
Sekiranya cara buat lovebite itu berjalan lancar, maka aktiviti seksual juga akan dapat berlangsung dengan lebih baik. Sejurus tamat projek di ranjang, anda perlu fikir pula tentang kesannya!
Bagaimana pula untuk lovebite ini hilang?
Walaupun sebagai pasangan suami isteri, mungkin tidak wajar untuk kalian membanggakan atau menayangkan kesan hickey ini pada khalayak ramai kerana hubungan itu sepatutnya sulit dan suci.
Andai kata anda sudah terbabas dan kesan sudah terlekat, beberapa cara berikut boleh membantu:
#1. Menggunakan ubat topikal klinikal
Pertama, anda boleh menggunakan krim atau gel sapu seperti heparin, bromelain dan vitamin K di kulit yang terkesan selain paracetamol dan ibuprofen jika kulit terbabit mula rasa sakit.
Cara buang lovebite #2. Tuaman dingin
Kedua, tuaman dingin dengan mengaplikasikan air sejuk atau air batu sangat membantu tetapi ia mungkin memerlukan masa selama 1 ke 2 hari sebelum kesan hickey mampu hilang dengan total.
Cara buang lovebite #3. Tuaman hangat
Ketiga, tuaman hangat dengan mengaplikasikan air suam juga adalah antara alternatif yang bagus. Namun jangan menggunakan air pada suhu terlalu tinggi untuk elak kulit merengsa dan meradang.
#4. Menyapukan gel lidah buaya

Menurut kajian terbitan Iranian Journal of Medical Sciences, gel aloe vera mampu mempercepat proses penyembuhan luka akibat daripada banyak punca, termasuk juga hickey.
Caranya, cuma sapu gel lidah buaya pada kawasan terjejas dan lihat kesan itu pudar dengan cepat.
#5. Sorok lovebite itu dengan pakaian
Dalam masa anda sedang mencari dan membuat rawatan, boleh cuba sorok kesan pada kulit anda itu dengan pakaian. Alasannya, ia untuk mengelak fitnah yang mengundang persepsi negatif masyarakat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen