backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Sedap, Berkhasiat Dan Paling Penting, Murah! Ini 5 Jenis Ikan Laut Yang Perlu Anda Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/08/2022

Sedap, Berkhasiat Dan Paling Penting, Murah! Ini 5 Jenis Ikan Laut Yang Perlu Anda Cuba!

Tahukah anda, ikan laut merupakan antara sumber nutrisi yang terbaik untuk kesihatan? Ikan kembung, tuna dan sardin contohnya, jenis ikan laut ini mengandungi asid lemak omega-3 yang amat baik untuk perkembangan otak.

Sebab itulah, pakar menyarankan pengambilan ikan sebanyak 2 kali seminggu. Malah, The American Heart Association juga menggalakkan pengambilan ikan seperti ikan tongkol, salmon dan trout yang kaya dengan asid lemak ini.

Tetapi, apa istimewanya asid lemak omega-3 sehingga ia mendapat perhatian pakar? Untuk pengetahuan anda, asid lemak ini tidak dapat dihasilkan secara semula jadi oleh badan.

Asid lemak omega-3 bukan sahaja bermanfaat untuk orang dewasa, bayi dan kanak-kanak juga perlukan asid lemak ini untuk tumbesaran mereka.

Jadi, jika anda ingin sediakan makanan yang sihat untuk seisi keluarga, hidangkan ikan!

Di bawah, kami akan terangkan mengenai jenis ikan laut serta kandungan nutrisinya supaya anda lebih mudah merancang masakan nanti!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

5 jenis ikan laut terbaik untuk kesihatan

Berdasarkan sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Nutrition, sebahagian besar orang dewasa tidak mengambil asid lemak omega-3 dengan mencukupi. Disebabkan nutrien ini tidak dihasilkan oleh badan, kita perlu mengambilnya dalam bentuk makanan.

asid lemak omega-3

Oleh sebab itu, tidak ada cara yang lebih baik selain menambah pengambilan ikan dalam diet seharian. Ikan tidak semestinya mahal, malah ada ikan yang murah namun kaya dengan omega-3. Antaranya:

1. Cuba makan ikan kembung

Ikan kembung adalah di antara ikan yang paling mesra bajet di pasaran. Ia mudah didapati, dijual dengan banyak dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Anda boleh goreng, rebus atau bakar ikan kembung. Pendek kata, ikan ini sangat versatil dan boleh digunakan dalam apa jua masakan.

100 gram ikan kembung mengandungi:

  • 89 kalori
  • 9 gram lemak
  • 89 miligram garam
  • 0 gram karbohidrat
  • 19 gram protein

Malah, ikan kembung sangat kaya dengan asid lemak omega-3. Hanya sepotong ikan kembung (100 gram), mengandungi hampir 2,991 miligram asid lemak!

Jangan pandang rendah pada ikan kembung. Dengan harganya yang berpatutan, nilai nutrisinya sebenarnya hampir sama dengan ikan lain yang lebih mahal!

2. Salmon, ikan laut yang berkhasiat

ikan laut

Ikan salmon merupakan antara ikan yang paling berkhasiat di pasaran. Ia bukan sahaja kaya dengan asid lemak omega-3, ikan salmon juga mengandungi banyak lagi nutrien lain seperti vitamin B12 dan pelbagai mineral penting.

Rasanya yang berlemak juga membuatkan ikan ini sangat digemari di seluruh dunia. Namun, di negara kita, ikan salmon lebih ‘rare’. Jadi, tidak hairanlah jika ia dijual dengan harga yang lebih mahal.

100 gram salmon mengandungi:

  • 175 kalori
  • 5 gram lemak
  • 0 karbohidrat
  • 79 gram protein

Baca juga:

3. Ikan sardin dalam tin

Tak sempat masak dan sukakan hidangan yang ringkas, cepat dan mudah? Siapa cakap tidak ada ikan yang berkhasiat untuk anda! Cubalah ikan sardin.

Ikan sardin dalam tin bukan sahaja mudah dimasak, ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan.

Satu tin ikan sardin selalunya dipek bersama minyak, sos tomato dan juga air. Anda boleh makan terus atau masak bersama tumisan bawang dan cili.

Dalam purata, 4 ekor ikan sardin mengandungi:

  • 100 kalori
  • 12 gram protein
  • 5 gram lemak
  • 0 gram karbohidrat

Sama seperti ikan yang lain, ikan sardin juga mengandungi asid lemak omega-3. Untuk dapatkan nutrisi yang maksimum, makan ikan sardin bersama tulangnya ya!

4. Ikan tuna, ikan laut terbaik untuk jantung!

ikan laut

Jika anda inginkan ikan untuk tingkatkan kesihatan jantung, ikan tunalah jawapannya!

Ikan tuna mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan, antaranya ialah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan tumbesaran dan juga mengurangkan tekanan darah!

100 gram ikan tuna mengandungi:

  • 145 kalori
  • 77 gram protein
  • 37 gram lemak
  • 0 gram karbohidrat

5. Lebihkan ikan bilis!

ikan laut

Siapa sangka, ikan bilis juga banyak khasiatnya! Ikan bilis bukan sahaja ikan yang sedap dimakan, ia juga kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan.

Malah, ikan bilis juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus dan zink. Jadi, bolehlah tambah lebih banyak ikan bilis dalam nasi goreng!

100 gram ikan bilis mengandungi:

  • 111 kalori
  • 17 gram protein
  • 4 gram lemak
  • 0 gram karbohidrat

Selepas ini, jika teringin untuk makan ikan, cubalah salah satu daripada 5 jenis ikan di atas. Banyak manfaatnya kepada kesihatan tau!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan