Teknik Menenangkan Diri Membantu Menghadapi Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser dan rawatannya boleh menyebabkan tekanan terhadap pesakit dan penjaganya. Teknik menenangkan diri dan latihan minda atau tubuh lain boleh membantu anda tenang dan meningkatkan keupayaan anda untuk fokus. Teknik menenangkan diri ini menawarkan cara yang kreatif untuk mengurangkan tekanan yang disebabkan kanser dan untuk mengekalkan kedamaian dalaman.

Berikut beberapa teknik bagi pesakit kanser menghadapi kanser:

Latihan pernafasan

Pada teras kehidupan adalah nafas. Ketawa dan mengeluh adalah cara semulajadi tubuh untuk membuat kita bernafas dengan mendalam. Disebabkan itu, kita akan berasa lebih tenang selepas mengalaminya.

Manakala kegelisahan dan tekanan boleh menyebabkan kita bernafas pendek atau sesak nafas. Pernafasan yang pendek ini tidak membenarkan oksigen yang cukup untuk memasuki tubuh dan boleh menyebabkan kita cemas.

Berikut 4 langkah pernafasan yang anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

  1. Ambil nafas dalam dari diafragma anda (ini adalah otot antara paru-paru dan perut anda).
  2. Tahan nafas selama beberapa saat – beberapa lama yang selesa untuk anda – kemudian lepaskannya secara perlahan-lahan.
  3. Ulangi langkah 1 dan 2 dua kali lagi.
  4. Selepas itu, berehat seketika dan biarkan diri anda merasa pengalaman menjadi tenang

Meditasi

Dengan teknik ini, anda merehatkan minda dengan memberi tumpuan kepada nafas anda. Apabila minda anda beralih, mengamalkan kesedaran yang tidak menghakimi. Perhatikan corak pemikiran anda dan perlahan-lahan membimbingnya untuk kembali memberi tumpuan kepada pernafasan anda. Kesedaran yang tidak menghakimi membolehkan anda memisahkan diri daripada beremosi. Salah satu manfaat meditasi ini adalah anda boleh mengamalkannya sambil duduk atau ketika melakukan aktiviti harian.

Imaginasi terkawal (Guided Imagery)

Teknik pengurangan tekanan ini menggabungkan pernafasan dan meditasi yang mendalam. Semasa anda bernafas dalam, bayangkan keadaan atau suasana yang aman, mungkin dari ingatan anda. Sebaik sahaja anda berehat, anda boleh mencipta “impian terjaga”. Sebagai contoh, anda membayangkan kesakitan yang hilang atau tubuh anda semakin kuat.

Kebanyakan orang mengamalkan latihan ini semasa mendengar rakaman bunyi ambien iaitu muzik atau bunyi dari alam seperti air terjun atau desiran ombak. Kadang-kadang dengan mendengar bunyi ambien, ia cukup menenangkan minda dan secara ringkas mengalihkan emosi anda ke tempat yang lebih selamat dan aman. Amalan lain yang boleh dilakukan adalah yoga dan tai chi.

Kaedah lain

Kebanyakan pusat rawatan kanser mempunyai program khusus untuk mengajar pesakit kanser dan penjaganya mengenai asas-asas menenangkan diri atau meditasi.

Selain itu, terdapat juga sumber rujukan seperti buku, laman sesawang dan rakaman video untuk membantu memudahkan anda mempelajari teknik menenangkan diri sepanjang tempoh menghadapi kanser. Sekiranya tidak pasti mengenai sesuatu aktiviti, anda boleh merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

    HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    melelapkan mata

    Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    kelahiran caesarean

    Bersalin Bukan Proses Mudah Terutamanya First-Time-Mom, Teknik Pernafasan Ini Penting!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser kolon

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan