4 Menu Pilihan Berbuka Puasa Ketika Berdiet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai orang berlumba-lumba melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badannya sewaktu berpuasa, salah satunya adalah melalui diet. Perubahan pola makan sepanjang bulan Ramadan di mana hanya mengambil makanan sewaktu berbuka dan sahur saja, dilihat sebagai satu cara yang efektif untuk mengurangkan hidangan makanan yang biasa diambil. Puasa seharusnya tidak menjadi halangan untuk menjalani kehidupan dengan sihat. Sewaktu berpuasa, badan lebih banyak memerlukan pengambilan makanan yang kaya nutrisi agar dapat memenuhi keperluan tenaga untuk bekerja seharian. Itu sebabnya anda harus bijak memilih menu berbuka puasa ketika berdiet dan  menu sahur yang berkhasiat dan sihat.

Pilihan menu berbuka puasa ketika berdiet

Kunci utama menjalani diet sewaktu berpuasa adalah disiplin. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan secara disiplin, peluang anda menurunkan berat badan dan menjadi sihat sewaktu berpuasa akan menjadi sia-sia. Oleh sebab itu, anda perlu memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat, lemak dan protein yang seimbang dari makanan yang anda ambil sewaktu berbuka dan sahur.

Jika anda salah seorang yang memang berniat menjalani diet sewaktu berpuasa, berikut adalah beberapa pilihan menu berbuka puasa yang boleh anda sediakan di rumah:

1. Kurma

Kurma merupakan buah yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Bahkan bagi sebahagian orang, kurma menjadi makanan yang wajib untuk dimakan sebagai menu berbuka puasa ataupun sahur.

Buah kurma merupakan sumber gula yang baik dan akan mengembalikan tenaga yang hilang seharian. Secawan buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir merangkumi setengah dari keperluan serat harian anda. Selain kurma, anda juga boleh mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren, dan anggur.

2. Salad

Pada waktu berbuka, sebaiknya anda tidak langsung makan makanan berat. Hal ini untuk meminimakan perut kembung selepas menikmati hidangan berbuka. Salah satu alternatif menu berbuka puasa yang paling baik adalah salad. Baik salad buah ataupun salad sayur-sayuran, kedua-duanya mengandungi sedikit kalori namun tetap boleh mengenyangkan perut. Selain itu, kandungan serat yang tinggi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah sembelit yang biasa terjadi sewaktu berpuasa.

Jangan lupa perhatikan bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk salad, jangan sampai bahan tambahan yang anda gunakan menyumbang kepada lemak jahat dan kalori yang boleh membuatkan berat badan anda naik di bulan Ramadan.

3. Sup

Ramai orang yang lebih memilih untuk berbuka dengan makanan bergoreng dan jus buah kerana merasa lebih nikmat sebagai hidangan berbuka puasa. Padahal, semangkuk sup boleh menjadi pilihan menu berbuka puasa ketika berdiet yang menyihatkan.

Semangkuk sup kaya dengan air yang mampu menghidrasi sel tubuh setelah seharian puasa. Selain itu, berbuka dengan sup mampu menghangatkan perut dan membantu mencegah kembung atau ketidakselesaan pada perut. Anda boleh mengambil sup ayam, sup kacang merah, sup jagung, sayur bening, ataupun jenis sayur berkuah lain sebagai pilihan menu berbuka puasa.

4. Beras merah

Mulai sekarang, ganti nasi putih anda dengan nasi merah yang tinggi serat dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Selain itu, beras merah ternyata mengandungi sedikit kalori, dan membantu menurunkan berat badan sewaktu bulan puasa.

Tidak hanya sewaktu bulan Ramadan, sebaiknya anda menjadikan beras merah sebagai makanan harian. Berbanding nasi putih, nasi merah boleh memberikan kekenyangan lebih lama apatah lagi jika ditambah dengan menu berbuka puasa lain yang sihat seperti sayur-sayuran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya merokok

    Haaa…Nak Smoking Ke Tu? Ini 5 Kesan Bahaya Merokok Sejurus Berbuka WAJIB Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan