home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jika Anda Alami Prostat Bengkak, Ini 3 Masalah Seksual Yang Mungkin Akan Berlaku!

Jika Anda Alami Prostat Bengkak, Ini 3 Masalah Seksual Yang Mungkin Akan Berlaku!

Setiap kali berbicara mengenai masalah prostat, kita sering kali akan mengaitkannya dengan kanser, bukan?

Pun begitu, ada satu lagi masalah kelenjar ini yang turut berbahaya buat lelaki iaitu pembengkakan prostat!

Ia bukan sahaja akan menjejaskan sistem perkumuhan malah juga sistem pembiakan kaum Adam ekoran efek negatif yang dibawa terutamanya dari aspek seksual.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk kaitan masalah prostat bengkak dengan lebih mendalam lagi.

Pembengkakan prostat & lelaki

Untuk pengetahuan anda, kondisi prostat bengkak atau dalam bahasa saintifiknya benign prostatic hyperlapsia (BPH) adalah biasa berlaku kepada lelaki lewat usia.

Ia terjadi akibat kelenjar ini terus membesar seiring dengan usia lelaki namun ia tidak bersifat kanser.

Kesannya, ia mungkin akan menyebabkan masalah pada sistem perkumuhan dan pembiakan lelaki.

Berikut adalah simptom-simptom yang mungkin berlaku kepada lelaki jika alami prostat bengkak:

  • Kerap rasa ingin membuang air kecil
  • Sering rasa pundi kencing penuh dengan air
  • Rasa tidak selesa yang melampau ketika menahan air kencing
  • Aliran air kencing yang sangat lemah
  • Masalah memulakan atau menghentikan proses membuang air kecil

prostat

Jika diperhatikan simptom-simptom di atas ini, ternyata kondisi ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada sistem perkumuhan kaum Adam.

Namun bukan setakat itu sahaja, ketahuilah bahawa ia juga akan menjejaskan sistem pembiakan lelaki dan kami akan menghuraikannya di bawah nanti.

Apa kesan prostat bengkak terhadap aspek seksual lelaki?

Ya, sudah tentu kondisi ini akan menjejaskan aspek seksual lelaki seterusnya mengakibatkan masalah di kamar tidur dan rumah tangga anda.

Antara masalah yang paling biasa berlaku dan ditakuti oleh lelaki akibat kondisi ini tentu sekali adalah disfungsi erektil atau mati pucuk.

Menurut Profesor Urologi Kevin T. McVary dari Southern Illinois University School of Medicine di Amerika Syarikat, lelaki yang terkena BPH lebih berisiko alami masalah seperti berikut:

#1. Disfungsi erektil

Seperti yang kami telah katakan di atas tadi, masalah paling utama akibat BPH adalah disfungsi erektil.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah satu keadaan di mana lelaki tidak mampu mendapatkan atau mengekalkan ereksi zakar mereka.

Kebiasaannya, ia didasari oleh masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah atau masalah psikologi.

Pun begitu, pembengkakan prostat juga boleh jadi salah satu daripada pemicunya.

prostat

Dalam pada itu, lelaki juga mungkin akan mati pucuk akibat transurethral resection of the prostate (TURP) – prosedur pembedahan yang dilakukan untuk merawat pesakit BPH.

Selain prosedur ini, ubatan alpha blocker seperti doxazosin (Cardura) dan terazosin (Hytrin) yang digunakan untuk merawat penyakit BPH juga adalah antara punca disfungsi erektil.

Menurut kajian, dikatakan kira-kira 5 ke 10 lelaki yang menjalani pembedahan dan mengambil ubatan ini mengalami mati pucuk.

#2. Ejakulasi retrograd

Bukan setakat mati pucuk sahaja, prosedur TURP dan ubatan merawat pembengkakan prostat juga mungkin akan mengakibatkan ejakulasi retrogad.

Apakah ia? Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi yang menyebabkan air mani yang terpancut semasa bersenggama sedikit atau kering.

Ia didasari oleh faktor air mani (sperma) yang seharusnya keluar ketika klimaks, masuk kembali ke dalam saluran zakar.

Harvard Medical School menyatakan sekitar 50 ke 75 peratus lelaki yang menjalani pembedahan TURP dan mengambil ubatan prostat bengkak berisiko tinggi mengalami kondisi ini.

#3. Tahap libido menurun

Pembengkakan prostat juga memerlukan ubatan inhibitor alpha reductase seperti dutasteride dan finasteride.

Malangnya, ubatan seperti ini turut hadir bersama kesan sampingan yang setiap lelaki pasti tidak mahukannya iaitu menurunkan tahap libido.

Dalam pada itu, ubatan ini juga mungkin akan mengakibatkan kuantiti dan kualiti sperma dalam air mani menurun dengan mendadak.

lelaki

Ini langkah yang wajar dilakukan oleh penderita!

Tentu sekali kondisi pembengkakan prostat tidak boleh dibiarkan dan perlu dirawat dengan beberapa prosedur termasuklah:

  • TURP (transurethral resection of the prostate)
  • TUIP (transurethral incision of the prostate)
  • TUMT (thermotherapy microwave transurethral)

Selain itu, pengambilan ubatan juga sangat diperlukan untuk merawat BPH meskipun ada kesan sampingannya.

Untuk meminimumkan efek negatif prosedur dan ubatan ini, gaya hidup sihat haruslah diamalkan oleh individu.

Jika ada sebarang kesulitan atau pertanyaan mengenai kondisi ini, sila berjumpa doktor segera ya!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12597946/
  2. https://www.issm.info/sexual-health-qa/does-having-an-enlarged-prostate-bph-affect-sexual-performance/
  3. https://www.health.harvard.edu/blog/sex-and-the-prostate-overcoming-erectile-dysfunction-when-you-have-prostate-disease-20090331100
  4. https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2018/12/enlarged-prostate-this-treatment-can-help-you-avoid-sexual-side-effects
  5. http://www.harvardprostateknowledge.org/your-benign-prostatic-hyperplasia-medication-when-to-consider-a-change
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 18/08/2020
x