Bagaimana pesakit Jangkitan buah pinggang didiagnosis?
Berdasarkan keadaan anda, tanda vital dan simptom, seperti demam dan sakit belakang, doktor boleh memberikan diagnosis awal. Anda mungkin perlu menjawab beberapa soalan, memberikan sampel air kencing untuk mengesan bakteria, darah atau nanah dalam air kencing anda. Ujian makmal yang mengesan bakteria atau organisma lain dalam darah juga mungkin diperlukan dalam beberapa kes.
Ujian pengimejan yang mugkin diperlukan termasuklah ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer atau sejenis X-ray yang memberikan imej terperinci buah pinggang dan organ-organ yang berkaitan.
Bagaimana pesakit Jangkitan buah pinggang dirawat?
Rawatan pertama jangkitan buah pinggang ialah pengambilan antibiotik. Ubat yang perlu anda ambil dan tempoh masanya bergantung kepada keadaan kesihatan anda, simptom dan bakteria yang dijumpai dalam air kencing. Tanda dan simptom jangkitan buah pinggang akan beransur-ansur hilang dalam masa beberapa hari rawatan. Tetapi anda mungkin perlu meneruskan pengambilan antibiotik selama seminggu atau lebih. Pastikan anda mengahabiskan keseluruhan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai jangkitan buah pinggang yang teruk, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital dan diberikan antibiotik melalui vena pada lengan.
Jika jangkitan buah pinggang berulang, anda mungkin perlu menemui pakar buah pinggang untuk mengenal pasti masalah.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan buah pinggang?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani jangkitan buah pinggang:
- Kenakan haba. Letakkan pad haba pada abdomen, belakang atau sisi untuk mengurangkan rasa sakit;
- Gunakan ubat tahan sakit;
- Pastikan anda sentiasa terhidrat. Anda perlu mengambil cecair secukupnya untuk membuang bakteria keluar daripada badan tetapi elakkan minum kopi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen