4 Punca Sakit Kepala Semasa Berpuasa Dan Cara Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Banyak orang yang berpuasa di bulan Ramadan mengaku mengalami sakit kepala ketika berpuasa. Ada juga orang yang baru merasakan sakit kepala berulang semasa berpuasa. Lantas apa yang jadi penyebab sakit kepala ketika puasa? Bagaimana cara menghilangkan sakit kepala agar puasa tetap lancar? Jangan bimbang, sakit kepala ketika puasa boleh diatasi dengan mudah. Sila baca selanjutnya.

Penyebab sakit kepala semasa berpuasa

Bagi setiap orang, punca sakit kepala adalah berbeza-beza. Ini bergantung kepada keadaan fizikal anda dan tahap sakit kepala yang dirasakan. Berikut adalah empat kemungkinan yang ada.

1. Dehidrasi

Bila anda tak minum banyak air ketika berbuka puasa sehingga sahur, anda berisiko mengalami dehidrasi. Dehidrasi atau kekurangan air menyebabkan isi padu otak mengecut dan tidak mendapatkan oksigen yang cukup. Akibatnya, selaput otak menghantar isyarat rasa sakit ke seluruh bahagian otak.

Simptom dehidrasi selain sakit kepala adalah letih, otot kejang, sukar menumpukan perhatian, air kencing berwarna pekat atau gelap, serta kulit sangat kering hingga bersisik atau mengelupas.

2. Hipoglisemia

Hipoglikemia adalah keadaan kesihatan di mana paras glukosa (gula) darah di dalam badan anda menurun secara drastik. Gula sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa. Maka, apabila anda tidak makan atau minum apa-apa selama berjam-jam, tubuh yang kekurangan glukosa tak boleh mengepam darah ke otak.

Hal ini menyebabkan sakit kepala, pusing, mual, dan fikiran jadi pusing. Jika tidak segera ditangani, ia boleh menyebabkan pengsan atau tidak sedar diri.

3. “Ketagih” kafein

Adakah anda mengalami ketagihan kafein?Jika anda tidak boleh melalui sehari sahaja tanpa beberapa cawan kopi, sakit kepala semasa berpuasa mungkin disebabkan oleh simptom putus kafein. Semasa berpuasa, anda tentu tidak boleh minum kopi seperti biasa atau bahkan anda tidak minum kopi sama sekali. Anda berisiko mengalami simptom putus kafein.

Simptomnya antara lain adalah sakit kepala, letih, mual, cemas, gelisah, sukar menumpukan perhatian. Simptom putus kafein boleh berlangsung bermula dari seharian penuh hingga dua bulan. Bergantung kepada kekerapan anda mengambil minuman berkafein.  

4. Perubahan pola tidur

Di bulan Ramadan, anda mungkin mengalami perubahan pola tidur kerana harus bangun lebih pagi untuk sahur. Akibatnya, anda mungkin mendapatkan kurang tidur atau jam biologi berubah. Hal ini berisiko menyebabkan sakit kepala.

Ini adalah kerana, kajian dari Missouri State University membuktikan bahawa kurang tidur akan meningkatkan pengeluaran protein jenis tertentu di dalam otak. Protein ini mencetuskan reaksi saraf yang menyebakan sakit kepala.

Cara menghilangkan sakit kepala saat puasa

Sakit kepala semasa puasa tentu sangat mengganggu. Namun, jangan bimbang. Berikut adalah tip meredakan sakit kepala yang selamat semasa berpuasa.

1. Urut ringan

Mengurut wajah dan kepala anda boleh membantu meringankan rasa sakit. Mulakan dengan membuat gerakan melingkar dengan jari, dari kedua-dua tulang pipi anda. Kemudian perlahan-lahan gerakkan jari ke atas, iaitu di sisi luar kedua-dua mata anda. Teruskan sehingga jari-jari anda bertemu di bahagian tengah dahi.

2. Kompres sejuk

Sediakan ais batu dan bungkuskannya di dalam kain lembut. Kemudian letakkan kompres sejuk tersebut di bahagian kepala yang sakit. Menurut seorang doktor saraf dari Michigan Headache Clinic Dr. Edmund Messina, kompres sejuk boleh membantu meredakan keradangan saraf atau pembuluh darah di dalam otak.

3. Elakkan cahaya yang terlalu terang

Cahaya dari komputer atau tingkap yang terlalu terang boleh membuatkan mata letih sehingga kepala semakin sakit. Jadi, elakkan cahaya yang terlalu terang. Anda boleh menutup tirai atau menurunkan kontras cahaya di skrin komputer atau telefon pintar anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan