Ketuat Kelamin Angkara Jangkitan HPV

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Apakah Ketuat Kelamin?

Ketuat di bahagian kelamin merujuk kepada pertumbuhan tisu-tisu kulit berkeratin di sekitar bahagian kemaluan. Untuk lelaki, ianya boleh tumbuh di mana-mana bahagian kulit sepanjang zakar dan juga pada skrotum, manakala untuk wanita, ianya mampu tumbuh di sekitar bahagian labia dan kelentit. Rupa bentuk ketuat kelamin ini lazimnya dicirikan sebagai mirip bentuk dan struktur sayur cauliflower dan ianya akan rasa lembut atau sedikit pejal apabila disentuh (bergantung kepada ketumpatan keratin).

Penyakit Jangkitan Kelamin Yang Lazim

Ia lazimnya boleh ditemui di bahagian permukaan kulit dan untuk ketumbuhannya yang boleh dilihat dari luaran ini (external genital warts), dalam terma perubatannya, ianya dipanggil sebagai Condyloma acuminata. Condyloma acuminata adalah salah satu daripada keadaan atau penyakit akibat jangkitan kelamin yang paling lazim di dunia, dengan anggaran sebanyak 500,000 hingga satu juta kes-kes baru didiagnos di Amerika Syarikat sahaja.

Angkara virus HPV

Keadaan ini berpunca daripada jangkitan spesis-spesis tertentu virus HPV (Human Papilloma virus). Terdapat lebih daripada 170 jenis virus HPV yang telah dikenal pasti. Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 40 jenis virus HPV yang ditularkan melalui aktiviti seks. Tambahan lagi, terdapat kaitan yang kuat antara spesis-spesis virus HPV tertentu dengan keadaan-keadaan kesihatan yang khusus. Sebagai contoh, virus HPV jenis 6 dan virus HPV jenis 11 jarang membawa kepada penyakit barah pangkal rahim (kanser serviks) namun kedua-dua virus HPV ini bertanggungjawab dalam 90% kes ketuat kelamin. Sebagai rumusan, hanya sekitar 49 jenis virus HPV yang menyebabkan jangkitan melalui aktiviti seks dan hanya 12 jenis yang mempunyai kaitan dengan penyakit kanser.

Adakah seks sahaja cara untuk mendapatkannya?

Jangkitan virus HPV adalah disebabkan oleh seks penetratif yang merujuk kepada seks oral, seks anal dan juga seks melalu faraj. Penting untuk diingati bahawa sekiranya anda telah dijangkiti dengan virus HPV, anda masih boleh menyebarkannya kepada orang lain melalui hubungan seks walaupun anda tidak mempunyai ketumbuhan ketuat pada kemaluan ataupun mempunyai apa-apa simptom yang berkaitan dengannya. Selain itu, wanita mengandung juga berupaya untuk menyebabkan jangkitan kepada bayi mereka, sama ada dalam tempoh mengandung, mahupun ketika proses kelahiran.

Terdapat juga kajian yang mengenal pasti penyebaran virus HPV melalui sentuhan tangan yang telah tercemar, yang membawa virus itu daripada bahagian badan yang lain (tangan) ke bahagian yang lain (kemaluan). Kaedah ini juga menjelaskan mengapa kanak-kanak mempunyai ketumbuhan ketuat pada kawasan dubur dan paha mereka iaitu akibat sentuhan tangan mereka sendiri. Tambahan lagi, berkongsi pakaian lembap dan basah seperti pakaian renang dan juga tuala, turut dikenal pasti mampu untuk menyebarkan jangkitan.

Satu Ketuat Gergasi Atau Dua Ketuat Kecil?

Ianya boleh tumbuh sebagai satu ketumbuhan sahaja atau lebih daripada satu ketumbuhan pada mana-mana satu kawasan. Ketuat kelamin ini juga boleh wujud dalam pelbagai saiz – sekecil-kecil 1 hingga 5 mm, kepada saiz yang lebih besar dan seolah-olah mempunyai tangkai (stalk). Penting untuk diingatkan, ianya juga boleh berlaku di bahagian-bahagian badan selain daripada bahagian kelamin (sekitar dubur dan paha) dan juga bahagian dalaman struktur badan (dalam salur uretra, dinding faraj dan dinding lubang dubur).

Wujud Tak Disedari, Hilang Tapi Kembali

Dalam majoriti kes ketuat kelamin akibat jangkitan HPV, ketumbuhan ketuat tersebut akan hilang dengan sendirinya. Walaupun, 90% daripada jangkitan HPV akan hilang dan dibersihkan oleh sistem imun badan dalam tempoh 2 tahun pertama jangkitan, terdapat juga keadaan di mana virus ini akan kekal pendam dalam badan dan hanya mula menunjukkan simptom berbulan-bulan atau bertahun-tahun kemudiannya.  Jika ianya tidak hilang dengan sendirinya, kebanyakannya tidak akan menghasilkan apa-apa simptom. Namun yang demikian, sekiranya terdapat simptom akibat ketuat yang kronik, penghidap lazimnya akan mengadu rasa sakit, rasa gatal juga dan rasa tidak selesa. Tambahan lagi, ketuat-ketuat ini juga boleh berdarah akibat luka geseran. Selain itu, untuk mereka yang pernah menghidap jangkitan HPV, ketumbuhan ketuat masih boleh berlaku semula dan ianya mungkin disebabkan oleh jangkitan baru atau pengaktifan jangkitan pendam yang lama.

HPV dan barah pangkah rahim

Untuk penyakit barah pangkal rahim, virus-virus HPV yang menunjukkan kaitan yang tinggi dengan penyakit itu adalah virus HPV jenis 16 dan virus HPV jenis 18, yang menyumbang kepada lebih 70% daripada keseluruhan kes kanser serviks. Jangkitan virus HPV kronik yang dibiarkan akan membolehkan virus ini membiak dan merosakkan sel-sel dan tisu-tisu sekitar bahagian pangkal rahim, mendorong kepada berlakunya barah pangkal rahim dalam tempoh yang tertentu.

Ketuat, kutil

Ketuat yang tumbuh pada bahagian alat kelamin adalah biasa, dan ketuat yang disebabkan HPV ini juga boleh tumbuh pada bahagian tekak, dipanggil papilomatosis pernafasan berulang (recurrent respiratory papillomatosis,RRP), satu keadaan yang jarang berlaku dan boleh memberi kesan kepada suara menyebabkan serak (simptom biasa), batuk kronik dan masalah pernafasan. Pembedahan adalah kaedah perubatan paling biasa, walaupun ketuat mungkin akan kembali.

Kanser tekak

Jangkitan yang menyebabkan RRP adalah tidak terlalu bahaya, kerana HPV boleh mengakibatkan kanser tekak. Sebenarnya HPV adalah sebab utama peningkatan kanser tekak di Amerika Syarikat. Menjelang 2020, saintis menganggarkan bahawa HPV boleh menyebabkan lebih banyak kes kanser tekak berbanding kanser serviks. Simptom yang melibatkan tekak tidak akan hilang, menyebabkan suara serak dan sakit ketika menelan.

Seks oral

Penyakit kanser mulut dan tekak adalah agak terhad, tetapi virus HPV turut dikenal pasti sebagai salah satu faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit tekak dan mulut, yang disebarkan melalui kegiatan seks oral. Risiko yang kecil, hanya 3 peratus daripada semua kes bagi tiga per empat hubungan seksual aktif melibatkan seks oral, yang berlaku untuk individu berusia 14 hingga 44 tahun. Merokok dan alkohol dipercayai sebagai faktor utama penyebab kanser mulut dan tekak. Walau bagaimanapun, ramai individu semakin menyedari kanser kepala dan leher boleh berlaku disebabkan HPV.

Berus gigi

Dalam satu kajian melibatkan 3,500 individu melaporkan bahawa mereka yang mempunyai kesihatan mulut yang rendah mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti HPV sebanyak 56 peratus berbanding mereka yang memiliki tahap kesihatan gigi dan gusi yang lebih baik.

Vaksin HPV

Terdapat 2 jenis vaksin yang telah diluluskan. Cervarix, dilesenkan pada 2009, hanya melawan HPV jenis 16 dan 18. Gardasil adalah satu-satunya vaksin yang melindungi dari masalah pra-kanser pada vulva, faraj dan dubur. Kedua-dua vaksin ini memerlukan 3 dos untuk diberikan pada masa berlainan, tetapi penyelidikan baru menunjukkan 1 dos sudah mencukupi.

Kebanyakan wanita berusia 26 tahun ke atas terdedah kepada HPV, yang mana penggunaan vaksin tidak akan dapat membantu. Namun berita baik, pemeriksaan kanser rutin – pap smear test – yang boleh mengesan perubahan abnormal pada serviks yang disebabkan jangkitan HPV yang disyorkan untuk wanita berusia 21 hingga 65 tahun.

Vaksin untuk individu muda

Garis panduan mengesyorkan bahawa kanak-kanak perempuan berusia 11 atau 12 tahun boleh mendapatkan vaksin HPV. tetapi mereka juga boleh mengambilnya pada usia 9 tahun. Idea suntikan vaksin ini adalah untuk memberi perlindungan yang baik terhadap HPV sebelum mereka menjadi aktif secara seksual. Vaksin juga disyorkan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 13 hingga 26 tahun yang tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini atau tidak mendapat 3 dos suntikan.

Kanak-kanak lelaki

Salah satu vaksin HPV, Gardasil, juga sesuai untuk kanak-kanak lelaki berusia 11 hingga 12 tahun. Ia dapat melindungi mereka daripada penyebaran kanser pada masa akan datang. Walaupun agak kurang popular berbanding jenis lain, terdapat 9,000 penyakit kanser adalah berkaitan dengan HPV, berlaku kepada lelaki setiap tahun, terdiri daripada kanser mulut, tekak, zakar, dan dubur. Vaksin yang diberikan kepada lelaki juga dapat melindungi dan mengurangkan risiko penyebaran jangkitan kepada wanita.

Memiliki pengetahuan tentang virus HPV, sifat dan penyebarannya bukan sahaja membantu anda untuk mencegah risiko menghidapi penyakit seperti ketuat atau barah pangkal rahim, pengetahuan dan kesedaran itu juga mampu untuk melindungi diri orang sekeliling dan orang tersayang daripada menghidapi keadaan-keadan yang tidak diingini. Jadi,  mengapa tidak anda kongsikan maklumat mengenai HPV ini kepada rakan dan juga keluarga anda?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    kanser serviks

    Sudahkah Anda Ambil Vaksin HPV Untuk Cegah Kanser? Bukan HANYA Untuk Wanita, Lelaki Pun!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    5 Persoalan Mengenai Vaksin HPV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/08/2018 . 2 minit bacaan
    Ketuat kelamin

    Ketuat kelamin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 28/03/2018 . 3 minit bacaan