Kebanyakan individu akan minum air teh hijau kerana khasiatnya terhadap kesihatan dalaman tubuh badan, namun ia juga sebenarnya sangat bagus untuk mengurangkan masalah jerawat.
Teh hijai mengandungi flavonoid dan tannis yang sangat membantu melawan keradangan dan bakteria yang menyebabkan jerawat.
Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan epigallocatechin-3-gallate (EGCG) yang boleh berfungsi mengurangkan minyak pada kulit. Caranya juga sama, iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.
#4. Lidah buaya
Ini adalah cara hilangkan jerawat yang paling banyak dan sering digunakan dalam kalangan masyarakat kita.
Ekstrak tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan boleh digunakan sebagai bahan aktif dalam pelembap dan pencuci muka, sabun dan losyen pelindung matahari ekoran ia boleh memberikan kelegaan dan dipercayai dapat merawat kulit bermasalah.
Namun, adakah ia benar-benar merupakan cara menghilangkan jerawat yang berkesan?
Benar atau tidak lidah buaya boleh jadi cara hilangkan jerawat?

Terdapat pelbagai kegunaan lidah buaya yang bermanfaat untuk muka dan kulit. Antara kebaikannya adalah seperti:
- Sifat antibakteria gel lidah buaya sangat berkesan dalam merawat jerawat dan mengurangkan kemerahan serta keradangan. Ia menghalang bakteria daripada menjangkiti luka jerawat dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ciri-ciri antikulat yang terdapat pada lidah buaya berguna merawat keradangan seperti nodul dan sista pada kulit
- Magnesium lactate yang wujud dalam gel lidah buaya membantu mengurangkan rasa gatal disebabkan jerawat. Ia berkesan dalam merawat ruam kulit dan sinaran matahari
- Gel lidah buaya juga dapat membantu menghilangkan minyak dan kotoran berlebihan dari kulit untuk mencegah jerawat. Ia mengurangkan saiz nodul dan sista yang meradang untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakan
- Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan parut jerawat dengan meningkatkan pemulihan kulit baru dan menjadikan kulit anda lebih berseri
- Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan pigmentasi kulit untuk mengurangkan parut dan kecacatan yang disebabkan oleh jerawat
- Gel lidah buaya juga dapat membantu mengetatkan liang-liang pori pada muka, sekali gus mengurangkan risiko pori tersumbat dengan kotoran
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen