Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Runsing mencari cara untuk hilangkan jerawat? Pernah cuba gunakan pimple patch tak? Ada yang kata ia berkesan. Jom ketahui sama ada ia berkesan atau tidak untuk hilangkan jerawat.

Betul ke pimple patch boleh hilangkan jerawat?

Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang menggunakan pimple patch ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai 1 pilihan yang tidak begitu popular. 

Tetapi apa sebenarnya pimple patch atau pelekat jerawat ini?

Ia adalah 1 produk yang semakin menjadi pilihan untuk mengatasi masalah dan hilangkan jerawat. 

Pelekat kecil ini dicipta khusus untuk dilekatkan secara terus kepada jerawat untuk mengeringkannya dengan lebih cepat.

Masalah jerawat tidak hanya memberi kesan kepada mereka yang mengalami akil baligh, tetapi turut dialami oleh individu dewasa.

Mengatasi masalah jerawat bukan hanya untuk mendapatkan kulit yang bersinar tanpa cela. Bahkan secara tidak langsung ia turut akan mempengaruhi tahap kesihatan mental individu.

Penggunaan patch ini dikatakan dapat mengurangkan tekanan melibatkan harga diri serta keyakinan disebabkan cela yang ada pada wajah

Persoalan utama, adakah ia benar-benar berkesan untuk hilangkan jerawat?

Apa itu pimple patch?

pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

Secara umumnya, pelekat jerawat, yang turut dikenali sebagai pelekat penyembuh jerawat, adalah sticker kecil, tembus cahaya diletakkan pada jerawat.

Pelekat tersebut adalah sejenis tampalan hidrokoloid – tampalan luka yang telah lama digunakan di dalam dunia perubatan.

Tampalan hidrokoloid adalah sesuatu yang boleh memberikan kesembuhan pada kulit. Ia berfungsi untuk menyerap lebihan cairan dan mengeluarkan kekotoran pada jerawat.

Terdapat sesetengah pelekat jerawat yang merupakan hanya tampalan hidrokoloid tanpa bahan aktif tambahan. 

Tetapi ada juga pelekat yang mungkin mengandungi asid salisilat atau benzoil peroksida – yang memberikan kesan tambahan lain.

Sesetengah pelekat jerawat mempunyai microdart  atau microneedle, yang berperanan untuk membantu bahan aktif untuk menembusi kulit lebih dalam pada kawasan berjerawat. 

Pelekat jenis ini, iaitu dengan microdart dikatakan sangat berguna untuk mengatasi masalah jerawat berpunca daripada hormon.

Dalam bahasa mudah, pimple patch dengan microdart adalah seperti jarum halus yang akan menusuk ke jerawat bagai membolehkan bahan aktif meresap masuk.

Adakah pelekat ini berkesan untuk hilangkan jerawat?

Idea penghasilan dan penggunaan pelekat jerawat ini adalah untuk menyerap kekotoran dan dalam masa yang sama menyembuhkan jerawat. 

Ia sesuatu yang bagus, tetapi tidak begitu berkesan. Cuma pemilihan dan penggunaan pelekat jerawat mungkin memberikan beberapa manfaat.

  1. Mengeringkan jerawat

Sebagai permulaan, pemakaian dan penanggalan tampalan hidrokoloid ini secara sendirinya akan dapat membantu mengeluarkan kekotoran pada jerawat, selain dapat mengeringkannya.

Proses tersebut mungkin akan kelihatan sedikit ‘menjijikkan’ apabila anda mungkin akan melihat nanah putih daripada jerawat terlekat pada patch semasa ditanggalkan.

Sekiranya anda biasa dengan tabiat memicit jerawat – pastinya ramai yang melakukannya walaupun perbuatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan – mungkin anda tidak begitu kisah tentang nanah tersebut.

hilangkan jerawat

  1. Elakkan sentuhan

Secara purata kita akan menyentuh muka lebih 16x dalam sehari, bahkan mungkin lebih daripada itu. Ia 1 tindakan luar kawalan dan spontan yang dilakukan tanpa disedari.

Jika menggunakan pimple patch ini, ia secara tidak langsung dapat mencegah anda daripada menyentuh jerawat dan memicitnya.

Seperti yang dinyatakan di atas, tabiat memicit jerawat boleh menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Begitu juga jika anda kerap menyentuhnya.

Tabiat tersebut boleh menyebabkan peningkatan keradangan dan proses penyembuhan. Malahan ia juga berisiko untuk dijangkiti dan akan meninggalkan parut jerawat

Sekiranya anda cenderung untuk memicit atau menyentuh jerawat, inilah antara manfaat pelekat jerawat.

  1. Kawasan terjejas

Penggunaan sesetengah ubat jerawat mungkin akan terkena pada kulit atau bahagian muka yang tidak bermasalah. 

Tetapi dengan penggunaan pelekat jerawat ini, hanya bahagian atau kawasan berjerawat sahaja yang akan ‘menerima’ bahan aktif daripada pelekat tanpa menjejaskan kulit yang normal. 

Pakar dermatologi berpendapat penggunaan pelekat jerawat ini adalah sesuai buat mereka yang mempunyai masalah jerawat jenis ringan dan sederhana seperti papule dan pustule.

Manakala individu yang mempunyai masalah jerawat batu atau cystic acne, penggunaan pelekat jerawat walaupun dengan microdart sukar untuk memberikan impak berkesan.

Jadi, adakah anda ingin cuba guna pimple patch?

Sekiranya anda cenderung dengan tabiat untuk memegang atau memicit jerawat, sudah tentu penggunaan pelekat ini dapat membantu dalam mengurangkan kekerapan untuk menyentuhnya.

Jika masalah jerawat yang dialami tidak begitu kronik, anda mungkin akan dapat melihat keberkesanannya.

Tetapi seandainya masalah jerawat yang dihadapi adalah masalah jerawat batu, tiada salahnya untuk anda mencuba dan melihat hasilnya nanti.

Walau bagaimanapun, anda harus ingat, sama ada penggunaan ubat jerawat lain ataupun pimple patch ini, ia memerlukan masa untuk proses pemulihan, penyembuhan dan hilangkan jerawat anda.

Hasilnya adalah berbeza bagi setiap individu. Ia mungkin memberikan hasil yang baik pada sesetengah individu tetapi bagi mereka yang lain, penggunaannya berkemungkinan tidak mendatangkan perubahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Memahami Rawatan Untuk Merawat Parut Jerawat Anda

Jerawat adalah keadaan kulit paling biasa yang mempengaruhi remaja dan orang dewasa. Jerawat tidak hanya memberi kesan kepada penampilan luar tetapi juga boleh memberi kesan emosi, menyebabkan keyakinan diri berkurang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/04/2019 . 3 minit bacaan

Pakai Produk Hebat Tapi Parut Jerawat Susah Nak Hilang, Ini PUNCA Utamanya!

Jerawat adalah penyakit kulit yang disebabkan bakteria dan biasanya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada. Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat, yang mungkin memakan masa ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Adakah Anda Memiliki Kulit Bermasalah?

Kulit bermasalah atau dirujuk sebagai acne adalah keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut pada kulit bergabung dengan minyak dan sel-sel kulit mati. Ia boleh menyebabkan bintik putih (whitehead), bintik ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Aduh, Muka Lawa Jadi Teruk Sebab Jerawat! Hati-Hati Elak Ubat Bukan Preskripsi

Jerawat memang menganggu keseluruhan wajah individu terutama jika mengambil ubatan yang salah tanpa berjumpa pakar dermatologi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 18/01/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hilangkan jerawat

Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
jatuh cinta

Eh…Jerawat Apa Pulak Ni? Jom Kenal Pasti Jenis Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 31/10/2019 . 3 minit bacaan
masalah jerawat

10 Cara Untuk Hilangkan Bekas Jerawat, Barulah Kulit Nampak “Flawless”!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/09/2019 . 3 minit bacaan

14 Cara Hilangkan Parut Jerawat, Boleh Dirawat Hanya Dengan Makanan Saja, Senang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/08/2019 . 7 minit bacaan