8 Perkara Yang Anda MESTI Tahu Sebelum Ambil Keputusan Untuk Tindik Telinga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi wanita, tindik telinga adalah sesuatu perkara yang normal dan perlu dilakukan bagi membolehkan mereka memakai perhiasan seperti anting-anting pada telinga. Walaupun kebanyakan wanita sudah bertindik sejak kecil lagi, ada juga wanita yang masih belum menindik telinga mereka atau mahu menambahnya. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang wanita perlu tahu sebelum tindik telinga.

Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi, mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

Perkara yang mesti anda ambil tahu sebelum tindik telinga

tindik telinga

Tidak semestinya apa yang kita rancang itu perlu dijalankan serta-merta juga. Dalam hal menindik telinga, mungkin anda perlu relaks sebentar dan ketahui beberapa perkara terlebih dahulu. Persoalannya, apakah perkara-perkara yang dimaksudkan ini?

Jangan risau, Hello Doktor akan menjawabnya bagi pihak anda. Ini dia beberapa perkara yang anda mesti ambil tahu sebelum tindik telinga:

#1. Pastikan anda sudah betul-betul bersedia

Paling penting, anda perlu memastikan bahawa diri anda sendiri sudah bersedia secara mental dan fizikal. Dapatkan nasihat rakan-rakan dan ahli keluarga tentang perkara ini. Jika mereka juga bersetuju dengan rencana anda, tetapkan hati anda dan mula cari pakar penindik telinga yang sesuai untuk anda!

#2. Gunakan khidmat pakar yang berkelayakan sahaja

Sesudah itu, anda perlu mencari pakar atau profesional dalam menindik telinga. Pastikan mereka merupakan individu atau pusat yang sudah berdaftar dan mempunyai lesen untuk melakukannya ya? Untuk lebih pasti, berjumpa terlebih dahulu dengan doktor pakar dermatologi di hospital untuk mendapatkan cadangan.

#3. Makan sedikit terlebih dahulu sebelum tindik telinga

Menurut seorang pakar menindik telinga yang berpengalaman di Liberty, London, makan sebelum menindik telinga adalah idea yang bagus. Ini kerana ia akan membantu kandungan gula dalam darah anda stabil lalu mampu mengurangkan rasa mual, pening dan mampu menghalang anda daripada jatuh pengsan ketika menindik telinga.

#4. Peralatan yang akan digunakan perlu disterilkan terlebih dahulu

Sampai sahaja anda ke tempat menindik telinga tersebut, pastikan mereka menggunakan peralatan-peralatan yang bersih dan berkualiti seperti jarum yang sudah disterilkan. Selain itu, pastikan juga mereka memakai sarung tangan yang bersih ketika menindik telinga anda ya?

Ini sangat penting untuk mengelak telinga anda daripada terkena jangkitan bakteria, kuman atau virus yang boleh mendatangkan bahaya. Sesudah menindik telinga pula, pastikan mereka membersihkan kawasan yang ditindik dengan cermat dan teliti menggunakan peralatan yang juga telah disterilkan!

tindik telinga

#5. Tindik telinga memang menyakitkan

Ya, ia memang menyakitkan namun untuk seketika sahaja. Selain itu, pengalaman ini juga mungkin berbeza buat individu. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau mengenainya. Jika kesakitan yang anda alami itu terlalu teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan ya?

#6. Beberapa implikasi akan berlaku selepas tindik telinga

Selesai sahaja menindik telinga, anda tidak boleh terus menggayakan anting-anting kegemaran anda kerana beberapa implikasi akan berlaku. Antaranya adalah pendarahan, kerengsaan, bengkak dan parut.

Anda tidak perlu risau akan implikasi ini kerana ia adalah normal dan memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Apa yang anda perlu risau adalah berlakunya jangkitan.

Oleh itu, sentiasa peka terhadap kondisi telinga anda selepas menindik telinga okay!

#7. Jangan pergi berenang buat sementara waktu

Anda perlu menjauhkan diri daripada kolam renang atau pantai buat seketika. Ini kerana kandungan air yang kotor mungkin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada bekas luka anda menindik telinga. Jika anda masih mahu melakukannya, lindungi telinga anda dengan menampal plaster pada bekas luka tersebut.

#8. Jika anda hamil, tangguhkan hasrat anda untuk tindik telinga

Menurut kajian, wanita yang hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menindik telinga. Ini bertujuan untuk menormalkan kembali tubuh badan dan keseimbangan hormon sebelum menghadapi trauma menindik telinga kelak.

Jadi, sila ambil tahu perkara ini sebelum tindik telinga

Kesimpulannya, jangan terus sahaja pergi menindik telinga tanpa mengetahui perkara-perkara ini ya? Jika tidak, akan berlaku pelbagai komplikasi yang anda mungkin tidak mahu ia terjadi kepada anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Perasan Ada Lubang Kecil Di Telinga? Jangan Lambat, Segera Jumpa Doktor Untuk Elak Jangkitan!

    Sesetengah orang lahir dengan lubang kecil di telinga. Adakah ia normal dan tidak berbahaya buat anda? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tidur Pakai Anting-anting, BOLEH Jika Baru Bertindik, TAPI Kalau Dah Lama, Tanggalkan, BAHAYA!

    Tidak ramai yang sedar bahawa tidur dengan anting-anting telinga lebih memudaratkan anda! Artikel ini akan mengupas isu ini satu persatu untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Penjagaan Kulit, Sihat Bergaya 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

    Pernahkah air masuk telinga anda semasa sedang seronok berenang? Ya, ia memang biasa berlaku. Jom klik artikel untuk tahu 5 langkah perlu buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air masuk dalam telinga

    JANGAN Biarkan Kalau Air Masuk Telinga, Tapi Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    telinga berdengung

    Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Pendengaran? Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan! Baca Ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan