Sukar mencari deodorant terbaik untuk mengatasi masalah bau badan anda? Ketika memilih deodoran, faktor bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga perlu dititikberatkan.
Ramai juga yang memilih deodorant spray tanpa kandungan alkohol kerana ia akan menyebabkan kulit kita mengalami iritasi dan menjadi kering.
Jangan risau! Kini, anda tidak perlu pening kepala lagi dalam memilih deodorant anti peluh wanita yang sesuai untuk anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Bagaimana bau badan boleh terjadi?
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan badan anda berbau. Ayuh kita kenali terlebih dahulu penyebab tersebut sebelum mengetahui jenis deodorant terbaik buat wanita.
Bau badan berlaku apabila bakteria pada kulit bersentuhan dengan peluh. Untuk makluman, kulit kita sebenarnya diselaputi dengan bakteria secara semula jadi.
Apabila kita berpeluh, air, garam dan lemak yang bercampur dengan bakteria ini akan menyebabkan bau badan. Bau badan boleh menjadi busuk atau tidak mempunyai apa-apa bau langsung.
Faktor lain seperti pemakanan, hormon atau pengambilan ubat juga boleh menjejaskan bau badan anda.
Untuk pengetahuan anda, seseorang yang berpeluh secara berlebihan dipanggil sebagai hiperhidrosis.
Mereka yang mengalami keadaan ini mungkin lebih cenderung untuk mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan kerana berpeluh dengan banyak.
Berikut merupakan penyebab lain yang boleh menyebabkan badan anda berbau:
- Senaman
- Stres atau kebimbangan
- Cuaca panas
- Berat badan berlebihan
- Genetik
Jadi, adalah amat penting bagi anda untuk sentiasa menggunakan deodorant terbaik lebih-lebih lagi sekiranya anda senang berpeluh dan mengeluarkan bau badan.
Tetapi anda perlu ingat, deodoran tidak berfungsi untuk menghalang peluh anda daripada keluar. Ia hanya dapat mengawal dan mengurangkan bau badan anda sahaja.
Jenis deodorant terbaik untuk bau badan
Kini, terdapat pelbagai jenis deodoran yang dijual di pasaran. Ada deodorant spray dan ada juga yang berbentuk roll on.
Berikut kami senaraikan 5 jenis deodorant terbaik di Malaysia:
#1. Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White
Bukan sahaja mengeluarkan produk skincare, kini Safi turut mengeluarkan produk bodycare iaitu deodoran.
Jika anda mempunyai kulit ketiak yang sensitif, anda tidak perlu risau lagi dengan adanya Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White!
Ini kerana, ia diformulasi tanpa sebarang kandungan alkohol, paraben, pewarna dan minyak mineral. Malah, ia sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit bawah lengan yang sensitif.
Selain dapat membuatkan anda segar sepanjang hari, deodoran ini juga boleh melembapkan dan mencerahkan ketiak anda. Deodoran jenis roll on ini juga tahan selama 60 jam dan bersifat antipeluh selama 48 jam.
Apa yang lebih meyakinkan ialah deodorant anti peluh wanita ini juga telah diuji secara dermatologi dan klinikal.
#2. Hygr Natural Deodorant Stick For Smelly Armpit 100% Natural Smell Be Gone
Dengan memilih jenama deodorant terbaik ini, anda tidak perlu lagi bimbang dengan masalah kegatalan atau kerengsaan pada ketiak anda.
Ini kerana, deodoran ini diperbuat daripada bahan semula jadi dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Selain itu, deodoran roll in ini juga dapat memastikan kulit di bawah lengan anda sentiasa berbau harum dan terasa kering. Dengan menyapukan 2 hingga 3 roll deodoran ini, ia dapat membuatkan ketiak anda wangi selama 12 jam.
Deodorant terbaik ini juga dibungkus dengan kadbod mesra alam yang boleh dikitar semula.
Jika anda ingin memutihkan kulit ketiak anda, pilihlah produk jenis natural ini!
#3. NIVEA Female Deodorant Spray – Brightening Deep Serum Hokkaido Rose
Nivea Female Deodorant Spray Brightening Deep Serum Hokkaido Rose diperkaya dengan vitamin C yang membantu membaiki kulit dan membuatkan ketiak anda kelihatan lebih putih berseri.
Deodorant terbaik ini mempunyai serum yang cepat menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa melekit.
Ia juga mempunyai ciri antipeluh atau anti perspirant yang bagus untuk mengurangkan masalah peluh pada ketiak anda.
Produk ini juga terbukti secara klinikal oleh ahli dermatologi iaitu ia tidak akan memberi kesan negatif pada kulit atau menyebabkan iritasi.
#4. Rexona Motion Activated Roll On
Deodoran Roll On Rexona Motion Activated merupakan deodoran klasik yang kini telah berkembang dengan pelbagai variasi haruman yang mempesonakan.
Deodorant anti peluh wanita ini terdapat dalam lima variasi iaitu Free Spirit, Powder Dry, Shower Clean, Passion Fresh dan Invisible Dry.
Bukan sahaja harganya berpatutan, malah ia juga bersifat ringan dan bersaiz kecil. Jadi, anda boleh letakkannya dia dalam beg dan bawa ke mana sahaja untuk digunakan semula.
#5. MENNEN Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant
Deodoran ini menyediakan perlindungan terhadap bau dan peluh selama 48 jam. Ini kerana, ia adalah sejenis anti-perspirant yang sesuai digunakan buat wanita yang kuat berpeluh.
Untuk makluman anda, anti-perspirant adalah sejenis produk yang direka untuk mengurangkan peluh pada kulit. Ia amat sesuai digunakan buat mereka yang mengalami situasi hiperhidrosis.
Apa yang lebih menarik, deodoron ini juga akan terus kering pada kulit bahagian bawah lengan anda tanpa meninggalkan sebarang rasa melekit.
Dengan haruman bunga Wild Freesia yang wangi semerbak, anda bebas bergerak dengan penuh keyakinan! Jadi dapatkan deodorant terbaik ini dengan segera!
[embed-health-tool-bmi]