backup og meta

Merawat Jerawat: Ubat Topikal Preskripsi Pilihan Lebih Baik

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2021

    Merawat Jerawat:  Ubat Topikal Preskripsi Pilihan Lebih Baik

    Kebiasaannya ubat jerawat berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran minyak, mempercepat penyembuhan sel kulit, melawan jangkitan bakteria atau mengurangkan keradangan bagi mencegah parut.

    Dengan kebanyakan ubat jerawat preskripsi, anda mungkin tidak dapat melihat hasilnya dalam tempoh empat hingga lapan minggu. Malah, kulit anda akan menjadi lebih buruk sebelum ia menjadi lebih baik. Ia juga mungkin mengambil masa berbulan atau tahun untuk jerawat anda hilang sepenuhnya.

    Pelan rawatan yang dicadangkan oleh doktor anda bergantung kepada umur, jenis dan tahap keterukan jerawat, dan apa yang anda ingin lakukan. Biasanya ubat-ubatan topikal dan oral digunakan secara kombinasi. Dan, wanita hamil tidak sesuai menggunakan ubat preskripsi oral untuk jerawat.

    Ubat topikal preskripsi adalah pilihan yang lebih baik

    Ini adalah rawatan pertama bagi jerawat. Anda mungkin ditetapkan dengan lebih daripada satu, banyak pilihan, dan setiap kumpulan ubat berfungsi dengan cara yang berbeza.

    Retinoid topikal

    Ini adalah paling penting bagi rawatan jerawat. Retinoid topikal membantu menjaga liang-liang yang tidak tersumbat, jadi ia baik untuk merawat bintik hitam dan jerawat yang meradang. Malah, ia juga mempunyai manfaat lain iaitu liang besar kelihatan lebih kecil dan digunakan sebagai rawatan anti-penuaan.

    Antibiotik topikal

    Antibiotik membunuh bakteria. Jerawat adalah sebahagian yang disebabkan oleh bakteria sehingga antibiotik sering dipreskripsi untuk membantu jerawat di bawah kawalan. Antibiotik topikal digunakan untuk kulit, bukannya diambil secara oral. Rintangan bakteria terhadap antibiotik menjadi masalah, jadi terdapat kebimbangan ia tidak efektif seperti yang sepatutnya. Untuk mengelakannya, anda kemungkinan besar akan diberi ubat jerawat topikal kedua untuk digunakan bersama dengan antibiotik topikal.

    Kombinasi ubat

    Jerawat berkembang dengan lebih cepat apabila ia diserang pada beberapa bahagian. Jadi pakar dermatologi menetapkan pelbagai ubat dalam tempoh yang lama. Sesetengah rawatan jerawat yang baru mengambil idea ini satu langkah lagi dengan menggabungkan dua bahan melawan jerawat menjadi satu ubat (seperti  benzoyl peroxide dan adapalene, atau tretinoin dan clindamycin). Manfaat utama rawatan ini adalah mudah digunakan, hanya satu aplikasi dan anda selesai. Kelemahannya adalah rawatan kombinasi lebih mahal berbanding ubat-ubatan lain.

    Anda juga mungkin memerlukan ubat oral

    Bergantung pada keterukan keadaan jerawat dan bagaimana ia bertindak balas terhadap rawatan topikal, pakar dermatologi anda mungkin akan menetapkan ubat-ubatan oral untuk membantu mengatasi jerawat anda.

    Antibiotik oral

    Sama seperti antibiotik topikal, antibiotik oral mengurangkan jumlah bakteria yang menyebabkan jerawat pada kulit. Ini biasanya dirawat bersama dengan rawatan jerawat topikal, dan idealnya hanya digunakan untuk tempoh masa yang singkat. Sekali lagi, bakteria rintangan antibiotik mengembangkan masalah, jadi sangat penting untuk anda menggunakan antibiotik oral seperti yang disarankan.

    Spironolactone

    Spironolactone hanya ditetapkan untuk wanita dewasa dengan jerawat. Ubat ini membantu menenangkan hormon-hormon yang menyebabkan jerawat berkembang. Ia tidak sesuai untuk setiap wanita, tetapi ia boleh menjadi rawatan yang berguna dalam kes-kes tertentu. Ini adalah ubat yang perlu digunakan dalam jangka panjang untuk mendapat keberkesanannya.

    Kontraseptif oral

    Pil kontraseptif atau pil kawalan kelahiran adalah pilihan rawatan lain untuk wanita. Sama seperti spironolactone, pil kawalan kelahiran membantu mengawal hormon yang boleh mencetuskan jerawat. Ia boleh digunakan oleh remaja perempuan dan wanita dewasa.

    Isotretinoin

    Terdapat isotretinoin yang lebih dikenali dengan nama Accutane. Ini adalah ubat yang kuat yang bukan pilihan sempurna untuk setiap orang. Tetapi dalam kes yang betul, isotretinoin dapat membersihkan jerawat yang tidak memberi respons kepada apa-apa lagi. Isotretinoin hanya ditetapkan untuk tempoh masa yang singkat, dan ia secara umum menghapuskan jerawat.

    Walaupun usaha menyelesaikan masalah jerawat anda tidak menunjukkan hasil, jangan sesekali berputus asa. Berbincang dengan pakar dermatologi anda untuk rawatan susulan.

    Baca juga:

    • Merawat Jerawat Teruk, Elak Ubat Bukan Preskripsi

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan