Apa itu anemia? Apakah anemia berbahaya? Anemia berlaku apabila tubuh kekurangan sel darah merah iaitu zat besi dan hemoglobin.
Ia merupakan sejenis protein yang membantu membawa oksigen melalui aliran darah kepada organ dalam badan1.
Individu yang mempunyai penyakit ini akan mudah berasa letih dan lemah badan1. Malah ada juga yang mengetahui diri mengalami kekurangan zat besi apabila ingin menderma darah.
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis anemia disebabkan oleh punca yang berbeza. Tetapi masing-masing mengakibatkan jumlah sel darah merah dalam kitaran menurun.
Salah satu jenis anemia yang paling kerap berlaku adalah anemia kekurangan zat besi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang apa itu anemia dan Pemakanan, sila klik di sini.
Apa itu anemia kekurangan zat besi?
Seperti namanya, apa itu anemia ini berkembang disebabkan kekurangan zat besi dalam tubuh2.
Zat besi adalah elemen penting untuk penghasilan darah. Dianggarkan 70% zat besi dalam tubuh terdapat dalam sel darah merah yang disebut hemoglobin dan sel otot yang dikenali sebagai myoglobin3.
Hemoglobin merupakan bahagian sel darah merah yang memberikan warna merah kepada darah dan membolehkan sel itu membawa darah beroksigen ke seluruh tubuh2.
Punca terjadinya situasi tersebut termasuklah:
- Kehilangan darah
- Kekurangan zat besi dalam diet pemakanan
- Ketidakupayaan menyerap zat besi
- Kehamilan
Bagi anda yang masih keliru tentang apa itu anemia kekurangan zat besi, ia berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin.
- 8.7mg bagi lelaki berusia 18 tahun ke atas
- 14.8mg bagi wanita berusia 19 hingga 50 tahun
- 8.7mg untuk wanita berusia 50 tahun ke atas.
Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tidak dapat menghasilkan cukup protein dalam sel darah merah untuk membolehkannya membawa oksigen.
Kesannya, keadaan ini boleh mengakibatkan anda berasa cepat letih dan mudah sesak nafas2.
Antara gejala anemia dan simptom anemia teruk lain yang mungkin terjadi seperti4:
- Merasa cepat letih lebih dari biasa
- Mudah marah
- Pening kepala
- Sukar menumpukan perhatian atau berfikir
Apabila masalah apa itu anemia kekurangan zat besi semakin teruk, lebih banyak masalah akan mula timbul, termasuklah4:
- Mata putih kelihatan kebiruan
- Kuku menjadi rapuh dan senang patah
- Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan” (pika) seperti plastik
- Berasa pening kepala apabila berdiri dari posisi duduk
- Kulit menjadi pucat
- Sesak nafas
- Lidah terasa pedih
- Degupan jantung menjadi cepat
Fungsi zat besi untuk mencegah apa itu anemia
Fungsi zat besi adalah blok bangunan untuk hemoglobin yang berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh.
Namun, manfaat zat besi ini tidak dapat berfungsi keseluruhannya jika tidak cukup serapan dalam badan.
Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh agar fungsinya tidak terjejas lalu mencegah penyakit anemia boleh membawa maut.
Cara paling mudah untuk mencegah apa itu anemia adalah melalui pemakanan harian yang boleh diperolehi dalam dua bentuk iaitu heme dan juga bukan heme5.
Zat besi jenis heme
Zat besi heme terdapat dalam makanan bersumberkan daging haiwan yang mengandungi hemoglobin seperti daging, ikan dan haiwan ternakan lain.
Zat besi heme adalah jenis zat besi yang terbaik dan dianggarkan 15 hingga 35% daripadanya mudah diserap oleh tubuh badan6.
Sumber makanan yang terbaik untuk mendapatkan zat besi heme adalah:
- Daging merah seperti daging lembu, kambing
- Ayam
- Lembu
- Ikan seperti salmon atau tuna
- Kerang dan tiram
- Bahagian organ haiwan seperti hati
Daging, ikan dan haiwan ternakan lain tidak hanya menyediakan kandungan zat besi heme yang diserap dengan baik, tetapi juga dapat merangsang penyerapan zat besi bukan heme.
Zat besi bukan heme
Zat besi bukan heme kebanyakannya berasal daripada sumber tumbuhan dan terdapat dalam biji-bijian, sayur-sayuran dan makanan yang diperkaya5.
Dianggarkan 85 hingga 90% daripada jumlah pengambilan zat besi berasal dari bentuk bukan heme, manakala 10 hingga 15% lagi berasal dari bentuk heme5.
Sumber zat besi bukan heme yang baik termasuklah:
- Bijirin, beras, gandum dan oat yang diperkaya
- Sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam dan kangkung
- Buah kering seperti kismis dan aprikot
- Kekacang seperti lentil dan kacang soya
Namun, zat besi bukan heme diserap secara kurang berkesan berbanding dengan zat besi heme6.
[embed-health-tool-bmr]