Perbuatan tindik telinga adalah normal dan dilakukan bagi membolehkan individu meletakkan perhiasan pada telinga mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Perbuatan tindik telinga adalah normal dan dilakukan bagi membolehkan individu meletakkan perhiasan pada telinga mereka.
Meskipun ia mungkin sudah jadi kebiasaan buat para wanita, namun wujud juga lelaki yang mahu melakukannya untuk tujuan yang sama.
Pun begitu, kalian jangan terus membuat keputusan tanpa pertimbangan terlebih dahulu ya? Ia mungkin boleh mendatangkan bahaya!
Relaks, jangan terus mengambil keputusan untuk menindik telinga ataupun pada mana-mana kawasan muka anda seperti hidung, kening, bibir atau lain-lain.
Ada beberapa perkara yang kalian mesti ambil tahu termasuklah:
Perkara paling utama adalah anda perlu memastikan bahawa diri sendiri sudah bersedia secara mental dan fizikal.
Dapatkan nasihat orang di sekeliling anda tentang perkara ini dan jika mereka bersetuju, tetapkan hati kalian dan mula cari pakar penindik telinga yang sesuai!
Selepas itu, anda perlu mencari pakar atau profesional dalam bidang menindik dengan memastikan mereka merupakan individu atau pusat yang sudah berdaftar dan mempunyai lesen.
Untuk lebih pasti, sila berjumpa terlebih dahulu dengan doktor pakar dermatologi di hospital untuk mendapatkan nasihat dan cadangan.
Tiba sahaja anda ke tempat menindik telinga tersebut, pastikan mereka menggunakan peralatan-peralatan yang bersih dan selamat seperti jarum yang sudah disterilkan.
Dalam pada itu, pastikan juga mereka memakai sarung tangan yang bersih ketika menindik telinga atau kawasan lain yang anda ingini.
Ini sangat penting untuk mengelak kawasan yang ditindik daripada terkena jangkitan bakteria, kuman atau virus yang boleh mendatangkan bahaya.
Selepas menindik pula, pastikan mereka membersihkan kawasan yang ditindik dengan cermat dan teliti menggunakan peralatan yang juga telah disterilkan.
Ini adalah persoalan utama yang akan bermain dan berlegar di fikiran individu yang ingin melakukannya bukan?
Ya, ia memang akan menyakitkan namun untuk seketika sahaja dan pengalaman ini mungkin berbeza bergantung kepada individu.
Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan lanjutan sekiranya kesakitan itu terlalu teruk.
Seusai sahaja anda sudah siap menindik, sila elakkan kawasan tersebut daripada terkena air terutamanya kandungan air yang kotor.
Antara tempatnya adalah kawasan air bertakung seperti kolam renang, sungai atau pantai kerana ia mungkin kotor dan mampu menjejaskan proses pemulihan luka.
Sekiranya anda masih mahu melakukannya juga, mungkin tiada masalah namun kalian perlu melindungi kawasan bertindik dengan menampal plaster padanya.
Sebenarnya, tiada sebarang waktu ketetapan yang mengatakan anda boleh atau tidak melakukan perbuatan ini dan ia adalah terpulang kepada anda.
Kebanyakan individu terutama golongan wanita juga sudah ditindik sewaktu mereka masih lagi bayi dan tidak perlu risau akan perkara itu kelak.
Namun jika anda sebagai wanita yang belum bertindik dan ingin melakukannya, sila pastikan kalian tidak melakukannya ketika sedang hamil.
Menurut kajian, wanita yang hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menindik telinga.
Ini adalah bertujuan untuk menormalkan kembali tubuh badan dan keseimbangan hormon sebelum menghadapi trauma menindik telinga.
Baiklah, sekarang kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah wujud sebarang bahaya tindik telinga atau kawasan lain?
Jawapan mudahnya adalah ya, memang ada risiko jika ia dilakukan dengan cara atau kaedah yang tidak betul antaranya:
Sekiranya aspek kebersihan dan keselamatan tidak dijaga, maka risiko jangkitan akan menjadi semakin tinggi.
Oleh itu, sila bersihkan kawasan bertindik dengan lebih berwaspada dengan mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor.
Untuk mengelakkan bahaya tindik telinga seperti yang kami nyatakan di atas tadi, terdapat beberapa pantang larang yang kalian perlu ikuti.
Seusai prosedur menindik telinga, anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaannya dan berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
Selepas 6 ke 8 minggu, kalian sudah bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran anda semula.
Pun begitu, anda juga mungkin mahu mempertimbangkan untuk membalut atau menutup kawasan bertindik menggunakan plaster untuk melindunginya sehingga benar-benar pulih.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen