Tip Menghadapi Jerebu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pencemaran udara boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan pencemaran udara sebagai risiko kesihatan alam sekitar terbesar di dunia. Dalam menghadapi musim jerebu yang bakal berulang lagi, terdapat 3 langkah pencegahan utama iaitu dengan mendidik diri sendiri tentang masalah jerebu, ubah aktiviti harian anda untuk mengelakkan kesan lebih buruk dan amalkan diet sihat supaya badan anda dapat membaiki diri setelah terdedah kepada kesan jerebu. Oleh itu, amalkan tip berikut untuk menangani masalah jerebu:

Ketahui keadaan jerebu semasa

Semak indeks pencemaran udara yang dilaporkan daripada masa ke masa untuk mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan anda. Layari laman web APIMS (Air Pollutant Index of Malaysia) untuk mengetahui indeks pencemaran udara (IPU) semasa. Baca berita dan ambil tahu sebarang kemerosotan dalam kualiti udara agar anda dapat bersiap sedia.

Lindungi diri anda daripada pencemaran

Sekiranya anda mendapati indeks IPU berada dalam julat berbahaya (300 ke atas), elakkan keluar daripada rumah. Berada di luar boleh meningkatkan risiko penyakit paru-paru, serangan jantung, asma dan masalah kesihatan lain.

Semasa berada di luar rumah, pakai topeng muka untuk mengurangkan penyerapan bahan tercemar dalam udara. Kurangkan aktiviti luar dan gunakan laluan yang jauh daripada kawasan padat kerana kualiti udara lebih rendah di jalan raya yang sesak berbanding kawasan kediaman yang tenang. Anda juga patut elakkan merokok atau pergi ke kawasan merokok.

Semasa berada di dalam rumah, pasang penapis udara, tutup pintu dan tingkap serta bersihkan rumah menggunakan vakum dan kain basah untuk mengelakkan sebarang habuk dan bawaan jerebu yang membahayakan kesihatan. Anda juga digalakkan untuk membasuh tangan dan mandi dengan kerap. Selain itu, anda boleh meletakkan tumbuhan dalam rumah untuk membantu pengudaraan.

Diet sihat untuk melindungi diri

Ubah gaya permakanan anda untuk membantu paru-paru bertahan daripada kesan-kesan pencemaran udara. Beberapa kajian mendapati sesetengah makanan kaya vitamin boleh membantu badan anda menjadi lebih berdaya tahan. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin A dan beta-karoten. Nutrisi ini membantu pembentukan dan penyelenggaraan membran mukus yang melapisi saluran pernafasan dan pencernaan, menjadikannya lebih tahan terhadap jangkitan. Sumber yang baik termasuklah marjerin, mentega, ubi keledek, lobak merah dan hati.

Makan makanan kaya Vitamin C. Vitamin ini membantu membentuk bahan penyambung dan menguatkan saluran darah, membantu anda sembuh lebih cepat. Sumber yang baik termasuklah oren, mangga, brokoli dan betik.

Banyakkan Vitamin E dalam diet anda. Nutrisi ini melindungi daripada kerosakan sel, meningkatkan bekalan oksigen ke sel dan dengan itu, menguatkan sistem imun. Selenium daripada telur, bawang, dan ikan pula dikatakan dapat melindungi paru-paru dan hati anda daripada radikal bebas.

Oleh itu, untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk membantu tubuh menghadapi jerebu yang melanda, perbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam diet dan minum air dengan banyak untuk membantu badan menyingkirkan bahan tercemar yang diserap tubuh anda.


Hello Health Group
 tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Anda gemar memakai kanta lekap ketika COVID-19? Adakah anda tahu aspek penjagaan mata penting dalam mengekang penularan wabak jangkitan coronavirus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 22/04/2020 . 4 minit bacaan

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 23/01/2020 . 4 minit bacaan

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Klik artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok dalam rumah

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bayi biru

    Bayi Jadi Kebiruan? BAHAYA, Ada Kaitannya Dengan Masalah Jantung! Mak Ayah, Sila Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    persekitaran-dan-tahap-kesihatan-manusia

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan