Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan?

Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

Asas piramid makanan

Ia adalah 1 panduan pemakanan umum individu yang memaparkan visual mudah mengenai jenis dan saiz hidangan makanan yang perlu diambil setiap hari.

Idea yang dikeluarkan oleh US Department of Agriculture (USDA) ini telah diamalkan sejak tahun 1970-an dan menjadi popular pada awal tahun 1990-an. 

Malahan Malaysia juga tidak terkecuali menyediakan panduan piramid makanan yang tersendiri.

Ia menggabungkan 5 kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras. 

Selain memaparkan jenis kumpulan makanan, panduan tersebut juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

diet suku-suku separuh

Aras 1

Merupakan bahagian paling atas piramid dan merujuk kepada jumlah kecil lemak sihat yang diperlukan badan setiap hari. Ia diperlukan bagi menyokong kesihatan jantung serta fungsi otak.

Jenis makanan seperti lemak, minyak, gula dan garam. Ia harus diambil dalam jumlah yang sedikit.

Aras 2

Pada aras ini terdapat 2 kumpulan makanan:

  1. Kumpulan tenusu; susu, yogurt dan keju sebagai sumber kalsium, protein, vitamin serta pelbagai mineral lain – perlu diambil antara 1 hingga 3 sajian setiap hari.
  2. Sumber daging, ayam, ikan dan kekacang – mengandungi campuran nutrien seperti protein, iodin, zat besi, zink, vitamin B12 dan lemak sihat.

Disarankan untuk mempelbagaikan hidangan makanan daripada jenis daging dan bukan daging dalam kumpulan makanan ini.

Aras 3

Jenis makanan pada aras ini adalah melibatkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Disarankan untuk diambil dalam jumlah yang banyak setiap hari.

Aras 4

Peringkat dasar piramid, terdiri daripada kumpulan bijirin; beras, oat, quinoa, gandum penuh.

Jenis makanan ini boleh diambil melibatkan roti, pasta, makanan bijirin. Jumlah hidangan bagi sehari yang disarankan adalah antara 4 hingga 8 sajian.

diet-piramid-makanan-sudah-tidak-relevan

Menimbulkan kekeliruan

Tetapi bagaimana untuk menentukan sama ada saiz hidangan yang diambil adalah bersesuaian dengan individu?

Ini kerana asas untuk saiz hidangan adalah terlalu umum, bukan?

Jadi disebabkan itu, panduan pemakanan melalui piramid makanan sudah tidak relevan untuk diamalkan.

Kini ia tidak lagi diguna pakai dan telah dimansuhkan.

Dari piramid makanan kini jadi pinggan sihat Malaysia

Bagi menggantikan panduan piramid makanan yang dimansuhkan, pihak USDA memperkenalkan MyPlate pada tahun 2011.

Ia menggambarkan sebuah pinggan dan gelas yang mewakili 5 kumpulan makanan.

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan Pinggan Sihat Malaysia (PSM) atau dikenali dengan nama diet suku-suku separuh.

Ia diwujudkan sebagai 1 inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang.

Umumnya, individu dewasa merupakan kumpulan yang sesuai untuk mengamalkan diet suku-suku separuh atau PSM ini. 

Pengamalan diet ini membantu dalam menguruskan masalah berat badan dan kesihatan berkaitan penyakit kronik seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Manakala bagi wanita hamil, sedang menyusu badan atau mungkin mempunyai masalah kesihatan tertentu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar pemakanan sebelum mengikut diet suku-suku separuh ini.

diet suku-suku separuh

Memahami diet suku-suku separuh

Pada asasnya diet PSM ini memerlukan anda untuk membahagikan pinggan kepada 3 bahagian, iaitu 2 bahagian suku dan 1 bahagian separuh.

Pada bahagian suku pertama dalam pinggan diisikan sama ada dengan nasi, mi, roti, bijirin atau ubi-ubian. Pemilihan bijirin penuh amat disarankan untuk bahagian ini.

Antara jenis bijirin penuh seperti beras perang, roti gandum, mi atau pasta berasaskan gandum.

Isikan bahagian suku kedua pinggan dengan pilihan protein haiwan seperti ikan, ayam, daging mahupun protein tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, tauhu atau soya. 

Manakala bahagian separuh pula dipenuhkan dengan sayuran bersama 1 sajian buah-buahan.

Dicadangkan agar hidangan sayuran disediakan menggunakan kaedah memasak yang sihat seperti mengukus, mencelur atau stir fry.

Sebagai pelengkap hidangan, anda dinasihatkan untuk mengambil air kosong atau sebarang minuman tanpa gula, mahupun sebarang produk susu.

Amalan pemakanan sihat

Tuntasnya, amalan pemakanan berdasarkan piramid makanan adalah sesuatu yang tidak relevan dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan panduan pemakanan harian.

Melalui amalan Pinggan Sihat Malaysia atau diet suku-suku separuh, ia dapat memastikan rakyat Malaysia memperolehi pemakanan yang lebih seimbang

diet-piramid-makanan-sudah-tidak-relevan

Diet ini membantu memperbanyakkan pengambilan serat dalam makanan dan mengurangkan karbohidrat.

Keadaan ini sekali gus akan mengurangkan risiko berlakunya pengambilan gula berlebihan yang disimpan di dalam hati dalam bentuk glycogen. 

Lebihan gula dalam badan juga boleh melalui proses yang ditukarkan menjadi lemak.

Pengumpulan lemak berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit obesiti serta penyakit kronik yang lain.

Jadi mari amalkan diet pemakanan suku-suku separuh mulai hari ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan makan binge eating? Bagaimanakah ia berlaku dan adakah gangguan pemakanan ini berisiko kepada kesihatan kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

    Adakah benar kurang vitamin B12 dalam badan boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah kesihatan mental? Artikel ini akan menjawab persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Mangga, laici dan juga tembikai merupakan antara jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula. Apakah buah-buahan tinggi gula yang lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atrofi otot

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bulimia nervosa

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kanser kolorektal

    Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan