Stevia: Adakah Ia Alternatif Gula Terbaik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 9 minit bacaan
Share now

Masyarakat kita dan gula adalah berpisah tiada. Perhatikan sahaja pengambilan makanan dan minuman kita. Tidak sah rasanya jika tiada gula, bukan? Pun begitu, tahukah anda bahawa ada alternatif selain gula yang boleh kita ambil iaitu stevia? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Gula & diabetes

Sebelum mengupas lebih lanjut berkenaan stevia, haruslah kita faham terlebih dahulu apa perkaitannya dengan gula dan diabetes.

Gula dan diabetes adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana gula merupakan punca utama kandungan glukosa dalam darah akan menjadi tinggi. Keadaan inilah yang dinamakan sebagai diabetes atau lebih dikenali dengan nama kencing manis. Disebabkan pengambilan gula yang terlalu tinggi dan tidak terkawal, tubuh badan kita yang akan menerima akibatnya. 

Seperti mana yang kita ketahui, bilangan pesakit diabetes di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Menurut kajian yang dilakukan pada 2011, kira-kira lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan ia semakin meningkat tahun demi tahun. Jadi, ini perlu dibendung daripada sekarang sebelum ia mencecah aras yang lebih menakutkan.

Hakikatnya, gula sememangnya punca utama kondisi diabetes berlaku pada individu. Rakyat Malaysia memang tidak boleh lari daripada pengambilan gula dalam pemakanan mereka. Makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi terutamanya manisan tempatan seperti cendol, lai chi kang, air batu campur dan pelbagai lagi makanan berintikan gula adalah punca utama diabetes di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.

Persoalannya, apakah langkah yang paling berkesan untuk mengatasi permasalahan ini? Secara umumnya, pengurangan pengambilan gula adalah salah satu langkah yang terbaik. Sebagai contoh, ketika berada di restoran, kita boleh memesan air minuman kurang manis untuk mengurangkan gula. Ketika di rumah pula, amalkan memasak makanan dan membuat air minuman yang kurang atau tidak langsung mempunyai gula. 

Namun begitu, kita sebenarnya perlu tahu bahawa selain gula, telah wujud alternatif pemanis yang boleh menggantikan gula dalam makanan dan minuman kita yang sebenarnya lebih baik untuk kesihatan kita. Antara alternatif pemanis yang paling terkenal telah wujud di dunia adalah ‘aspartame’ dan ‘sukrosa’. Namun demikian, tiada alternatif pemanis lain yang mampu menandingi populariti ‘stevia’.

Apakah ia? 

Stevia (stevia rebaudiana) adalah pemanis sifar kalori yang berasal daripada tumbuhan keluarga chrysanthemum, yang merupakan sub-kumpulan keluarga asteraceae. Beberapa orang menggunakan herba ini sebagai pengganti gula untuk mengurangkan pengambilan kalori mereka. Ia diperbuat daripada steviol glycosides, dan kira-kira 200 kali lebih manis daripada gula. Akan tetapi, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan yang sangat besar di antara stevia yang anda beli di pasar raya dengan yang mungkin anda ingin tanam sendiri?

Produknya yang boleh ditemui di pasar raya seperti ‘Truvia’ tidak mengandungi kandungan daun herba ini. Kebanyakannya hanyalah diperbuat daripada ekstrak daunnya sahaja  yang dikenali sebagai rebaudioside A (Reb-A). Dan jika anda ingin tahu, kebanyakan produk herba ini juga sebenarnya mengandungi sedikit sahaja intipati stevia di dalamnya. 

Sebagai contoh, produk ‘Truvia’ ini sebenarnya juga telah dicampurkan dengan pelbagai jenis pemanis seperti erythritol, dextrose atau maltodextrin. Pun begitu, masih ada produk herba ini yang mempunyai perasa yang semula jadi. U.S. Food and Drug Administration (FDA) akan menentukan ia adalah semula jadi atau tidak bergantung kepada ramuannya sama ada ia mempunyai pewarna, perasa dan sintetik atau tidak.

Namun begitu, produk herba ini yang mengandungi perasa semula jadi sekalipun tidak akan dapat menandingi stevia yang anda tanam sendiri di rumah. Ini kerana ia lebih lengkap dan sempurna terutama sekali bahagian daunnya yang kebanyakannya tidak ada dalam produk herba ini yang dijual di pasar raya. 

Kemudian, pasti akan timbul pula persoalan sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Jadi, adakah ia selamat untuk digunakan?

Adakah ia selamat?

Terdapat kajian haiwan yang menyatakan bagaimana ia boleh menjadi toksik kepada buah pinggang serta sistem pembiakan. Ia mungkin juga bermutasi gen. Yang mana salah satu sebabnya FDA tidak membenarkan stevia seluruh daun atau tidak sempurna dalam makanan.

Kajian lain menyatakan ia selamat dalam jumlah yang sederhana. FDA pada 2008, telah dianugerahkan statusnya yang dikenali secara umum sebagai status selamat kepada ekstraknya, dan ia telah berada di pasaran tanpa sebarang kebimbangan keselamatan utama.

Adakah ia selamat buat wanita hamil?

Namun begitu, bagaimana pula jika anda sedang hamil? Adakah ia masih selamat untuk digunakan?

Hanya produk yang dibeli di pasar raya dan diperbuat daripada Reb-A sahaja selamat untuk digunakan oleh ibu hamil. Pun begitu, anda perlu pastikan jika anda sensitif terhadap gula alkohol, pilih produk yang tidak mengandungi erythritol. Manakala stevia yang ditanam di rumah adalah tidak selamat buat ibu hamil. Tidak masuk akal, bukan? Ia mungkin kelihatan aneh dan masih menjadi misteri dalam kalangan produk-produk herba. 

Dalam kes ini produk yang mengandungi ekstrak daunnya telah dikaji dan disahkan sebagai selamat untuk semua individu termasuklah ibu hamil. Sedangkan tidak terdapat langsung bukti yang menunjukkan bahawa stevia asli yang anda tanam sendiri di rumah tidak akan mengancam kehamilan anda.

Adakah ia boleh menghalang kanser?

Terdapat beberapa bukti yang mempercayai bahawa herba ini mampu melawan atau menghalang beberapa jenis kanser.

Menurut kajian pada 2012, bahan yang terdapat di dalam herba ini iaitu glycoside yang bernama stevioside didapati mampu membunuh sel kanser di dalam payudara wanita. Ia juga mungkin mampu menghalang daripada sel kanser itu sendiri untuk tumbuh pada mulanya. Menurut kajian pada 2013 pula, didapati bahawa ia juga mampu membantu tubuh badan membuang toksik pada paru-paru, perut, darah serta payudara. 

Penggunaan stevia sebagai alternatif kepada gula

Pemanis alternatif yang paling terkenal di persada dunia adalah stevia. Ia juga dikenali dengan nama saintifiknya Stevia rebaudiana Bertoni. Tumbuhan yang berasal dari sekitar kawasan Paraguay dan Brazil ini adalah sejenis herba yang mempunyai rasa manis semula jadi. Daun tumbuhan ini mengandungi pemanis semula jadi yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi dan tidak mempunyai sebarang kalori. Namun demikian, herba ini agak asing di Malaysia kerana tidak banyak pendedahan tentangnya.

Herba ini sebenarnya mempunyai potensi sebagai pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ia merupakan satu kelebihan untuk industri makanan kesihatan, khususnya buat individu yang mempunyai masalah obesiti dan diabetes. 

Manfaatnya terhadap kesihatan

Ia adalah sejenis pemanis semula jadi yang tidak langsung mengandungi kalori. Jika anda berazam mahu menurunkan berat badan, ini adalah sangat sesuai buat anda. Pun begitu, impaknya terhadap kesihatan mungkin bergantung kepada amaun herba ini diambil dan juga masa ia diambil. Oleh itu, tidak semua individu akan mendapat manfaat yang sama bagi setiapnya.

Jika anda mempunyai diabetes, sudah pasti herba ini akan membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah anda agar ia sentiasa stabil.

Menurut satu kajian pada tahun 2010 yang menggunakan 19 orang individu normal dan 12 orang individu obesiti, didapati bahawa ia akan menurunkan kadar insulin dan glukosa. Ia juga akan membuat peserta kajian itu berasa lebih kenyang dan puas walaupun hanya mengambil kalori yang rendah.

Pun begitu, kajian ini hanya dilakukan di dalam makmal, yang mana sudah tentu jauh sekali berbeza dengan situasi hidup manusia di dalam persekitaran yang normal.

Menurut satu kajian pada tahun 2009 pula, serbuk daun herba ini mampu untuk mengawal kolesterol, kajian ini dilakukan dengan peserta kajian mengambil 400 mililiter ekstrak herba ini satu hari dalam masa satu tahun. Hasilnya,didapati bahawa ia mampu mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat dan triglycerides tanpa sebarang kesan sampingan yang lain. Selain itu, tidak pasti juga sama ada ia akan penggunaannya yang agak kurang amaunnya akan mendatangkan impak yang sama.

Selain itu, terdapat lagi beberapa manfaat untuk kesihatan herba ini sebagai alternatif gula, iaitu:

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Melawan jangkitan rotavirus
  • Membantu metabolisma gula
  • Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang
  • Mendorong vasodilatasi sistemik dan buah pinggang

Namun demikian, ia juga mempunyai beberapa mudarat yang kadangkala kita terlepas pandang. Pertama sekali, pemanis stevia yang telah dipaket dan diproses biasanya telah ditambah dengan bahan perasa lain seperti pati glukosa yang telah diekstrak daripada jagung, gandum atau beras. 

Selain itu, spesifikasi produk ini yang tidak mencapai regulatori bagi kebanyakan negara serta tidak mempunyai data secukupnya untuk menyokong keselamatan penggunaannya merupakan punca mengapa produk ini kurang mendapat sambutan di kebanyakan negara terutamanya negara kita.

Di Malaysia, keberkesanan penggunaan produk ini masih dalam perdebatan kerana terdapat banyak penemuan saintifik yang bercanggah antara satu sama lain. Badan regulatori seperti United States Food and Drug Administration (FDA) telah melarang penggunaan ekstrak herba ini kerana terdapat kebimbangan terhadap keselamatan penggunaannya terhadap kawalan paras gula dalam darah, kesan kepada sistem reproduktif, sistem kardiovaskular dan buah pinggang. 

Dalam erti kata yang lain, ia adalah produk yang masih samar-samar akan keselamatan dan keberkesanannya.

Bagaimanakah untuk menggunakannya?

Ia boleh digunakan untuk menggantikan gula di dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Secubit daripadanya sebenarnya sudah mampu menyamai rasa manis satu sudu kecil gula biasa.

Antara cara untuk menggunakannya di dalam minuman termasuklah:

  • Dicampurkan ke dalam kopi atau teh
  • Dicampurkan ke dalam lemonade
  • Dicampurkan ke dalam bijirin sarapan pagi
  • Dicampurkan ke dalam smoothie
  • Dicampurkan ke dalam yogurt

Sementara itu, ia juga boleh digunakan untuk tujuan memasak. Anda boleh mencampurkannya ke dalam kek atau biskut. Namun, ia mungkin akan menyebabkan sedikit rasa licorine selepas anda makan. Oleh itu, kurangkan sedikit sukatannya jika anda mahu mencampurkannya ke dalam makanan. Sebaliknya, cuba tambahkan sedikit bahan makanan lain yang mempunyai rasa manis semula jadi seperti aneka buah-buahan ke dalam makanan untuk menutup kehilangan rasa gula itu. 

Kesan sampingan pengambilannya

Sama seperti kebanyakan herba lain, ia juga mempunyai kesan sampingannya. FDA masih lagi tidak mengesahkan bahawa stevia asli boleh digunakan di dalam pemprosesan makanan dan minuman kerana masih belum banyak kajian mengenainya dibuat.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan bahawa herba ini akan merosakkan sistem buah pinggang, kardiovaskular dan reproduktif. Ia juga mungkin akan menurunkan tekanan darah terlalu rendah atau mengganggu fungsi ubat yang seterusnya akan menyebabkan tekanan darah rendah.

Walaupun ia telah disahkan selamat untuk individu yang menghidapi diabetes, produk yang mengandungi dextrose atau maltodextrin juga perlu diteliti terlebih dahulu.

Dextrose adalah glukosa dan maltodextrin pula adalah kanji, ramuan-ramuan ini akan menambahkan sedikit jumlah karbohidrat dan kalori. Gula alkohol pula pasti akan mengurangkan sedikit kiraan karbohidrat.

Jika anda sedang atau masih menggunakan herba ini, ia masih akan memberi impak kepada kandungan gula dalam darah. Namun jika anda menggunakannya dengan kerap, kiraan karbohidrat itu mungkin akan meningkat kembali.

Menurut kajian pada tahun 2015, dilaporkan bahawa terdapat kaitan antara pemanis alternatif termasuklah stevia dengan gangguan pada usus manusia. Kajian yang sama juga mencadangkan bahawa ia juga akan menyebabkan intoleransi glukosa dan juga gangguan metabolik.

Namun begitu, satu keburukan utama pemanis alternatif seperti ini adalah rasanya. Stevia mempunyai rasa yang agak aneh. Mungkin ada yang menyukainya dan mungkin tidak. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai kesan sampingan lain pengambilan stevia, iaitu:

#1. Masalah gastrousus

Sesetengah produk stevia mengandungi alkohol gula tambahan yang boleh menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan pada individu yang sangat sensitif terhadap bahan kimia. Walaupun hipersensitiviti kepada alkohol gula jarang berlaku, simptomnya termasuk loya, muntah, senak, kekejangan dan kembung. 

Beberapa kajian yang menggunakan tikus dan sel kultur manusia telah menunjukkan manfaat gastrousus dari steviol glycosides. Penggunaan stevia telah ditunjukkan untuk membantu mengatasi dan mengurangkan cirit-birit dan simptom sindrom usus rengsa (IBS).

#2. Hipoglisemia

Ini adalah faedah yang mungkin wujud pada kesan sampingan dengan penggunaan berlebihan. Stevia boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Tetapi pengambilan stevia yang banyak (bersama-sama dengan ubat gula dalam darah) sering boleh menyebabkan hipoglisemia iaitu keadaan di mana tahap gula dalam darah boleh menjadi rendah. Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda menjauhkan diri dari stevia dan dapatkan nasihat doktor anda jika anda sudah mendapat ubat diabetes. 

#3. Kerosakan buah pinggang

Stevia dianggap sebagai diuretik, bermakna ia meningkatkan kelajuan di mana badan mengeluarkan air dan elektrolit dari badan melalui air kencing. Kerana ginjal bertanggungjawab untuk menapis dan mencipta air kencing, para penyelidik pada mulanya berpendapat bahawa penggunaan jangka panjang stevia dapat merosakkan organ.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih baru telah menyimpulkan bahawa stevia dapat membantu mencegah kerosakan buah pinggang. Kajian 2013 yang dijalankan di makmal mendapati stevia mengurangkan pertumbuhan sista dalam sel-sel buah pinggang.

#4. Gangguan endokrin

Sebagai sejenis steroid, steviol glycosides dapat mengganggu hormon yang dikawal oleh sistem endokrin. Kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa sel sperma manusia yang terdedah kepada steviol mengalami peningkatan pengeluaran progesteron.

#5. Alergi

Anda mungkin mengalami alahan oral stevia jika anda alah kepada ragweed. Ini berlaku apabila tubuh anda menyalahkan protein dalam makanan yang anda makan sebagai debunga dan melancarkan tindak balas imun untuk bertindak balas. Tanda-tanda alergi termasuk bengkak dan gatal bibir, mulut, tekak, dan lidah, sakit perut, dan juga muntah.

Menurut kajian pada tahun 2015, terdapat sedikit kes dilaporkan mengenai alahan stevia. Kedua-dua FDA dan Suruhanjaya Eropah menyimpulkan bahawa bilangan individu yang hipersensitif kepada stevia atau berisiko mendapat tindak balas alergi terhadapnya adalah rendah.

Konklusi

Konklusinya, stevia adalah sejenis produk berasaskan herba yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada gula. Ia sebenarnya mendatangkan pelbagai manfaat tetapi juga akan mengakibatkan mudarat pada masa yang sama. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Pilihan sebenarnya terletak di tangan anda. Bagi anda yang masih mahu mengambilnya, sila pastikan produk itu adalah produk yang terbaik dan telah menepati apa yang ditulis di dalam artikel ini atau yang disarankan oleh doktor. 

Jika berlaku sebarang komplikasi yang tidak diingini, segera dapatkan bantuan daripada doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan stevia

    Stevia 400 Kali Lebih Manis Daripada Gula, Jadi Benarkah Stevia Pilihan Pemanis Yang Lebih Baik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos dan Fakta Gula yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/06/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Mengawal Kadar Gula Bagi Pesakit Diabetes Ketika Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/04/2018 . 2 minit bacaan