backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alergi Hidung & Mata Biasa Berlaku Serentak, Tapi Cara Merawat 2 Jenis Alahan Ini Berbeza!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/12/2021

Alergi Hidung & Mata Biasa Berlaku Serentak, Tapi Cara Merawat 2 Jenis Alahan Ini Berbeza!

Setiap kali berbicara mengenai alahan, sudah pasti alergi hidung dan alergi mata adalah antara jenis yang paling popular diperkatakan.

Hal ini demikian kerana kedua-dua jenis alahan ini adalah antara yang paling banyak dan kerap berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Apa yang membimbangkan adalah majoriti daripada penderita alergi ini mungkin masih kurang pasti apa perlu dibuat jika alahan itu terjadi.

Jika kalian juga sebagai pembaca masih kurang faham dan cakna mengenai alergi-alergi ini, maka artikel ini sangat tepat untuk anda semua!

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Alahan, sila klik di sini.

Alergi hidung

Apa itu alergi hidung?

Juga dikenali sebagai alahan rhinitis, ia merupakan satu kondisi di mana hidung menunjukkan reaksi tindak balas terhadap sesuatu pencetus.

Reaksi ini akan berlaku apabila sistem imun tubuh badan bertindak balas terhadap zarah-zarah dalam persekitaran yang merupakan alergen.

Bagi melawan zarah-zarah yang tidak sengaja masuk ke dalam hidung ini, sistem imun tubuh badan akan melepaskan antibodi.

Dalam masa yang sama, antibodi inilah yang akan menyebabkan berlakunya tindak balas atau reaksi dan ia dikenali sebagai alergi.

alergi hidung

Punca

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, alergi hidung terjadi akibat sistem imun tubuh badan yang bertindak balas terhadap alergen.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan oleh alergen bagi alergi jenis ini?

Untuk pengetahuan anda, alergen bagi alahan rhinitis adalah anasir yang boleh berada dan merebak melalui persekitaran seperti udara.

Bagi setiap orang yang menderita kondisi ini, masing-masing mungkin akan mempunyai pencetus yang berbeza berbanding lain.

Antara pencetus reaksi alergi hidung yang biasa termasuklah:

  • Debunga
  • Debu
  • Habuk
  • Pasir
  • Asap
  • Bulu haiwan
  • Serangga kecil

Komplikasi

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa akan berlaku reaksi tindak balas pada tubuh badan sekiranya berdepan dengan pencetus seperti bersin.

Selain bersin, penderita juga mungkin akan mengalami beberapa simptom lain:

  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Keluar hingus
  • Gatal pada hidung, tekak dan telinga
  • Mata merah

hidung gatal

Namun kalian mungkin tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana kebanyakan reaksi alergi ini akan hilang sendiri apabila alergen itu sudah tiada.

Cuma ada risiko di mana kondisi ini akan mengakibatkan beberapa komplikasi yang menjejaskan tubuh badan jika ia tidak dirawat segera.

Antara komplikasi yang boleh berlaku jika tiada rawatan adalah:

Rawatan

Sebenarnya, sehingga kini masih belum wujud sebarang ubatan yang mampu merawat dan menyembuh masalah alergi hidung.

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan ia berlaku dan berulang lagi adalah dengan menjauhi alergen.

Pun begitu, simptom-simptom yang berlaku akibat kondisi ini mungkin boleh dirawat dengan penggunaan ubatan klinikal.

Antihistamin mungkin akan dipreskripsikan oleh doktor memandangkan ia merupakan ubatan alahan yang terbaik.

Selain itu, penggunaan nasal spray juga dipercayai sangat bagus bagi melegakan penyumbatan yang berlaku dalam hidung.

Jika simptom yang anda alami adalah teruk dan membawa kepada komplikasi lain, sila dapatkan pandangan doktor untuk lakukan imunoterapi.

Alergi mata

Apa itu alergi mata?

Turut dikenali sebagai alahan konjunktivitis, ia merupakan satu kondisi di mana mata menunjukkan reaksi tindak balas terhadap sesuatu pencetus.

Mata akan menghasilkan bahan yang dikenali sebagai histamin untuk melawan alergen namun akan memberi kesan pada mata.

Apabila mengalami reaksi ini, mata mungkin akan menjadi merah, bengkak dan gatal serta mengeluarkan air mata tanpa sengaja.

Namun berbeza dengan kondisi konjunktivitis, alergi mata ini tidak akan tersebar atau merebak kepada individu lain di sekeliling.

alergi mata

Simptom

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, akan berlaku beberapa tindak balas pada mata apabila berhadapan dengan alergen.

Alergennya juga adalah hampir sama seperti alahan hidung tadi yang berbeza bergantung kepada individu masing-masing.

Apabila bereaksi dengan pencetus, maka mata mungkin akan mengalami:

  • Mata merah
  • Mata gatal
  • Mata bengkak
  • Keluar air mata
  • Sensitif dengan cahaya
  • Kabur penglihatan

Apa yang membimbangkan adalah kedua-dua jenis alahan hidung dan alahan mata serta mungkin alergi lain biasa berlaku secara serentak.

Meskipun simptom ini boleh dirawat dan akan hilang dengan sendiri selepas beberapa ketika, masih ada risiko berlakunya komplikasi lain.

Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk melakukan ujian alahan dan pemeriksaan!

punca alahan

Rawatan

Sama seperti alahan hidung, alahan mata ini juga sebenarnya tidak mempunyai sebarang ubatan khusus untuk merawat kondisi itu.

Cuma apa yang boleh kalian lakukan adalah mengelakkan alergen-alergen alahan itu daripada berada dekat dengan mata anda.

Sekiranya sudahpun mengalami simptom alergi mata, maka adalah penting untuk merawat gejala-gejala tersebut terlebih dahulu.

Penggunaan ubat titis mata dan juga ubat oral antihistamin adalah sangat penting untuk mengurangkan simptom-simptom yang berlaku.

Ketika alahan ini berlaku, jangan menggosok atau mengesat kawasan mata anda dengan terlalu kasar bagi mengelakkan kerengsaan.

Paling penting, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut berkenaan kondisi alergi hidung dan alergi mata ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/12/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan