Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Makanan yang menggunakan butter atau mentega dalam ramuannya sememangnya mempunyai rasa yang lebih enak berbanding penggunaan marjerin. Harga mentega juga jauh lebih mahal berbanding harga marjerin. Namun, adakah anda tahu apakah perbezaan antara mentega dan marjerin?

Paling penting, manakah pilihan yang lebih sihat, mentega atau marjerin? 

Apakah perbezaan antara mentega dan marjerin?

Mentega adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan daripada krim yang dipukul. Ia biasa digunakan sebagai bahan untuk menggoreng, sapuan pada roti atau sebahagian daripada bahan-bahan untuk membuat kek, sos dan juga pastri. Sebahagian besar kandungan mentega terdiri daripada lemak tepu.

Marjerin yang biasa kita gunakan di rumah pula sejenis makanan terproses yang dihasilkan agar mirip dan mempunyai rasa yang sama dengan mentega.

Jika mentega terbuat daripada sumber tenusu, marjerin pula diperbuat daripada sumber tumbuhan iaitu minyak sayuran. Ia mengandungi lemak tidak tepu yang boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh apabila digunakan.

Manfaat pemakanan mentega

mentega dan marjerin

Mentega mengandungi beberapa jenis nutrien yang mungkin tidak dapat dijumpai dalam makanan lain. Sebagai contoh, mentega yang dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput, mempunyai kandungan vitamin K2.

Apakah manfaat vitamin K2 ini? Ia dikaitkan dengan fungsinya yang menjadikan kesihatan tulang semakin meningkat.

Nutrien yang terkandung dalam mentega sememangnya bergantung kepada diet atau jenis pemakanan lembu tersebut. Ada sesetengah lembu yang diberi makan rumput, manakala ada sesetengah yang lain diberi makan dengan makanan yang berasaskan bijirin.

Mentega yang dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput adalah lebih bernutrisi berbanding jenis yang lain. Selain vitamin K2, ia turut mengandungi beberapa nutrien khusus lain seperti:

  • Conjugated Linoleic Acid (CLA): Asid lemak ini mengandungi ciri antikanser selain membantu mengurangkan peratusan lemak dalam tubuh anda
  • Butirat: Asid lemak rantaian pendek dalam mentega jenis ini boleh melawan keradangan, memperbaiki kesihatan pencernaan dan membantu mengelakkan pertambahan berat badan
  • Omega-3: Mentega jenis ini juga kurang mengandungi omega-6 dan lebih kandungan omega-3. Omega-3 ini amat penting kerana kebanyakan kita telah mengambil terlalu banyak lemak omega-6

Risiko pengambilan mentega

Mentega diketahui turut mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Mentega mengandungi 50% kandungan lemak tepu, manakala bakinya adalah kandungan air dan lemak tidak tepu.

Kajian ada menunjukkan, jika anda kurang mengambil lemak tepu, maka anda akan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih sedikit. 

Kolesterol yang tinggi dalam darah juga dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Manfaat pemakanan marjerin

mentega dan marjerin

Jika manfaat pemakanan mentega bergantung kepada diet lembu tersebut, manfaat daripada marjerin pula bergantung kepada jenis minyak sayuran yang digunakan dan bagaimana marjerin tersebut diproses.

Kebanyakan jenis marjerin tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu, dan jumlahnya yang tepat adalah bergantung kepada jenis minyak sayuran yang digunakan. Sebagai contoh, marjerin yang dibuat daripada minyak kacang soya dianggarkan mengandungi sekitar 20% lemak tidak tepu. 

Lemak tidak tepu bukanlah seperti lemak tepu kerana lemak tidak tepu ini adalah sejenis lemak yang sihat. Ia mempunyai manfaat terhadap kesihatan jantung berbanding lemak tepu.

Risiko untuk anda mengalami penyakit berkaitan jantung juga akan berkurangan sekiranya anda menggantikan penggunaan lemak tepu dengan lemak tidak tepu.

Selain itu, sesetengah marjerin juga diperkaya dengan kandungan phytosterols dan stanols. Marjerin yang diperkaya dengan phytosterols ini boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat, tetapi ia juga mungkin mengurangkan kolesterol baik dalam badan.

Risiko pengambilan marjerin

Walaupun marjerin diketahui mengandungi nutrien yang baik untuk jantung, ia juga mengandungi kandungan lemak trans yang sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain. 

Memandangkan minyak sayuran tidak bertukar menjadi pepejal pada suhu bilik, saintis makanan menukarkan struktur kimia dalam minyak sayuran agar ia boleh menjadi pepejal dalam suhu bilik. Proses ini dikenali sebagai hidrogenasi. 

Hidrogenasi melibatkan proses pendedahan minyak kepada haba yang tinggi, tekanan yang tinggi, gas hidrogen serta pemangkin logam. Akibat daripada proses ini, sesetengah lemak tidak tepu yang terdapat dalam minyak sayuran bertukar menjadi lemak tepu.

Hasil daripada proses ini juga telah menyebabkan kemunculan produk sampingan di dalam marjerin iaitu lemak trans. Lemak trans ini boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit kronik.

Jadi, pilih mentega atau marjerin?

mentega dan marjerin

Dari aspek kesihatan jantung, sememangnya marjerin lebih baik berbanding mentega kerana ia mengandungi lemak tidak tepu yang lebih sihat berbanding lemak tepu yang banyak dalam mentega. 

Walau bagaimanapun, tidak semua jenis marjerin adalah menyihatkan disebabkan oleh kandungan lemak trans di dalamnya. Semakin beku marjerin tersebut, maka semakin tinggilah lemak trans di dalamnya.

Oleh itu, jika anda ingin mencari jenama marjerin yang baik, pilihlah jenama yang tidak mengandungi lemak trans, atau hanya mengandungi sedikit lemak trans sahaja.

Jika ingin menggunakan mentega, hadkan penggunaannya dalam pemakanan harian anda. Ini kerana mentega mengandungi kandungan lemak tepu yang agak tinggi dan ia tidak begitu baik untuk jantung anda.

Apa yang dapat disimpulkan, kedua-dua mentega dan marjerin mempunyai pro dan kontra masing-masing. Ia bergantung kepada jenis dan cara anda mengambilnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

    Tahukah anda, lemak baik untuk diet penghidap diabetes? Ini kerana, kandungan lemak sihat seperti minyak zaitun boleh membantu mengawal paras gula darah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada? Ini 7 Cara Mengesan Sakit Jantung

    Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah epal dan obesiti

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan