backup og meta

Ingin Kurus Tapi Susahnya Nak Disiplin Makan, Jangan Risau! Ini Cara Latih Diri Untuk Komited

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

    Ingin Kurus Tapi Susahnya Nak Disiplin Makan, Jangan Risau! Ini Cara Latih Diri Untuk Komited

    Anda ‘setia’ mengikuti diet untuk turun berat badan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Sudah pasti anda seronok melihat kemajuan yang dicapai.

    Berat badan yang diidam-idamkan terasa semakin dekat dengan matlamat, dan semuanya berjalan lancar sehinggalah anda mula ‘menipu’ diet.

    Sekarang anda mungkin rasa bersalah asyik mengikut cheat day dan kini berat anda sudah kembali bertambah, pasti stres, bukan?

    Pertama sekali, tidak perlu berasa bersalah dan gagal apabila perkara ini berlaku, kerana kita hanyalah manusia biasa!

    Apa yang penting sekarang, bagaimana anda harus mendapatkan semula momentum diet untuk turun berat badan yang makin membuak-buak semenjak cheat day anda.

    Usah risau, ikuti artikel ini untuk mengetahui cara terbaik mengembalikan diet sihat anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang harus dilakukan setelah cheat day?

    tip kurus di bulan puasa

    Berikut adalah beberapa perkara yang harus dibuat setelah ‘menipu’ diet anda:

    • Maafkan diri

    Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memaafkan diri anda sendiri.

    Ingatkan diri bahawa anda sedang berusaha untuk mengubah tabiat lama yang sudah sebati, dan itu memerlukan masa dan ketekunan.

    Mengalami momen cheat day apabila sedang berusaha untuk turun berat badan adalah perkara yang sangat normal dan berlaku kepada ramai individu.

  • Mulakan hari dengan sarapan berkhasiat
  • Untuk mendapatkan kembali momentum diet anda, mulakan hari dengan sarapan yang sihat.

    Sarapan pagi yang sihat memberikan anda tenaga, meningkatkan daya tumpuan, dan juga dapat membantu mengawal berat badan.

    Di samping itu, dengan bersarapan, anda juga cenderung untuk tidak makan secara berlebihan.

    Pastikan makanan anda merangkumi protein, karbohidrat, lemak sihat, dan serat untuk memberi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

    • Jangan skip makanan anda

    Walaupun anda ingin menurunkan berat badan, jangan sesekali ‘ponteng’ waktu makan anda!

    Ini kerana apabila anda berlapar untuk kurus, ia bakal meningkatkan kemungkinan untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya, lalu boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

    • Rancang makanan anda

    Rancang makanan anda berdasarkan jumlah kalori, karbohidrat, lemak atau nutrien harian anda.

    Pilih makanan sarapan pagi yang sesuai untuk anda, seperti bijirin atau oatmeal serat tinggi, beri atau buah-buahan, dan susu.

    Untuk makan malam, anda boleh memasukkan sumber protein rendah lemak seperti ikan bakar atau dada ayam dengan banyak sayur-sayuran hijau dan berwarna-warni seperti brokoli, labu atau kacang hijau.

    • Jauhkan diri daripada minuman bergula

    Minuman manis akan memberikan anda sumber kalori tetapi tiada sebarang manfaat terhadap kesihatan.

    Selain itu, pengambilan alkohol juga menambahkan kalori, ditambah dengan pemanis akan memudaratkan lagi kesihatan anda.

    Oleh itu, minum air kosong atau air sparkling yang dapat mengisi keperluan cecair dalam badan anda tanpa menambah sebarang kalori.

    Susu rendah lemak dan jus buah-buah atau sayur-sayuran juga boleh menjadi minuman yang sihat.

    • Minum air yang mencukupi

    Kekal hidrat dengan pengambilan air yang mencukupi kerana ia akan membantu menjaga suhu badan yang stabil, membantu pencernaan, dan juga pembahagian nutrien dalam badan.

    Sekiranya anda mengamalkan pemakanan atau tabiat pengambilan alkohol yang tidak begitu sihat, anda juga cenderung untuk mempunyai masalah kulit kering.

    Minum air secukupnya dapat membantu mengatasi masalah ini. Penghidratan yang mencukupi dapat membantu mengawal rasa lapar dan mengurangkan keinginan anda daripada ‘tergoda’ dengan junk food.

    • Pastikan anda cukup tidur

    Tahukah anda bahawa kekurangan tidur akan meningkatkan jumlah ghrelin dan leptin di dalam badan.

    Ia adalah hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal rasa lapar dan merangsang selera makan.

    Semakin kurang tidur seseorang individu, semakin besar kemungkinan untuk mengidam makanan yang menggemukkan, mengurangkan tahap tenaga, dan sebagainya.

    Ini akan menghasilkan tahap produktiviti yang rendah dan lebih banyak kesukaran untuk menjalani rutin harian.

    Oleh itu, anda harus berusaha untuk mendapatkan tidur berkualiti selama 7 sehingga 9 jam setiap malam untuk meningkatkan kesihatan secara umum.

    • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

    anak terlalu kurus

    Untuk kembali kepada landasan yang betul, anda harus memasukkan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet pemakanan.

    Makanan yang sihat dan kaya serat juga membantu rasa kenyang lebih lama, yang akan membuatkan anda untuk tidak makan secara berlebihan sepanjang hari.

    Diet makanan yang tinggi dengan sumber sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja bermanfaat untuk tubuh badan, malah dapat membantu dalam menurunkan berat anda!

    Rumusan

    ‘Menipu’ diet anda bukanlah pengakhiran kepada perjalanan menurunkan berat badan, kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada leka dan melakukan kesilapan.

    Cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kembali kepada landasan yang betul, namun apa yang lebih penting, pastikan anda cukup komited melakukannya.

    Menurunkan berat badan secara kekal ialah komitmen yang harus dilakukan sepanjang hayat anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan