Jenis-jenis Alahan Makanan dan Panduan Pemakanan Khas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/08/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Alahan makanan adalah disebabkan oleh kesilapan sistem imun badan dalam mengenal pasti bahan di dalam makanan – selalunya protein. Ia merupakan sesuatu yang membahayakan dan membina sistem pertahanan diri (sejenis sebatian yang dipanggil antibodi) untuk melawannya. Tindak balas alahan berlaku apabila antibodi sedang melawan protein makanan yang sedang “menyerang”. Walaupun seseorang itu boleh mempunyai alahan terhadap hampir setiap makanan, 8 makanan yang berikut boleh mengakibatkan hampir 90% tindak balas alahan yang berkaitan dengan makanan: susu, telur, kacang tanah, kacang pokok (seperti gajus dan walnut), ikan, kerang-kerangan, soya, dan gandum.

Pemakanan untuk alahan terhadap susu

Jika anda mempunyai alahan terhadap susu, anda perlu menghindari susu dan produk tenusu lain yang diperbuat menggunakan susu dalam diet anda. Produk tenusu adalah sumber yang bagus bagi kalsium dan vitamin D, maka amat penting untuk anda makan makanan lain yang kaya dengan nutrisi ini, seperti brokoli, bayam dan produk soya.

Sentiasa periksa label bahan sebelum anda menggunakan sebarang produk. Kebanyakan makanan yang diproses atau dibungkuskan mengandungi susu. Sebagai tambahan, periksa label setiap kali anda menggunakan produk tersebut. Pihak pengeluar kadangkala akan menukar resipi, dan bahan yang boleh menyebabkan alahan mungkin akan ditambah ke dalam resipi.

Petua pemakanan: Cuba gantikan soya, susu beras atau almond berbanding susu lembu. Terdapat banyak produk bukan tenusu yang dijual termasuklah marjerin yang tertentu (periksa label), aiskrim bukan tenusu, coklat bukan tenusu, keju bukan tenusu dan yogurt bukan tenusu.

Pemakanan untuk alahan terhadap telur

Alahan terhadap telur selalunya berlaku kepada bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa. Diet tanpa telur merupakan diet yang mengelakkan telur dan sebarang produk yang mungkin mengandungi telur. Baca label makanan dengan berhati-hati dan elakkan sebarang produk mengandungi telur atau bahan yang berkaitan dengan telur, termasuklah makanan yang mungkin diperbuat daripada telur.

Petua pemakanan: Pastikan anda membaca label dengan berhati-hati. Sebagai contohnya, sesetengah pengganti telur mempunyai telur putih.

Pemakanan untuk alahan terhadap kacang tanah

Kacang tanah ialah salah satu allergen makanan (bahan yang mencetuskan tindak balas alahan) yang paling lazim ditemui. Alahan terhadap kacang tanah merupakan di antara alahan yang paling serius – dan boleh membawa kematian.

Petua pemakanan: Kebanyakan makanan yang dibungkus – termasuklah makanan yang dibakar, gula-gula dan makanan tradisi – boleh dicemari kacang tanah sekiranya produk mengandungi kacang tanah disediakan dalam tempat yang sama atau pihak pengilang yang sama. Sentiasa bersedia kepada kemungkinan ini dan risiko terhadap tindak balas alahan.

Pemakanan untuk alahan terhadap kacang pokok

Terdapat risiko untuk pencemaran ketika proses penyediaan kacang dalam makanan. Untuk itu, kebanyakan ahli alergi menasihatkan supaya anda menghindari semua jenis kacang pokok dan produk yang mempunyai bahan yang ditulis “kacang”, walaupun sekiranya anda hanya mempunyai alahan terhadap sejenis kacang sahaja.

Petua pemakanan: Kacang pokok selalunya digunakan dalam losen dan syampu. Pastikan untuk memeriksa label produk, termasuklah pada label makanan.

Pemakanan untuk alahan terhadap ikan

Protein di dalam pelbagai jenis ikan boleh mempunyai kesamaan, maka anda mungkin perlu mengelakkan daripada semua jenis ikan, melainkan pakar alergi anda boleh menentukan jenis ikan yang akan menimbulkan tindak balas alahan.

Petua pemakanan: Anda harus mengelakkan diri daripada makan di restoran makanan laut jika anda mempunyai alahan terhadap ikan. Walaupun anda meminta makanan tanpa ikan, makanan anda mungkin mengandungi protein ikan daripada sudu, minyak masak, atau tempat memanggang ikan.

Pemakanan untuk alahan terhadap kerang-kerangan

Sebagaimana ikan, pelbagai jenis kerang juga mungkin mempunyai protein yang sama. Anda perlu elakkan semua jenis kerang-kerangan, melainkan ahli alergi anda boleh menentukan jenis kerang yang akan menimbulkan tindak balas alahan.

Petua pemakanan: Sentiasa berhati-hati dengan makanan bergoreng. Sesetengah restoran menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng udang, ayam, dan kentang goreng. Makanan laut tiruan masih menggunakan kerang-kerangan sebagai perasa. Sebelum anda menggunakannya, baca label untuk memastikannya.

Pemakanan untuk alahan terhadap soya

Kacang soya ialah kekacang. Makanan lain daripada keluarga kekacang termasuklah kacang Boston, kacang buncis, kacang hitam, kacang pinto, kacang kuda (kacang garbanzo atau chichi), lentil, kacang karob, licorice dan kacang tanah. Kebanyakan orang mempunyai alahan terhadap lebih daripada satu jenis kekacang.

Petua pemakanan: Kacang tanah digunakan dengan meluas dalam pemprosesan produk makanan. Kacang soya dan produk kacang soya ditemui dalam kebanyakan makanan yang dibakar, bijirin, biskut, susu bayi, sos dan sup. Tambahannya, soya selalunya digunakan sebagai “meat extender” dalam daging yang diproses, seperti sosej atau daging deli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Diabetes boleh diperbaiki melalui beberapa kaedah termasuklah pembedahan gastrik yang merupakan salah satu daripada kaedah pembedahan bariatrik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/10/2020 . 4 minit bacaan

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pecahkan air ketuban

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu osteoporosis

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan