Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Gula-Gula Himalaya, Ada Bahaya Ke Kalau Kita Makan 'Sport Candy' Ni?
Baru-baru ini tular semula mengenai isu ini. Seorang individu lelaki telah memakan gula gula Himalaya ini dan mengalami jantung berdegup laju dan kondisi badan dalam keadaan berpeluh. Apabila berjumpa dengan doktor, beliau didapati sedang tekanan darah tinggi! Apa yang sedang berlaku?
Anda tahu atau tidak mengenai gula gula himalaya ini? Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apa itu gula-gula Himalaya?
Ia merupakan gula-gula yang sesuai dimakan oleh individu yang aktif berpeluh, melakukan aktiviti fizikal dalam masa jangka panjang seperti hiking dan bagi individu yang mempunyai kadar sodium rendah di dalam darah.
Gula Himalaya ini tidak boleh dimakan sembarangan ya, walaupun dipanggil sebagai gula-gula.
Kenapa ya gula himalaya ini tidak boleh ambil sembarangan?
Aktiviti mendaki gunung yang menyihatkan.
Menurut Big Foot Candy Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, sebuah syarikat popular yang mengeluarkan sport candy (gula gula Himalaya), mereka telah menghasilkan gula-gula ini bagi digunakan kepada individu yang aktif bersukan bagi menambah garam di dalam badan bagi mengekalkan hidrasi di dalam badan.
Individu selain daripada di atas tidak boleh mengambil sport candy ini secara suka hati kerana kita sudah mengambil sodium secara semula jadi atau secara tambahan melalui makanan seharian.
Hal ini kerana, kandungan utama di dalam gula-gula ini ialah sukrosa, sirap glukosa dan sodium.
Jika anda mengambil kandungan di atas dalam jumlah yang banyak, ia akan membuatkan badan anda mengalamai kesukaran untuk mengeluarkan lebihan sodim di dalam badan.
Di dalam sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula. Gula gula Himalaya ini juga sama sahaja seperti gula yang lain di pasaran, yang membezakan ia ialah fungsi gula-gula tersebut.
Jadi, apakah kesan makan gula Himalaya tanpa kawalan?
Seperti yang dilihat di atas, gula-gula ini mengandungi sukrosa, sirap glukosa dan sodium.
Kesan pengambilan sukrosa & sirap glukosa berlebihan di dalam gula himalaya
Penyakit kardiovaskular: Contohnya penyakit jantung, penyakit trombosis vena, penyakit arterial peripheral dan sebagainya.
Obesiti dan penyakit metabolik
Penyakit hati berlemak
Buat pengetahuan anda semua, sukrosa dan glukosa adalah kelompok gula tetapi yang membezakan mereka ialah cara badan anda mencerna dan menyerapnya.
Gula yang biasa digunakan di dalam kehidupan seharian kita dipanggil sukrosa dan glukosa pula kebiasaannya boleh dijumpai di dalam karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu dan bijirin.
Kesan pengambilan sodium berlebihan di dalam gula-gula ini
Makanan yang mempunyai sodium boleh dijumpai di dalam susu, daging dan kerang. Sodium yang tinggi pula sering dijumpai di dalam roti, daging yang diproses, makanan ringan dan perasan seperti kicap dan sos ikan.
Salah satu penyakit yang boleh berlaku ialah sakit jantung
Siapa yang patut berhati-hati dengan pengambilan sport candy?
Wanita mengandung juga perlu berhati-hati bagi mengelakkan pregnancy induced hypertension (PIH)
Kesimpulan
Anda boleh saja makan sport candy ini sebagai menambah tenaga dan hidrasi kepada badan asalkan anda berada di dalam golongan yang sedang melakukan aktivit fizikal. Jika tidak, ia akan membahayakan diri anda.
Dari perkongsian ini, diharapkan anda sedar bahawa mengambil sesuatu makanan atau minuman secara berlebihan sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri terutamanya jika tidak dipantau. Awasi makanan dan minuman yang anda ambil agar diri dan kesihatan anda kekal terjamin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sodium Reduction https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sodium-reduction#:~:text=The%20primary%20health%20effect%20associated,Meniere%27s%20disease%2C%20and%20kidney%20disease Accessed 21 Feb 2025.
Sugar & Diabetes http://Sugar & Diabetes Accessed 21 Feb 2025.
Effects of Excess Sodium Infographic https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sodium/effects-of-excess-sodium-infographic Accessed 21 Feb 2025.
Glucose https://www.drugs.com/mtm/glucose.html Accessed 21 Feb 2025.
What You Should Know About Glucose and Dextrose https://health.clevelandclinic.org/glucose-dextrose Accessed 21 Feb 2025.
Versi Terbaru
02/07/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim