backup og meta

Senaman Mengaktifkan Rangkaian Saraf Memori

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Senaman Mengaktifkan Rangkaian Saraf Memori

    Senaman memberikan banyak manfaat kepada kita, tetapi seberapa cepatkah kita mendapat manfaat daripada senaman? Satu kajian baharu yang dijalankan oleh University of Maryland mengenai individu dewasa yang sihat menunjukkan bahawa, dengan hanya satu sesi senaman mampu meningkatkan pengaktifan dalam litar otak yang berkaitan dengan memori – termasuklah hippocampus – bahagian otak yang mengecut seiring dengan usia dan juga bahagian otak pertama diserang dalam penyakit Alzheimer.

    Menurut Dr. J. Carson Smith, profesor madya dalam bidang kinesiologi di University of Maryland School of Public Health, walaupun telah dibuktikan bahawa senaman boleh meningkatkan jumlah hippocampus, kajian mereka memberikan maklumat baharu bahawa senaman mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada kawasan otak yang penting itu. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of the International Neuropsychological Society.

    Pasukan penyelidikan Dr. Smith mengukur aktiviti otak (menggunakan fMRI) peserta sihat yang berumur 55-85 tahun, yang diminta untuk melakukan tugasan ingatan yang melibatkan mengenal pasti nama-nama terkenal dan yang tidak terkenal. Tindakan mengingat nama-nama terkenal mengaktifkan rangkaian saraf yang berkaitan dengan ingatan semantik, yang diketahui semakin merosot dari masa ke masa seiring dengan kehilangan memori.

    Ujian tersebut dijalankan 30 minit selepas satu sesi senaman yang berintensiti sederhana (70% daripada usaha maksima) dengan menggunakan basikal senaman dan pada hari yang berasingan selepas tempoh rehat. Pengaktifan otak peserta bersekali dengan pengingatan nama secara tepat adalah lebih besar dalam empat kawasan kortikal otak (termasuk gyrus frontal tengah, gyrus temporal yang lebih rendah, gyrus temporal tengah, dan gyrus fusiform) selepas bersenam berbanding selepas rehat. Peningkatan pengaktifan hippocampus juga dilihat di kedua-dua belah otak.

    Menurut Dr. Smith lagi, sama seperti otot yang menyesuaikan diri dengan kegunaan berulang, sesi latihan tunggal boleh menjadikan rangkaian neural kognitif lebih fleksibel dengan cara yang menggalakkan penyesuaian dari masa ke masa dan membolehkan peningkatan integriti rangkaian dan fungsi selain membolehkan akses yang lebih cekap kepada memori.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan