backup og meta

Air Nira Nipah Boleh Buat Buah Pinggang Rosak? Penggemar Minuman Ini Perlu Tahu!

Air Nira Nipah Boleh Buat Buah Pinggang Rosak? Penggemar Minuman Ini Perlu Tahu!

Ia mungkin agak popular sebagai minuman sumber tenaga, namun tidak ramai pula tahu bahaya minum air nira nipah yang sebenar. Benarkah minuman ini boleh menjejaskan dan merosakkan organ buah pinggang? Jom terus baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Apa sebenarnya air nira nipah ini?

Untuk pengetahuan anda semua, nira nipah adalah sejenis cecair dengan rasa manis yang akan diesktrak daripada batang nipah itu sendiri dan dibuat sebagai minuman orang kita.

Ia diperolehi dengan kaedah ‘penyadapan’ di mana mayang akan dilenturkan dan air yang keluar akan ditakungkan. Ia perlu ditambah bahan kimia lain untuk elak  proses ‘penapaian’.

Ia juga biasa dijadikan sebagai minuman ruji terutama buat masyarakat yang tinggal di kawasan kampung atau pinggir bandar kerana telah lama didedahkan sejak dari usia muda lagi.

Dalam kalangan masyarakat kita, minuman ini dipercayai boleh bawa banyak manfaat antaranya:

  • Membekalkan tenaga badan
  • Menurunkan suhu badan
  • Menguatkan sendi tulang
  • Mengatasi sembelit
  • Mengubati penyakit

air nira nipah

Tidak hanya itu, ia juga dikatakan sangat bagus untuk sistem perkumuhan dan boleh memecahkan batu karang, melawaskan air kencing serta membersihkan buah pinggang individu. Benarkah?

Ini dia bahaya minum air nira nipah!

Walaupun ramai percaya minuman ini punya banyak khasiat dan manfaat, ia masih perlu kajian lanjutan sebelum kita dapat benar pasti tentangnya. Malahan, ia mungkin boleh bawa bahaya!

#1. Kewujudan bahan kimia

Seperti mana yang telah dikatakan di atas tadi, air nira ini didapatkan melalui satu kaedah yang dinamakan ‘penyapadan’ untuk membolehkan ia diekstrak daripada batang pokok itu.

Apa yang mungkin membahayakan adalah para petani biasa menambah bahan kimia tambahan seperti kapur, natrium benzoat dan lain-lain untuk elak ‘penapaian’ secara semula jadi.

Bahan-bahan kimia yang mungkin wujud di dalam minuman ini tanpa sedar boleh menyebabkan masalah kesihatan terhadap tubuh badan terutama jika ia diambil pada kualiti dan kuantiti yang kurang baik dalam jangka masa panjang!

#2. Merosakkan buah pinggang

air nira nipah

Sama seperti air nira yang lain seperti kelapa, tebu, sagu dan lain-lain, minuman sebegini mungkin agak tinggi dengan kandungan potasium yang akan menjejaskan organ buah pinggang.

Ditambah lagi dengan bahan kimia seperti di atas, ia secara tidak langsung menjadikan air nira ini sebagai salah satu jenis minuman yang tidak sihat untuk organ-organ dalaman anda.

Selain buah pinggang, organ lain yang dikhuatiri boleh rosak termasuk otak, hati serta sistem saraf.

Baca lagi artikel berkaitan:

#3. Meningkatkan risiko diabetes

Terkenal dengan rasa yang manis, ia sebenarnya agak tinggi dengan kandungan gula. Ia dipercayai mempunyai sekitar 10 ke 15% sukrosa dan ini juga jumlah yang banyak bagi minuman.

Akibatnya, pengambilan air nira ini secara berterusan boleh mengakibatkan kondisi diabetes jenis 2. Angkaranya, anda akan lebih mudah terdedah terhadap faktor risiko kencing manis.

Jadi, adalah sangat dinasihatkan buat anda yang ada diabetes atau pradiabetes untuk elak minuman ini.

Bahaya minum air nira nipah #4. Ada alkohol

Apabila ia sudah lama ditakung, air nira ini secara semula jadi akan terperam dan terfermentasi dengan sendiri. Kesannya, maka bakal wujud jumlah alkohol kecil di dalam minuman ini.

Meskipun dengan peratusan rendah sekitar 4 ke 5% sebotol, ia masih boleh jadi punca mabuk dan banyak lagi implikasi buruk lain terutama jika diambil pada jumlah yang terlalu banyak.

air nira nipah

Bahaya minum air nira nipah #5. Status halal

Memandangkan minuman ini punya potensi untuk mengandungi alkohol, maka individu mungkin akan mula meragui status halal air nira ini terutama buat mereka yang beragama Islam.

Kami tidak pula menyimpulkan bahawa ia haram untuk orang Muslim, namun adalah lebih baik jika kita semua mendapatkan pandangan pakar agama tentang perkara yang kurang pasti.

Jadi, air nira nipah itu berbahaya?

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah mungkin benar memang ada khasiat tertentu minuman ini terhadap kesihatan. Namun, ia masih memerlukan banyak lagi bukti saintifik.

Berkenaan sama ada ia bahaya atau selamat, kita tidak boleh abaikan kemungkinan wujud implikasi buruk yang dibawa oleh air nira ini terutama bagi produk tanpa piawaian yang sistematik.

Konklusinya, adalah lebih baik untuk rujuk pada pakar jika anda mempunyai sebarang hal kurang pasti!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Health Benefits of Neera, https://www.valuefood.info/3136/health-benefits-of-neera/, Accessed May 27 2022.
  2. Nypa fruticans,http://tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Nypa+fruticans, Accessed May 27 2022.
  3. Nypa fruticans – Wurmb., https://pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Nypa+fruticans, Accessed May 27 2022.
  4. Comparison of nutrient composition of ripe and unripe fruits of Nypa fruticans, https://fruits.edpsciences.org/articles/fruits/pdf/2013/06/fruits130089.pdf, Accessed May 27 2022.
  5. Mangrove Palm Nypa fruticans, https://www.inaturalist.org/taxa/83106-Nypa-fruticans, Accessed May 27 2022.

Versi Terbaru

12/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Air Ketum Jadi Minuman Tenaga? Semak Dulu Baik Buruknya!

7 Ubat Herba Yang Popular Di Dunia! #4 Orang Kita Selalu Guna Rupanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan