Ghee dan juga mentega mempunyai komposisi nutrisi yang hampir sama.
Namun terdapat beberapa perbezaan yang membezakan antara kedua-dua jenis lemak ini.
Untuk pengetahuan anda, kedua-duanya mengandungi hampir 100% kalori daripada lemak.
Namun, ghee mengandungi kepekatan lemak yang lebih tinggi berbanding daripada mentega.
Ia memberikan lebih asid butirik dan lemak tepu rantai pendek (short-chain saturated fat) yang lain berbanding mentega.
Selain itu, ghee juga mengandungi kandungan asid linoleik terkonjugasi yang lebih tinggi berbanding mentega.
Asid ini merupakan sejenis lemak tak tepu yang boleh membantu meningkatkan kehilangan lemak dalam badan.
Secara keseluruhannya, perbezaan antara mentega dan juga ghee tidaklah begitu besar.
Walau bagaimanapun, ghee tidak mengandungi laktosa gula susu dan kasein protein susu berbanding mentega.
Bagi mereka yang mempunyai alahan atau sensitif terhadap komponen tenusu ini, minyak ghee ini adalah pilihan yang lebih baik.
Kebaikan dan kelebihan ghee
Walaupun secara asasnya ghee merupakan sejenis lemak atau minyak, namun ia mempunyai beberapa manfaat yang tersendiri.
Antaranya ialah:
#1. Kaya dengan asid linoleik terkonjugasi
Sesetengah kajian menyatakan bahawa, asid linoleik terkonjugasi ini mungkin memberi manfaat terhadap penyakit seperti kolesterol tinggi, kanser dan juga obesiti.
Oleh itu, ia membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen