6 Tip Kekal Sihat di Musim Panas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Seperti yang dapat diperhatikan, cuaca di negara kita pada ketika ini agak panas dengan suhu yang juga tinggi dan mampu mencecah sehingga 40 darjah celsius. Walaupun ada segelintir individu yang menyukai cuaca sebegini terutamanya pelancong asing, ia sebenarnya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita.

Paling menakutkan, cuaca sebegini boleh menjadi punca terjadinya strok haba (heat stroke). Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan haba dan merupakan kategori yang paling serius. Penyakit ini akan menyebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) dan boleh mengundang maut.

Bagi mengelakkan kondisi sebegini terjadi kepada anda, ikuti artikel ini untuk mengetahui tip-tip kekal sihat di musim panas.

#1. Banyakkan minum air putih dan isotonik

Paling penting, anda perlu sentiasa kekal berhidrasi. Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian anda. Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.

#2. Kurangkan minum air berkafein, bergula dan beralkohol

Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul. Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas. Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.

#3. Luangkan masa dengan bijak

Apa yang perlu dilakukan oleh individu ketika musim panas adalah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar. Ini bertujuan melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari. Ambil peluang ini untuk memanjakan diri anda dan berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah.

#4. Sapukan losyen pada kulit

Bagi memastikan kulit anda kekal gebu, bersih, sihat dan dilindungi sepanjang musim panas ini, anda boleh sapukan losyen pada kulit. Gunakan losyen ‘sunblock’ bagi mengelakkan kulit anda terbakar.

#5. Jangan duduk lama di dalam kenderaan

Anda tidak sepatutnya duduk di dalam kenderaan terutamanya yang tidak mempunyai penyaman udara untuk waktu yang lama. Ini kerana bahang yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mendatangkan kemudaratan buat anda.

#6. Pakai pakaian yang sesuai

Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala. Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini. Selain pakaian, gunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.

Rancang aktiviti seharian anda seeloknya bagi meminimakan pendedahan anda terhadap panas dan terik cahaya matahari. Jika berlaku sebarang masalah pada kulit atau kesihatan anda secara umumnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan