Krim muka, pewarna rambut, pakaian yang terkena kulit, berpeluh, cuaca lembap dan tekanan boleh menjadi antara faktor timbulnya jerawat dan juga faktor yang akan memburukkan keadaan jerawat anda.
Kaedah merawat jerawat remaja
Rawatan untuk jerawat bergantung kepada usia, kesihatan keseluruhan, dan keadaan jerawat anda. Matlamat rawatan adalah untuk meningkatkan penampilan kulit anda dan mencegah parut jerawat. Rawatan boleh termasuk ubat-ubatan dan produk penjagaan kulit harian.
Produk penjagaan kulit remaja
Penjagaan kulit adalah penting tidak kira apa keadaan kulit anda. Penjagaan kulit termasuk pembersihan, pelembab, dan pelindung matahari.
- Bersihkan kulit perlahan-lahan dengan pencuci muka dan air suam. Jangan gunakan sabun yang terlalu kuat untuk kulit. Ia boleh menyebabkan kerengsaan. Jangan guna wap air panas kerana ia akan menghilangkan minyak penting pada kulit
- Pastikan kulit ada terhidrasi. Anda boleh gunakan pelembap dan memperbanyakkan minum air pada siang hari. Gunakan produk yang dilabel ‘non-comedogenic’ dan bebas minyak
- Lindungi kulit anda daripada radiasi sinaran matahari dengan menggunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih. Ulang pemakaian pelindung matahari setiap 2 jam. Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti berenang atau berpeluh dengan banyak, anda mungkin perlu mengaplikasinya dengan lebih kerap
- Jangan memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan parut

Ubat-ubatan
Anda boleh mencuba beberapa ubat untuk merawat dan mencegah jerawat yang mengandungi benzoyl peroksida (benzoyl peroxide) dan asid salisilik (salicylic acid).
Sekiranya ubat-ubatan tidak berfungsi, doktor mungkin akan memberikan anda ubat yang lebih kuat seperti antibiotik, tretinoin untuk mengurangkan bakteria dan menghentikan komedon (comedone) baru merebak.
Jerawat adalah perkara biasa pada remaja. Jerawat remaja biasanya bermula apabila mereka melangkah ke tempoh akil baligh dan ia akan hilang apabila melepasi tempoh remaja.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan mereka dan boleh menjadi lebih buruk jika tidak menjaga kulit dengan betul.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen