backup og meta

Makin Naik Umur, Makin Cepat Penat? Itu Tanda Otot Anda Ada Masalah Ini!

Makin Naik Umur, Makin Cepat Penat? Itu Tanda Otot Anda Ada Masalah Ini!

Sekiranya anda telah berusia lebih 50 tahun dan tidak lagi berasa sekuat seperti waktu muda dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda mengalami atrofi otot! Apakah ia?

Sama seperti kepadatan tulang yang menurun seiring pertambahan usia, kita juga bakal kehilangan jisim otot apabila meningkat umur.

Penurunan otot badan, juga dikenali sebagai sarcopenia, adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap orang dari masa ke masa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Sebenarnya, apa itu atrofi otot?

Kondisi ini merujuk kepada kehilangan tisu otot, yang sering berlaku pada golongan berusia.

Kekurangan aktiviti fizikal sama ada akibat kecederaan atau penyakit, diet pemakanan yang tidak mencukupi, genetik, dan kondisi perubatan tertentu boleh menyumbang kepada masalah atrofi otot.

Ia boleh berlaku jika anda lama tidak menjalani kehidupan yang aktif. Sekiranya otot tidak dapat digunakan, badan akhirnya akan memecahkannya bagi menjimatkan tenaga.

Faktor risiko anda hilang jisim otot!

atrofi otot

1. Nutrisi menurun

Diet pemakanan yang buruk dan kekurangan nutrisi dapat menimbulkan banyak masalah kesihatan, termasuk atrofi otot.

Secara khususnya, International Osteoporosis Foundation memberi amaran bahawa diet rendah protein, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan jisim otot.

Atrofi otot yang berkaitan dengan kekurangan zat makanan juga boleh berkembang akibat kondisi perubatan yang merosakkan kemampuan tubuh untuk menyerap nutrien, seperti:

Menurut Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Abbott Nutrition, antara makanan yan baik dalam mengekalkan jisim otot adalah:

  • Protein: ayam, ikan dan daging tanpa lemak
  • Kalsium
  • Makanan tinggi HMB
  • Kepelbagaian nutrisi (diet seimbang mengikut piramid makanan)

2. Umur meningkat

Seiring dengan pertambahan usia, tubuh juga menghasilkan lebih sedikit protein yang mendorong pertumbuhan otot.

Pengurangan protein ini akan menyebabkan sel-sel otot mengecut, mengakibatkan kondisi kesihatan yang disebut sarcopenia (kondisi yang bercirikan kehilangan jisim dan fungsi otot rangka).

Menurut laporan Food and Drug Administration (FDA), sarcopenia mempengaruhi sehingga satu pertiga individu berumur 60 tahun ke atas.

Sebagai tambahan kepada kehilangan jisim otot, sarcopenia boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

  • Kelemahan
  • Badan tidak seimbang
  • Kesukaran bergerak
  • Daya tahan yang lebih rendah

Kehilangan jisim otot mungkin merupakan hasil yang tidak dapat dielakkan daripada proses penuaan semula jadi.

Walau bagaimanapun, ia dapat meningkatkan risiko kecederaan dan memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup seseorang secara menyeluruh.

3. Masalah kesihatan

Penyakit kronik yang mungkin boleh menyumbang kepada kondisi otot ini termasuk:

  • Amyotrophic lateral sclerosis (ALS)
  • MS
  • Artritis
  • Myositis
  • Polio: Penyakit berjangkit yang menyerang sistem saraf

Berikut pula antara simptom kondisi ini!

atrofi otot

Gejala kondisi ini juga berbeza bergantung kepada sebab dan keparahan kehilangan otot.

Menurut Dr. Nina Mazera lagi, antara simptom-simptom yang tidak jelas merangkumi:

Sebagai tambahan kepada pengurangan jisim otot, gejala atrofi otot turut termasuk:

  • Mengalami kelemahan pada salah satu anggota badan atau keseluruhan
  • Mengalami kesukaran mengimbangi badan
  • Kesukaran untuk kekal aktif

Bagaimanakah atrofi otot dirawat & dikawal?

Rawatan yang bakal diberikan oleh doktor bergantung pada diagnosis dan tahap keparahan.

Antara rawatan yang biasa dilakukan bagi masalah otot ini termasuk:

  • Senaman
  • Terapi fizikal
  • Terapi ultrasound
  • Pembedahan
  • Perubahan diet

Bagi aktiviti bersenam, doktor perubatan terkenal, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan nama Dr. Say Shazril berkata, senaman perlulah dilakukan mengikut kemampuan fizikal dan umur seseorang individu.

Mustahil untuk warga emas melakukan senaman berintensiti tinggi, jadi aktiviti yang lebih ringan seperti berkebun, mengemas rumah dan joging sudah memadai.

Bagi rawatan fisioterapi, ahli terapi fizikal akan mengajar cara bersenam yang betul, dengan menggerakkan lengan dan kaki anda jika menghadapi kesukaran untuk bergerak.

Di samping itu, terapi ultrabunyi adalah prosedur non-invasive yang menggunakan gelombang bunyi untuk membantu penyembuhan.

Sekiranya tendon, ligamen, kulit, atau otot anda terlalu ‘ketat’ dan menghalang tubuh daripada bergerak, pembedahan mungkin diperlukan.

Selain itu, sekiranya kekurangan zat makanan adalah penyebabnya, doktor anda mungkin mencadangkan perubahan diet atau pengambilan suplemen makanan.

atrofi otot

Peranan nutrisi pemakanan yang penting

Tahukah anda, makanan kaya protein dapat membantu dalam membina otot dan mencegah masalah kehilangan jisim otot badan?

Untuk membina otot badan, anda memerlukan 0.45 gram protein per paun mengikut berat badan.

Sebagai contoh, seseorang individu yang beratnya 140 paun harus makan 63 gram protein sehari.

Apa lagi yang perlu ada dalam diet pemakanan bagi seseorang individu bagi mengekalkan jisim otot badan?

Pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan kalsium, vitamin D dan HMB (hydroxymethylbutyrate) perlu diambil dalam mengekalkan jisim otot yang sihat.

Apa itu HMB? HMB adalah metabolit asid amino yang penting, ia secara semula jadi terdapat dalam sejumlah kecil makanan dan badan anda, dan kadarnya akan menurun seiring pertambahan usia.

Selain itu, vitamin D yang tinggi membantu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ketidakstabilan postur dan kelemahan otot.

Benar, protein sangat penting, tetapi anda juga memerlukan karbohidrat, yang merupakan sumber tenaga digunakan oleh badan.

Abbott baru-baru ini memperkenalkan Ensure® Gold ™ Liquid baharu, diformulasi dengan bahan penting bagi membina otot termasuk HMB dan protein untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan otot seawal 8 minggu.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Can You Avoid Muscle Loss as You Age?, https://health.clevelandclinic.org/how-can-you-avoid-muscle-loss-as-you-age/, Accessed May 26 2021.
  2. Muscle Atrophy, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22310-muscle-atrophy, Accessed May 26 2021.
  3. Multiple System Atrophy Fact Sheet, https://www.ninds.nih.gov/disorders/patient-caregiver-education/fact-sheets/multiple-system-atrophy, Accessed May 26 2021.
  4. Spinal Muscular Atrophy, https://www.ninds.nih.gov/Disorders/All-Disorders/Spinal-Muscular-Atrophy-Information-Page, Accessed May 26 2021.
  5. Types of Muscular Dystrophy and Neuromuscular Diseases, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/types-of-muscular-dystrophy-and-neuromuscular-diseases, Accessed May 26 2021.
  6. Muscle atrophy, https://medlineplus.gov/ency/article/003188.htm, Accessed May 26 2021.

Versi Terbaru

19/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Benarkah Jika Inginkan Sistem Imun Badan Yang Kuat, Kena Pastikan OTOT Kuat? Ini Jawapan Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan