backup og meta

Jangan Percaya 6 Mitos Tentang Tip Hilangkan Jerawat Ini, Lagi-Lagi Yang No. 4!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2023

    Jangan Percaya 6 Mitos Tentang Tip Hilangkan Jerawat Ini, Lagi-Lagi Yang No. 4!

    Sebenarnya, ada banyak tips hilangkan jerawat yang mungkin kita pernah baca atau dengar tetapi tidak semua boleh dipercayai. Persoalannya, petua hilangkan jerawat mana yang mitos atau fakta? Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih baik!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Jerawat, musuh utama kulit wajah anda!

    Jerawat adalah antara musuh utama kulit wajah masing-masing bersama dengan masalah kulit kering, sensitif, cela, kedut, kerut, tona kulit yang tidak sekata serta macam-macam isu lain lagi.

    Terdapat banyak jenis jerawat (acne) yang umum terjadi termasuk papula, pustula, nodul, sista, whitehead atau blackhead yang sudah tentu akan menjejaskan kecantikan dan keyakinan.

    Kebiasaannya, masalah ini disebabkan oleh liang dan folikel rambut di muka anda itu tersumbat serta tertutup dengan minyak, peluh sekali gus menjadi punca kulit wajah mula meradang.

    tips hilangkan jerawat

    Dalam pada itu, wujud beberapa lagi faktor risiko jerawat muncul dengan banyak seperti berikut:

    • Genetik
    • Hormon
    • Pengamalan diet tidak seimbang
    • Penggunaan produk kurang sesuai
    • Pengambilan ubatan & rawatan tertentu

    Sebelum ia menjadi lebih teruk dan memicu breakout, segera cari produk hilangkan jerawat!

    Tips hilangkan jerawat yang tidak benar

    Walaupun ada banyak petua hilangkan jerawat yang anda boleh cuba amalkan, namun bukan semua cara atau langkah itu benar malah mungkin hanya merupakan mitos sejak zaman dahulu lagi.

    Berikut adalah antara mitos-mitos tips hilangkan jerawat yang individu tidak boleh cepat percaya:

    #1. Akne akan hilang sendiri seiring masa

    Mungkin ramai yang percaya bahawa jerawat boleh hilang sendiri seiring masa tetapi pernyataan ini agak kurang tepat kerana ia juga berisiko untuk bertambah teruk kalau dibiarkan.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah akne tersebut mungkin meninggalkan kesan parut lantas menjejaskan penampilan. Jadi, jangan biar dan cepat rawat masalah jerawat di muka.

    Tips hilangkan jerawat #2. Picit mata jerawat

    Sehubungan di atas, anda mungkin mahu mencari jalan untuk merawat jerawat dan memicit akne adalah antara kaedah yang sangat popular. Pun begitu, ia hanya bakal meninggalkan bekas lubang dan luka yang sudah tentu memberi kesan pada kulit wajah.

    tips hilangkan jerawat

    Tips hilangkan jerawat #3. Guna ubat gigi

    Dalam pada itu, tidak kurang ramai individu yang percaya kalau ubat gigi merupakan ubat jerawat paling efektif sedangkan ia tidak benar. Ya, jerawat mungkin akan lebih cepat kering tetapi ia turut hadir dengan efek sampingan seperti iritasi kulit yang serius.

    #4. Tidak boleh makan kacang?

    Pesanan ini sangat popular bukan? Ramai yang percaya kalau makan makanan berunsur kekacang itu berisiko untuk menumbuhkan dan menambahkan lagi jerawat sedia ada di muka anda.

    Hakikatnya, tidak ada makanan yang secara langsung boleh mengakibatkan akne namun mungkin bakal meningkatkan lagi penghasilan hormon seperti insulin atau androgen punca jerawat.

    #5. Bersihkan kulit wajah lebih kerap

    Risau sangat dengan jerawat sampai sanggup bersihkan muka banyak kali? Usah buat lagi! Kulit wajah anda berisiko untuk menjadi kering, rengsa dan radang akibat perbuatan anda itu.

    Jika anda masih ingin mencuci muka walau kulit wajah penuh dengan akne, cukup dengan cuma membuat rutin ini dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas tidur supaya kulit kekal sihat.

    tips hilangkan jerawat

    #6. Elakkan pakai mekap di muka

    Siapa kata orang yang ada masalah jerawat tidak boleh bersolek dan berdandan dengan make up? Anda masih boleh bermekap tetapi pastikan produk itu sesuai serta tidak ada kesan buruk.

    Menurut ramai pakar dermatologi, mekap yang ideal untuk penderita masalah akne kena berlabel oil-free, noncomedogenic atau nonacnegenic supaya jerawat tidak mudah muncul di muka.

    Konklusinya, ada banyak petua hilangkan jerawat namun bukan semua yang anda boleh amalkan.

    Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat dan mendapatkan kulit wajah yang bersih lagi cantik, sila dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan