AWAS! Pedih Semasa Membuang Air Kecil Mungkin Disebabkan 11 Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sakit ketika kencing mungkin disebabkan oleh masalah dysuria. Apa itu dysuria? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Situasi sakit ketika kencing

Pembuangan air kecil yang menyakitkan atau Dysuria adalah penyakit yang agak biasa dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan semasa membuang air kecil.

Wanita lebih cenderung mengalami simptom ini jika dibandingkan dengan lelaki. Dalam kalangan lelaki, ia lebih biasa pada yang lebih berusia berbanding yang lebih muda.

Wanita hamil, lelaki dan wanita dengan penyakit kencing manis atau pundi kencing adalah tinggi kadar membuang air kecil yang menyakitkan.

Apakah simptom masalah dysuria boleh dikenal pasti?

Pesakit lelaki dan wanita biasanya akan mengalami pembakaran, rasa sengit dan gatal-gatal. Dalam sesetengah keadaan, mereka mungkin berasa sakit semasa urin dikeluarkan daripada tubuh.

Bagi yang lain mungkin merasakannya di dala tubuh mereka, terutama dalam pundi kencing atau prostat. Semasa tempoh itu, pesakit cenderung untuk membuang air kecil lebih kerap.

apa itu dysuria

Apakah penyebab sakit ketika kencing?

Dysuria mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan perubatan biasa dan penyebab luaran, termasuk:

  • Bladder stones: Ia adalah benjolan mineral yang terbentuk dan terbentuk di dalam pundi kencing apabila urin tidak dikeluarkan sepenuhnya. Ia menyekat aliran air kecil dan membawa kepada dysuria.
  • Cystitis: Ia adalah sejenis keradangan pundi kencing yang sering disebabkan oleh bakteria yang masuk ke saluran kencing melalui uretra.
  • Prostatitis: Ia adalah jangkitan atau keradangan prostat pada lelaki. Ia sering menyebabkan pembuangan air kecil yang menyakitkan atau sukar.
  • Vaginitis: Keradangan faraj akibat daripada perubahan dalam keseimbnagan normal bakteria faraj. Ia juga membawa kepada pelepasan, gatal-gatal dan dysuria.
  • Urethritis: Ia adalah keradangan uretra.
  • Jangkitan buah pinggang: Jangkitan saluran kencing yang tertentu.
  • Kidney stones: Batu-batu keras kecil, diperbuat daripada garam mineral dan asid, terbentuk di dalam buah pinggang. Apabila ia menggaru buah pinggang, pesakit akan mmembuang air kecil dengan sakit dan darah.
  • Jangkitan seksual: Termasuk Chlamydia, Herpes Genital dan Gonorea. Jika dijangkiti, pesakit akan mengalami kesakitan, gatal-gatal, membakar, lepuh/luka di kawasan kelamin dan pelepasan tidak normal.
  • Tumor bukan kanser atau kanser dalam saluran kencing.
  • Kesan sampingan ubat dalam rawatan kanser.
  • Sensitiviti atau kerengsaan faraj: Apabila menggunakan sabun wangi, mandian  buih, tisu tandas, atau produk lain seperti douches, span kontraseptif atau spermisida.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi profesional perubatan atau doktor jika anda mempunyai simptom berikut:

  • Dysuria berterusan lebih dari 1 hari.
  • Darah dalam air kecil.
  • Pembuangan air kecil yang menyakitkan semasa hamil.
  • Batu karang keluar.
  • Pelepasan atau aliran dari faraj atau zakar.

kencing sakit

Bagaimana ia didiagnosis dan dirawat?

Untuk mendiagnosis dysuria, doktor akan berdasarkan penerangan anda tentang simptom fizikal, sejarah perubatan dan seksual anda, kemudian analisa sampel urin anda, menguji pundi kencing atau prostat anda.

Bergantung kepada penyebab utama urin anda yang menyakitkan, anda akan dirawat dengan ubat-ubatan yang sesuai.

Di rumah, anda boleh membantu diri anda untuk mengurangkan ketidakselesaan, gatal-gatal, pembakaran, dan rasa sakit dengan meminum lebih banyak air dan mengambil bantuan bukan preskripsi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini 3 Jenis Makanan Yang Sering Menyebabkan Batu Karang, Ambil Tahu Dari Sekarang

Batu karang adalah kristal pepejal yang terbentuk dalam urin.Kesakitan dari batu karang boleh menjadi tidak tertanggung dan diet boleh menjadi pencetusnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/04/2019 . 2 minit bacaan

10 Tanda Ini Mungkin Tunjukkan Anda Alami Masalah Buah Pinggang!

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah buah pinggang. Ini 10 tanda yang perlu anda perhatikan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Kerap Sangat Sakit Perut Sebelah Kanan, Hati-Hati Mungkin 6 Keadaan Ini Boleh Berlaku!

Sakit perut pada sebelah kanan yang berlarutan atau tiba-tiba berasa tajam/mencucuk, anda perlu menilai simptomnya dan harus jumpa doktor.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 04/01/2019 . 2 minit bacaan

8 Perkara Tentang Urin Yang Perlu Anda Tahu

Bagaimana urin terhasil? Adakah anda mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana urin atau air kencing anda terhasil? Sebahagian daripada kita akan menjawab ia terhasil dari cecair yang kita minum setiap hari. Jawapan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/12/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

punca batu karang

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor semasa mengandung

Mak Buyung, JANGAN Abaikan Jika Anda Alami Kencing Kotor! Boleh Efek Buah Pinggang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/03/2020 . 3 minit bacaan
bau-klorin-kolam-renang-kuat

Bau Klorin Kolam Renang Kuat? Tunggu! Jangan Terjun Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/11/2019 . 2 minit bacaan