kepada masalah batu karang.
Pembentukan batu karang boleh berlaku apabila ginjal gagal berfungsi untuk menapis kehadiran bahan seperti kalsium, asid urik dan bakteria – Proteus, Psedomonas dan Klebsiella – terus melekat pada bahagian dinding buah pinggang.
Selain berpunca daripada masalah metabolisme badan, pengambilan makanan seperti makanan laut khususnya kerang, sotong, ikan bilis dan ikan sardin juga boleh menyebabkan peningkatan asid ini di dalam badan.
Tabiat memakan organ dalaman seperti hati, paru-paru dan usus, pelbagai jenis kekacang dan ulaman yang tinggi sumber protein yang dikenali sebagai purine, boleh mengakibatkan pembentukan batu karang.
Untuk menghindari risiko peningkatan tahap asid urik dalam badan, anda digalakkan untuk:
Cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat daripada doktor mahupun pakar pemakanan mengenai kaedah penjagaan kesihatan untuk mengawal peningkatan asid urik di dalam badan anda.
Risiko untuk mengalami sebarang masalah kesihatan, sering kali didasari oleh faktor pengambilan makanan seharian.
Jadi untuk mengelakkan peningkatan kecenderungan menghidapi masalah berkaitan kesihatan, anda harus menitik beratkan aspek pemakanan , khususnya yang boleh menyebabkan punca uric acid tinggi.
Dalam masa yang sama pastikan anda melakukan aktiviti senaman serta menghindari tabiat yang tidak mendatangkan manfaat kepada kesihatan, okay?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen