backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Suka Foreplay Guna Jari? SUAMI, Jangan Lupa Buat 1 Benda Wajib Ini Sebelum Fingering!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

    Suka Foreplay Guna Jari? SUAMI, Jangan Lupa Buat 1 Benda Wajib Ini Sebelum Fingering!

    Antara kaedah rangsangan yang sering dilakukan sebelum memulakan hubungan seks adalah main jari atau teknik fingering . Tetapi sebelum memulakan aksi rangsangan, Encik Suami sekalian, ada membasuh tangan ke tidak?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Main jari, antara teknik rangsangan seks

    Fingering atau main jari adalah 1 aksi memanaskan badan sebelum berlangsungnya aktiviti seksual. Ia dianggap sebagai salah satu teknik foreplay yang dapat meningkatkan tahap kepuasan isteri anda.

    Teknik ini merupakan 1 cara rangsangan main jari pada sekitar bahagian faraj pasangan seperti bibir, klitoris dan lubang faraj. Ia membantu memberikan orgasma pada pasangan anda.

    Tetapi 1 perkara yang sering diambil mudah oleh kebanyakan lelaki adalah mengenai tahap kebersihan jari dan kuku. Di mana rata-rata kaum Adam tidak membasuh tangan sebelum melakukan fingering.

    Mengapa perlu membasuh tangan sebelum main jari?

    Mesti ada yang bertanya 1 keperluan ke untuk membasuh tangan?

    Kita berikan contoh situasi, anda baru selepas mencuci kereta kemudian anda membantu mengeluarkan sampah untuk dibuang ke tong sampah besar.

    Masuk ke rumah, anda tergoda dengan pasangan dan terus melakukan aksi foreplay termasuklah main jari (fingering).

    Secara kasarnya, tangan anda tidak mempunyai kotoran, tetapi adakah ia benar-benar bersih? Itu belum lagi dikira anda tidak mencuci tangan selepas keluar tandas.

    Berdasarkan kajian daripada Universiti of Colorado ke atas telapak tangan 51 sukarelawan yang sihat, penyelidik mendapati secara puratanya terdapat 4,752 bakteria unik. Ia hadir daripada lebih 150 spesies bakteria yang berbeza. 

    main jari

    Jangkitan kesan tidak membasuh tangan

    Menurut Pakar Sakit Puan dan Pengamal Perubatan di The Manhattan Center for Gynecology and The Manhattan Center for Vaginal Surgery, Dr Ronald D. Blatt, mungkin tidak semua bakteria yang terdapat pada tangan perlu dirisaukan.

    Tetapi kotoran pada tangan terutamanya daripada tanah yang tidak dibasuh secara teorinya boleh menyebabkan jangkitan kulat. 

    Dr Ronald menambah, lebih memburukkan keadaan jika kuku jari anda agak panjang dan ia berisiko menyebabkan luka pada mukosa vagina. Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan pasangan anda mengalami jangkitan. 

    Antara jangkitan bakteria yang mungkin dialami adalah seperti staph dan secara teorinya mungkin mendapat jangkitan anaerobik.

    Ia merupakan satu jangkitan yang disebabkan peningkatan jumlah bakteria anaerob kerana gangguan persekitaran faraj.

    Jangkitan staph melibatkan simptom seperti menggigil, demam, mual, muntah-muntah dan kekejangan pada perut. Paling menakutkan masalah jangkitan ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian. 

    Jejaskan keseimbangan pH

    1 berita baik adalah faraj mempunyai keupayaan untuk melakukan proses pembersihan secara semula jadi.

    Faraj mempunyai bakteria baik dipanggil lactobacilli yang berfungsi membantu mengekalkan tahap pH faraj dengan melawan kotoran asing.

    Selain itu lubang faraj juga mempunyai saluran darah serta menghasilkan mukus yang bertindak melindungi dan membasmi mikroorganisma berbahaya. 

    Walau bagaimanapun, proses pembersihan ini merupakan 1 proses yang panjang. Semasa proses ini berlangsung, bakteria dan kuman yang tertinggal di dalam faraj masih boleh menjejaskan keseimbangan pH faraj.

    Semasa memperkenalkan kuman dan mikroorganisma ke dalam vagina boleh membuang tahap pH, vagina yang sihat secara unik bersedia untuk mencari dan memusnahkan badan-badan asing yang ia hadapi.

    Keadaan ini secara tidak langsung boleh meningkatkan potensi faraj untuk mengalami masalah seperti:

    membasuh-tangan-sebelum-fingering

    Cara membasuh tangan yang baik

    Jadi anda sudah tahu apakah kesan yang mungkin akan berlaku jika anda tidak mencuci tangan dan terus melakukan aksi fingering, bukan?

    Ya, kesannya memang bukan pada anda, tetapi adakah anda sanggup untuk membiarkan isteri anda menanggung akibatnya?

    Lagipun, tiada salahnya jika anda merajinkan diri sedikit untuk membersihkan tangan walaupun pada saat anda benar-benar sudah tergoda dan terangsang melihat kelibat isteri tercinta.

    Berikut adalah cara membersihkan tangan terbaik yang boleh anda amalkan, bukan sahaja ketika ingin melakukan teknik fingering, tetapi cuci tangan pada setiap masa.

    Cara-caranya adalah seperti:

    1. Membasahkan tangan dengan air yang mengalir dan letakkan sedikit sabun di telapak tangan anda.
    2. Gosok kedua-dua belah telapak tangan. Jangan lupa untuk menggosok pada celahan jari-jari anda serta belakang telapak tangan sekurang-kurangnya untuk 30 saat.
    3. Bilas kedua-dua tangan dengan air yang bersih.
    4. Lapkan tangan menggunakan kain atau tisu yang bersih.

    membasuh tangan

    Biasakan diri untuk mencuci tangan sebelum dan selepas aksi main jari. Ia sudah tentu dapat meminimumkan sebarang risiko jangkitan atau penyakit kelamin yang disebabkan pengerakan bakteria di dalam faraj pasangan anda.

    Akhir kata

    Jika anda dan pasangan gemar untuk melakukan aksi main jari sebagai 1 rangsangan seksual, teruskan kerana ia tidak salah.

    Namun sebaiknya, pastikan tangan anda berada dalam keadaan bersih untuk menghindari isu kesihatan yang tidak diingini. 

    Jangan lupa, pastikan anda benar-benar tahu cara melakukan teknik  fingering yang betul, atau ia hanya akan menyebabkan isteri anda mengalami kesakitan ketika penetrasi. Berhati-hati!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan