backup og meta

Ini Sebab Anda TAK Boleh Tidur Lampu Terbuka, Ia Punca 6 Masalah Kesihatan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/09/2023

    Ini Sebab Anda TAK Boleh Tidur Lampu Terbuka, Ia Punca 6 Masalah Kesihatan Ini!

    Cuba kira berapa kali sahaja anda tidur tutup lampu? Atau adakah ia adalah tabiat anda sejak daripada kecil lagi Sebenarnya, waktu tidur dan jam biologi berkaitan dengan pendedahan kepada cahaya!

    Jadi, tidur tutup lampu mungkin langkah yang terbaik dalam usaha untuk mendapatkan tidur malam yang baik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur, anda juga boleh klik di sini.

    Masalah kesihatan jika tidak tidur tutup lampu

    Tidur sangat berharga, begitu juga dengan kesihatan anda terutama jika tak boleh tidur dalam gelap.

    Anda mungkin berfikir mentol LED atau lampu jalan yang berdekatan baik-baik sahaja. Malah, ia tidak memberikan kesan kepada diri anda, tetapi sebenarnya anda silap.

    Anda harus mengekalkan kesihatan dengan baik dan mendapatkan kualiti tidur yang baik. Caranya, anda perlu memahami bagaimana cahaya berpotensi memberi kesan negatif ketika tidur.

    Risiko kanser jika tidur buka lampu

    Ia mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi tidak tidur tutup lampu boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat kondisi kanser

    Satu kajian dari MIT mendapati bahawa dua gen yang bertanggungjawab untuk memahami masa, mempunyai keupayaan untuk menyekat tumor.

    tidur tutup lampu

    Memusnahkan gen serta kekeliruan dengan rutin cahaya dan kegelapan boleh menyebabkan penyekat tumor yang berkurangan dan membuat tumor berpotensi lebih buruk.

    Orang yang paling berisiko tinggi mendapat kanser akibat pendedahan terhadap cahaya lampu adalah mereka yang bekerja pada syif malam. 

    Cahaya pada waktu malam adalah faktor risiko yang signifikan untuk membangunkan kanser payudara, menurut penyelidik yang mengkaji semula data dari 1,679 wanita dan menerbitkan penemuan mereka di Chronobiology International.

    Perubahan hormon dalam tubuh badan

    Walaupun cahaya mungkin berbeza, cahaya biru yang disebarkan melalui televisyen, komputer atau telefon bimbit boleh membuktikan ia sama, berbahanya.

    Jenis cahaya ini memancarkan cahaya biru yang menbuatkan perubahan dalam hormon tubuh anda, seperti penurunan melatonin apabila anda terdedah kepada cahaya.

    Tubuh manusia direka untuk menjadi letih ketika ia gelap dan terbangun ketika cahaya menjadi terang, tetapi pencahayaan buatan dapat menyingkirkan pemahaman ini yang akhirnya menyebabkan gangguan hormon.

    Masalah terhadap organ jantung

    Seolah-olah peningkatan risiko kanser dan perubahan hormon tidak mencukupi untuk menjadi lebih berhati-hati terhadap lampu di sekeliling anda terutamanya pada waktu malam.

    tidur tutup lampu

    Jika tidak tidur tutup lampu, ia berkemungkinan juga menyebabkan peningkatan risiko masalah jantung.

    Menurut Harvard Health Publications, satu kajian telah menghubungkan komplikasi jantung dengan cahaya.

    Ini kerana cahaya mempunyai kesan terhadap kualiti tidur, ia menyebabkan seseorang terjaga kerana kemampuannya menghancurkan melatonin.

     Kesan tidur buka lampu punca depresi

    Cahaya menyebabkan seseorang terjaga yang boleh membawa kepada kualiti tidur yang kurang baik. Ia turut memberi kesan kepada peraturan otak untuk mood.

    Satu kajian yang dilakukan oleh ahli biologi dari John Hopkins menyimpulkan bahawa cahaya mempengaruhi struktur neurologi otak yang terlibat dengan emosi.

    Terlalu banyak cahaya pada waktu yang tidak sesuai seperti waktu tidur boleh mempunyai kesan kemurungan yang tidak diingini.

    Kesan tidur buka lampu kepada reproduktif

    Penerbitan dalam Epidemiologi, penyelidik melaporkan bahawa kerja syif menyebabkan peningkatan pendedahan kepada cahaya pada waktu malam. Kesannya, ia mengganggu kitaran haid pekerja wanita.

    Semakin banyak masa yang dihabiskan untuk kerja syif, semakin tidak teratur kitaran haid seseorang.

    Para penyelidik beranggapan bahawa pendedahan terhadap cahaya dan kekeliruan waktu bangun atau terjaga boleh mengganggu kesuburan dari semasa ke semasa.

    Obesiti

    tidur tutup lampu

    Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences, walaupun cahaya terang pada waktu malam mungkin mengatur semula irama fizikal lain, seperti jadual makan.

    Penyelidik mendedahkan tikus kepada cahaya pada waktu malam lebih lapan minggu dan mendapati bahawa berlaku peningkatan berat yang lebih banyak berbanding tikus yang tidak terdedah kepada lampu malam.

    Dan, para penyelidik menyatakan bahawa penambahan berat pada tikus itu disebabkan oleh kecelaruan makan.

    Sebaliknya, jika tikus terdedah kepada cahaya pada waktu malam tetapi dengan makanan yang terhad, ia tidak akan terjejas.

    Berhati-hati dengan penggunaan lampu waktu malam

    Untuk mengelakkan risiko akibat membiarkan lampu terbuka semasa tidur, tidak bermakna anda perlu berada dalam kegelapan secara berterusan.

    Tetapi cuba mengehadkan penggunaan cahaya pada waktu petang dan malam, tidur tutup lampu!

    Menutup tirai atau langsir untuk menyekat cahaya jalan, menahan diri daripada menyalakan lampu terang jika bangun pada tengah malam akan membantu.

    Selain itu, mematikan televisyen sebelum tidur dan mengehadkan penggunan telefon pintar pada waktu petang terbukti dapat membantu anda menghalang cahaya yang berlebihan pada waktu malam.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan