Jerawat adalah masalah kulit yang dialami kebanyakan orang terutamanya sewaktu sedang membesar. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, masalah kulit ini menjadi sangat serius sehingga boleh menyebabkan kesan buruk yang mempengaruhi penampilan seseorang. Oleh itu, amat penting untuk anda tahu cara rawat jerawat dengan betul.
Apakah itu masalah jerawat teruk?
Masalah jerawat yang teruk mempunyai nama lain iaitu jerawat sistik. Ia adalah bentuk jerawat yang paling serius yang melibatkan lubang besar dan kemerahan. Malah ia juga boleh memberi kesakitan di bahagian wajah, dada, belakang badan dan tangan.
Berbeza dengan jerawat lain yang lebih ringan, jerawat sistik terbentuk apabila minyak dan sel-sel kulit mati terkumpul dalam folikel rambut atau liang roma.
Lelaki biasanya mengalami jerawat yang teruk ini sewaktu akil baligh tetapi dalam beberapa kes, ia boleh berlaku sewaktu dewasa apabila terdapat ketidakseimbangan hormon.
Sementara itu, wanita pula mengalami jerawat sistik ketika datang haid.