backup og meta

ALAMAK, Terlalu Kerap Guna Vibrator Masa 'Projek' Boleh Beri Kesan Kepada Faraj?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/08/2023

    ALAMAK, Terlalu Kerap Guna Vibrator Masa 'Projek' Boleh Beri Kesan Kepada Faraj?

    Alat mainan seks banyak memberi impak positif kepada kehidupan seks namun setiap perkara pasti ada pro dan kontranya bukan?

    Disebabkan itu, banyak inisiatif dilakukan dalam usaha memastikan aksi di kamar tidur lebih hangat.

    Antara usaha yang kerap digunakan oleh pasangan suami isteri adalah penggunaan ‘sex toy’ semasa bersenggama.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu alat mainan seks?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar tentang perkara ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang belum tahu, alat mainan seks atau sex toy dicipta bagi membantu pasangan suami isteri mendapatkan hubungan kelamin yang lebih mengasyikkan lagi mengghairahkan.

    Antara yang paling popular digunakan di serata dunia adalah alat getaran seks atau vibrator.

    Sesuai dengan namanya, alat ini berfungsi dengan menghasilkan getaran yang boleh digunakan untuk merangsang nafsu syahwat individu.

    Jangan terkejut kerana meskipun ia sering digunakan pada faraj wanita, alat getaran seks ini juga boleh digunakan pada zakar lelaki juga.

    mainan seks

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Indiana University di Amerika Syarikat, kira-kira 53% wanita dan 45% lelaki berusia 18 hingga 60 tahun menggunakannya.

    Bukan itu sahaja, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat banyak impak positif penggunaan alat getaran seks ini terhadap kesejahteraan seksual individu.

    Apa manfaat alat getaran seks?

    Menurut Pengarah Bersekutu Center for Sexual Health Promotion Debbt Herbenick, para doktor dan pakar terapi telah mengesahkan bahawa vibrator mampu memberi impak positif kepada fungsi seksual individu.

    Antara impak yang diperkatakan adalah ia dipercayai mampu meningkatkan libido serta memudahkan orgasma terutamanya buat kaum wanita.

    Pengarah Center for Sexual Health Promotion Michael Reece pula bersetuju dan menambah bahawa ia juga bermanfaat buat kaum lelaki.

    Berikut adalah huraian yang lebih lanjut mengenai impak positif vibrator menurut kajian:

    Buat wanita:

    Vibrator mampu meningkatkan fungsi seksual wanita seperti meningkatkan libido, memudahkan orgasma, melicinkan faraj serta mengurangkan sakit ketika penetrasi dijalankan.

    Dalam pada itu, kira-kira sejumlah 71.5% wanita yang menggunakan alatan getaran seks ini menyatakan tidak langsung menerima sebarang kesan sampingan.

    Buat lelaki:

    Vibrator mampu meningkatkan fungsi seksual lelaki seperti meningkatkan libido, melajukan klimaks serta menyelesaikan salah satu masalah yang paling ditakuti iaitu mati pucuk.

    Pun begitu, ia bukanlah satu alternatif yang berkesan buat semua lelaki kerana pengambilan ubatan sildenafil masih diperlukan untuk merawat disfungsi erektil yang kronik.

    mainan seks

    Pakar Psikologi & Terapi Seks Kristin Zeising pula menyatakan bahawa alat ini bukan sahaja boleh digunakan semasa berasmara dengan pasangan malah juga ketika beraksi solo (onani).

    Ini kerana ia boleh buat kalian belajar tentang zon erotik tubuh badan masing-masing yang seterusnya akan membuat seks bersama pasangan kelak lebih mantap.

    Akan tetapi, setiap perkara pasti ada pro dan kontranya bukan?

    Kesan sampingan alat mainan seks vibrator

    Sekiranya ia digunakan dengan tatacara penggunaan atau kekerapan yang tidak betul, maka kalian berisiko:

    #1. Mendapat jangkitan penyakit kelamin (STD)

    Setiap alat mainan seks termasuklah vibrator perlu digunakan secara bersih dan selamat kerana ia mampu membawa pelbagai jangkitan penyakit kelamin seperti:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Chlamydia
  • Shigella
  • Bacterial vaginosis
  • #2. Mendapat jangkitan penyakit ‘air-bourne’

    Bukan itu sahaja, perkongsian sex toy bersama individu asing akan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan pelbagai penyakit bawaan udara seperti:

    mainan seks

    #3. Berlaku kerengsaan pada alat sulit

    Ini berlaku akibat alahan atau trauma penggunaan alatan seks secara paksa dan kerap. Disebabkan itu, sila gunakannya dengan tatacara penggunaan dan kekerapan yang betul ya?

    Vibrator punca ‘dead vagina syndrome’?

    Ada satu lagi kesan sampingan yang paling kerap dikaitkan dengan wanita dan penggunaan alat getaran seks iaitu dead vagina syndrome.

    Ia adalah satu kondisi yang membuat klitoris wanita hilang sensitiviti lalu menyukarkan wanita mengalami orgasma.

    Menurut Pakar Seksologi Jill McDevitt dan Carolyn DeLucia, perkara ini adalah tidak benar kerana klitoris tidak akan hilang sensiviti dengan mudah.

    Hanya faktor usia dan beberapa kondisi kesihatan lain seperti menopaus yang mampu memberi kesan kepada klitoris kaum Hawa.

    Ternyatalah bahawa di sebalik manfaat vibrator, tersembunyi juga beberapa mudaratnya.

    Maka sila guna alat mainan seks ini dengan betul untuk mengelakkan kesan sampingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan