backup og meta

5 Hal Anda Wajib Tahu Sebelum Cuba Berasmara Dalam Air!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2023

    5 Hal Anda Wajib Tahu Sebelum Cuba Berasmara Dalam Air!

    Berbunyi seakan sebuah fantasi yang amat unik, tidak kurang ramai pasangan yang pasti pernah atau mahu melakukan seks dalam air. Ia pengalaman hubungan intim yang sangat luar biasa.

    Pun begitu, ada banyak hal yang kita semua wajib tahu tentang perkara ini. Tanpa pengetahuan dan persiapan yang baik, maka ia mungkin tidak berjalan seperti yang anda mahukan.

    Persoalannya, apakah antara perkara penting berkaitan seks dalam air? Jom terus baca artikel ini!

    Seks dalam air, nikmat atau mudarat?

    Sebenarnya, seks tanpa kira tempat memang perlu pengetahuan dan persiapan yang baik. Apatah lagi jika ia bakal dilakukan di tempat selain kamar tidur seperti dalam air.

    Ia juga mungkin boleh membawa kepada nikmat luar biasa dan mudarat dalam masa yang sama. Jadi, ada banyak perkara penting yang kita semua wajib tahu tentangnya.

    Sebelum anda dan pasangan mula cuba melakukan adegan asmara dalam air, pastikan perkara penting seperti di bawah:

    #1. Awas dengan seks dalam air yang kotor

    seks dalam air

    Untuk pengetahuan anda semua, setiap jenis air berbeza dan tidak semuanya bersih serta selamat. Mungkin jika air itu bersih, maka tiada masalah untuk kalian berdua bersenggama.

    Sebagai contoh, air di dalam kolam renang atau laut mungkin mengandungi kandungan klorin, garam dan lain-lain anasir yang boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan.

    Disebabkan itu juga, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) sangat tidak menyarankan untuk pasangan berasmara dalam air kerana risau akan risiko yang berbahaya.

    #2. Peluang untuk hamil akan lebih rendah?

    Ia adalah satu mitos yang mungkin masih popular hingga ke hari ini sedangkan peluang untuk hamil itu tetap akan sama tidak kira jika seks itu dilakukan di mana tempat pun.

    Ini kerana anda perlu tahu bahawa hanya satu sel sperma dan satu sel telur diperlukan untuk embrio itu dihasilkan. Jadi, kekurangan kemasukan air mani itu tidak beri kesan.

    Melainkan jika anda dan pasangan amalkan teknik kontraseptif seperti kondom, jadi peluang kehamilan mungkin akan jadi lebih rendah.

    #3. Bagaimana pula dengan wanita yang lain?

    Lanjutan hal di atas tadi, ada juga pasangan mungkin rasa risau jika air mani yang bertebaran dan berkeliaran di dalam air itu akan membuatkan wanita lain pula yang hamil.

    Sebenarnya, wanita lain tidak perlu bimbang kerana sperma hasil ejakulasi zakar lelaki di dalam air itu tidak akan mampu untuk sampai dan masuk ke dalam lubang faraj.

    Selain itu juga, sperma sama sekali tidak akan mampu bertahan di dalam air yang tinggi zat kimia.

    seks dalam air

    #4. Air akan dapat ganti fungsi pelincir seks

    Disebabkan aktiviti ini dilakukan di dalam air, ada yang percaya bahawa air itu akan dapat menggantikan fungsi pelincir sehingga tidak perlu lagi untuk menggunakan pelincir artifisial.

    Menurut Pakar Seks, Dr Idris Abdurrahman, anggapan ini salah sama sekali kerana tingkat pH air yang lebih tinggi atau rendah dari pH faraj akan membuat pelincir semula jadi terjejas.

    Dalam erti kata lebih mudah, anda masih perlu guna pelincir lain untuk aktiviti seks dalam air.

    #5. Risiko terkena penyakit jangkitan seksual

    Sebenarnya, takungan air di dalam kolam renang atau laut itu tidak bersih dan selamat seperti yang anda sangkakan. Masih wujud risiko anda terkena penyakit jangkitan seksual.

    Terutamanya jika anda atau pasangan itu memang positif STD atau STI, maka risiko adalah lebih tinggi, ini belum lagi termasuk kuman daripada individu lain di tempat sama.

    Justeru, adalah lebih baik jika anda menggunakan perlindungan seperti kondom jika ingin mencuba adegan asmara seperti ini.

    Bolehkah seks dalam air ini dilakukan?

    seks dalam air

    Sebenarnya, jawapan kepada soalan di atas ini adalah terletak kepada individu itu sendiri. Ia mungkin masih boleh direalisasikan jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

    Pertama sekali, anda perlu cari kawasan takungan air yang benar-benar bersih dan selamat seperti di dalam tab mandian agar tidak timbul risiko jangkitan penyakit seksual atau sebarang infeksi lain.

    Dalam pada itu, pastikan juga anda dan pasangan menggunakan perlindungan seperti kondom jika tidak mahu risiko wanita hamil luar jangka. Lagi-lagi jika anda melakukan hubungan intim di tempat air yang terbuka.

    Sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan