Menakjubkan! 6 Jenis Buah Ini Boleh Buat Jerawat Anda Kecut, Pudar Dan Hilang!

    Menakjubkan! 6 Jenis Buah Ini Boleh Buat Jerawat Anda Kecut, Pudar Dan Hilang!

    Jerawat di wajah itu sering datang tanpa diundang dan sukar pergi meskipun sudah ‘diusir’ dengan banyak kaedah yang sedia ada. Jadi, apa kata anda cuba cara nak hilangkan jerawat cara tradisional pula? Menariknya, anda mungkin hanya perlukan buah-buahan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud dan punca jerawat itu muncul?

    Jerawat atau akne adalah antara masalah yang paling utama dan umum berlaku pada organ kulit.

    Ia adalah akibat liang pori yang telah tersumbat lalu terkumpul dengan minyak dan sel kulit mati.

    Kebiasaannya, ia akan terjadi di kawasan kulit wajah, dada, bahu, belakang atau tempat lain sekali gus bakal menjejaskan tahap kecantikan serta keyakinan diri masing-masing.

    Dalam usaha untuk singkirkan ia daripada kulit, ada banyak cara nak hilangkan jerawat yang anda boleh cuba sama ada dengan menggunakan cara moden atau cara tradisional.

    Namun, kebanyakan cara itu tidak mendatangkan hasil memberangsangkan di mana jerawat tetap kekal atau meninggalkan parut yang jelas. Maka, individu mungkin harus cuba menggunakan cara lain yang jauh lebih efektif dan di luar kotak pemikiran.

    cara nak hilangkan jerawat

    Kadangkala, apa yang kita semua perlukan mungkin adalah bahan di dapur rumah sendiri sahaja!

    Ini cara nak hilangkan jerawat cara tradisional!

    Buah-buahan memang amat kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Tidak kurang dengan itu, ia juga mungkin boleh membantu anda melawan masalah jerawat di kulit.

    Jangan terkejut jika kami kata ada banyak jenis buah yang bagus untuk masalah jerawat termasuk:

    #1. Menggunakan kulit daripada buah pisang

    Pisang tinggi dengan variasi jenis vitamin, mineral dan asid lemak yang boleh membantu merawat jerawat dan pelbagai isu kulit lain termasuk parut, jeragat, cela dan tona kulit tidak sekata.

    Namun, bukan buahnya yang anda perlukan tetapi kulitnya kerana kulit pisang itu memiliki paling banyak manfaat apabila ia disapukan secara terus dan kerap ke atas kulit yang bermasalah.

    Caranya, cukup sekadar menggunakan ia sekitar seminggu sekali untuk mendapatkan hasil positif.

    Cara nak hilangkan jerawat #2. Epal

    Kedua, buah epal memiliki sifat antibakteria dan antioksidan yang boleh membantu kulit melawan bakteria serta radikal bebas sekali gus membersihkan kulit daripada masalah jerawat.

    Anda hanya perlu mengisar buah ini sehingga menjadi bentuk pes sebelum ia disapukan pada kulit yang bermasalah, biarkan, kemudian bilas dan ulang proses sama sekitar 1 ke 2 kali seminggu.

    cara nak hilangkan jerawat

    Cara nak hilangkan jerawat #3. Anggur

    Ketiga, buah anggur mempunyai komponen resveratrol serta phytoalexin yang dipercayai mampu membantu merawat jerawat dan dalam masa sama mengurangkan masalah parut akne.

    Sama dengan epal, anda perlu menghancurkan beberapa biji buah ini untuk dijadikan pes sebelum disapukan pada kulit. Untuk hasil lebih baik, boleh ulang proses ini 1 ke 2 kali seminggu.

    #4. Buah betik yang tinggi dengan vitamin

    Buah yang tinggi dengan vitamin A, C dan E ini sudah tentu sangat baik bagi kulit yang berjerawat.

    Apa yang lebih menarik adalah betik memiliki enzim papain di mana ia boleh menjadi agen untuk mengelupaskan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati secara semula jadi sekali gus meluaskan lagi liang pori selain menyediakan nutrisi yang penting.

    Caranya, cuma ambil sebiji betik yang telah dihancurkan sebelum ia disapukan ke atas kulit wajah.

    #5. Buah tomato juga kaya dengan vitamin

    Ramai masih berteka-teki sama ada ia buah atau sayur, tomato juga kaya dengan vitamin C dan E.

    cara nak hilangkan jerawat

    Tidak kurang dengan itu, tomato juga memiliki kandungan beta-karotena yang mampu melindungi dan merawat kulit daripada masalah jerawat. Sifat asid dari tomato ini turut membuat ia menjadi salah satu daripada bahan alami terbaik untuk kulit.

    Caranya, ambil dan sapu pes tomato di kulit muka yang bermasalah setiap hari agar lebih berkesan.

    #6. Strawberi turut boleh hilangkan jerawat

    Wujud banyak buah dari keluarga beri yang bagus untuk kulit dan salah satunya adalah strawberi kerana ia mengandungi komponen asid salisilik alami untuk anda memiliki kulit wajah bersih.

    Dalam pada itu, ia turut memiliki kandungan vitamin dan polifenol yang boleh meningkatkan lagi sistem dan fungsi perlindungan kulit agar dapat terhindar daripada masalah termasuk jerawat.

    Sama seperti buah lain di atas, ia hanya perlu dihancurkan dan disapukan pada kulit bermasalah.

    Diingatkan bahawa cara nak hilangkan jerawat di atas ini hanya sekadar panduan atau pedoman alternatif yang mungkin tidak begitu berkesan buat semua orang. Dinasihatkan untuk anda yang ada masalah jerawat teruk bagi mendapatkan nasihat dan informasi dari pakar.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan