4 Teknik Berkesan Meningkatkan Memori

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Memori memainkan peranan besar dalam proses pembelajaran. Tidak cukup sekadar kefahaman, banyak bidang yang memerlukan ketajaman serta kekuatan memori untuk berjaya di dalam bidang tersebut.

Contohnya seperti bidang perubatan, undang-undang dan juga bidang agama. Selain genetik yang berada di luar kawalan anda, gaya hidup banyak membantu meningkatkan memori.

Ikuti teknik berkesan di bawah untuk meningkatkan memori anda.

1. Pemakanan yang betul

Apa yang anda ambil dan elakkan adalah penting dalam menentukan kesihatan otak dan prestasi memori anda. Banyakkan buah-buahan serta sayur-sayuran dan kurangkan gula, makanan berminyak dan berlemak tinggi.

2. Bersenam

Bersenam menggalakkan otak untuk bekerja pada kadar yang optimum dengan merangsang sel-sel saraf untuk berkembang-biak dan menguatkan hubungan antara sel-sel di dalam otak.

Selain itu, bersenam juga membuatkan otak mengepam darah lebih banyak ke dalam otak, seterusnya memberikan lebih banyak oksigen untuk otak berfungsi dengan lebih baik.

3. Hentikan multitasking

Melakukan terlalu banyak kerja pada satu-satu masa hanya akan membuatkan anda hilang fokus dan terdedah kepada kesilapan. Ia juga membuatkan anda mudah lupa kerana terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dalam satu-satu masa.

Kajian menunjukkan bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan saat untuk meletakkan memori anda di dalam otak. Jika anda bercakap melalui telefon sambil memegang barang dan meletakkan kunci di satu tempat pada satu-satu masa, berkemungkinan anda akan lupa di mana kunci tersebut diletakkan.

4. Dapatkan tidur yang mencukupi

Nasihat dan tip ini sudah berulang dan disebut oleh ramai doktor dan orang cerdik pandai. Ia ternyata satu tip yang berkesan dan ampuh. Jangan memandang rendah pada kesan tidur yang cukup terhadap otak anda.

Tanpa tidur yang cukup, badan tidak mendapatkan rehat yang optimum menjadikannya gagal berfungsi dengan baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Penyusuan susu ibu bertujuan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Namun, adakah terdapat kesan terhadap kulit ibu disebabkan oleh penyusuan bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kecil-kecil Lagi Anak Sudah Tumbuh Uban? Ini Punca Si Kecil Boleh Dapat Uban Pramatang

    Rambut beruban selalu dikaitkan dengan individu berusia. Tapi anda sedar ada uban pada rambut anak. Adakah ia tanya penyakit berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Setiap Kali Datang Bulan Saja Mesti Darah Keluar Sedikit? Selain Hampir Menopaus, Ini Puncanya!

    Pengalaman haid wanita setiap kali 'datang bulan' boleh jadi berbeza-beza, antaranya ada wanita yang mengalami darah haid sedikit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

    Ada yang kata, orang pendek lebih mudah untuk mendapat diabetes berbanding orang tinggi. Mengapa orang rendah boleh mempunyai risiko diabetes yang tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buasir ketika hamil

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    sifat anak pertama

    Anak Sulung Suka Mengarah? Ada 11 Lagi Personaliti Menarik Kak Long & Abang Long

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami mati pucuk

    Biar Betul! Kalau Zakar Tak Menegang Pagi Hari Petanda Mati Pucuk? – Ini Jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    penutup telinga untuk tidur

    Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan