Apakah perkara paling simbolik bagi seorang doktor? Kalau bukan kot putih, semestinya stetoskop. Lihat sahaja doktor, mesti akan disangkut alat perubatan tersebut di leher ke mana-mana.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah perkara paling simbolik bagi seorang doktor? Kalau bukan kot putih, semestinya stetoskop. Lihat sahaja doktor, mesti akan disangkut alat perubatan tersebut di leher ke mana-mana.
Apakah sebenarnya fungsi stetoskop? Adakah ia sangat penting?
Fungsi utama alat perubatan ini adalah untuk pemeriksaan jantung. Stetoskop mempunyai beberapa bahagian, paling utama ialah yang dimasukkan ke dalam telinga (eartips) dan bahagian bulat yang diletakkan di atas dada (bell dan diaphragm).
Dalam pemeriksaan jantung, stetoskop membantu doktor mendengar bunyi jantung dan mengesan jika terdapat kelainan pada bunyi tersebut seperti bunyi jantung terlalu laju, penambahan bunyi jantung, terlalu kuat atau perlahan, dan bunyi murmur (tiupan atau desingan).
Jika doktor mengesyaki jantung anda kurang sihat dari pemeriksaan menggunakan stetoskop, ujian tertentu mungkin perlu dilakukan untuk mengesahkan keadaan tersebut.
Selain jantung, fungsi utama alat perubatan ini ialah dalam pemeriksaan sistem pernafasan bermula di tengkuk sehingga paru-paru.
Doktor mungkin mendengar sistem pernafasan melalui bahagian depan dada atau belakang. Antara dapatan abnormal dari pemeriksaan paru-paru ialah kualiti bunyi pernafasan dan bunyi lain seperti wheeze (asma) dan crackle (pneumonia).
Pemeriksaan jantung dan paru-paru mungkin biasa didengar tetapi bagaimana pula dengan pemeriksaan usus? Adakah ia juga boleh dilakukan oleh doktor menggunakan stetoskop?
Walaupun agak jarang dilakukan tetapi ia turut digunakan dalam sesetengah kes. Usus anda menghasilkan bunyi yang boleh didengar menggunakan stetoskop dengan kekerapan tertentu. Dalam kes tertentu, bunyi tersebut mungkin berkurang atau tiada seperti kes usus tersumbat atau masalah urat saraf.
Ini merupakan sebahagian dari fungsi alat perubatan simbolik bagi doktor iaitu stetoskop. Selain digunakan semasa pemeriksaan rutin, ia juga boleh membantu doktor mengesan keadaan kecemasan seperti paru-paru berair dan serangan asma.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen