Mitos 2: Kalau biasakan anak makan kekacang, lama-lama alahan akan hilang

Ini merupakan salah satu mitos mengenai alahan yang sangat berbahaya. Hingga hari ini, tidak ada sebarang penawar untuk masalah alahan makanan.
Malah, cara yang terbaik untuk elakkan simptom alahan adalah dengan menghindari makanan yang mengandungi kekacang. Jadi, jangan sesekali biar anak makan kuih kacang atau kuah kacang jika mereka mempunyai alahan.
Menurut kajian, alahan kacang merupakan sesuatu yang dihidap sepanjang hayat.
Hanya 1 daripada 5 kanak-kanak sahaja yang akan membesar dan tidak lagi mempunyai alahan kacang setelah mereka menginjak dewasa.
Mitos 3: Anak mungkin akan terkena alahan jika berada di dalam bilik yang mengandungi kekacang
Ketika sambutan hari raya, berada di dalam satu bilik yang menyajikan makanan yang mengandungi kekacang merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah terlalu bimbang. Walaupun anak menghidap alahan kekacang, tidak menjadi masalah untuk mereka berada berdekatan dengan kuih kacang atau makanan lain.
Malah, menyentuh atau menghidu kekacang jarang sekali menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Kebanyakan reaksi alahan berlaku apabila individu menelan makanan yang mengandungi kacang.
Mitos 4: Alahan makanan tidak serius seperti alahan lain

Alahan makanan boleh membawa maut. Malah, hampir 40% kanak-kanak yang mempunyai alahan makanan pernah mengalami reaksi yang serius dan mengancam nyawa.
Di Amerika Syarikat, 8% kanak-kanak menghidap sekurang-kurangnya 1 jenis alahan. Ini bermaksud, 1 daripada 13 kanak-kanak perlu menjauhi makanan tertentu.
Antara makanan yang lazim menyebabkan alahan ialah kacang, susu, soya, telur, gandum, kerang dan bijan. Semua bahan ini digunakan secara meluas dalam makanan harian kita. Jadi, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan.
Baca juga:
Mitos 5: Anak sakit perut selepas makan kuih kacang, ini mesti sebab alahan!

Jangan sesekali lakukan diagnosis kendiri atau percaya dengan cakap-cakap saudara-mara.
Semua jenis alahan perlulah diperiksa dan disahkan oleh doktor. Malah, jika ibu bapa mengalami alahan yang sama, ada kemungkinan anak dapat hidup normal dan boleh makan kekacang seperti biasa.
Jika ada makanan tertentu yang menyebabkan anda atau anak rasa tidak selesa, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkannya selain alahan. Sebagai contoh, anak anda mungkin menghidap intoleransi atau sensitiviti terhadap makanan.
Atau, anak anda mungkin sebenarnya sedang alami keracunan makanan!
Jadi, jika anak rasa tidak sedap perut selepas makan kuih kacang atau apa-apa makanan raya, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen