home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ada Diet Khas Untuk Pemilik Darah B, Salah Satunya Tak Boleh Makan Ayam! Berkesan Ke?

Ada Diet Khas Untuk Pemilik Darah B, Salah Satunya Tak Boleh Makan Ayam! Berkesan Ke?

Pelbagai jenis diet diamalkan masyarakat dalam usaha menurunkan berat badan. Selain kaedah intermittent fasting atau diet low-carbs, diet mengikut kumpulan darah juga popular.

Tahukah anda, terdapat diet jenis darah untuk setiap kumpulan darah? Maksudnya, setiap jenis diet disesuaikan khusus dengan setiap golongan darah.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan darah B, berikut adalah senarai makanan yang boleh diamalkan dan dielakkan untuk meningkatkan kualiti kesihatan serta kekal ramping. Teruskan membaca ya!

Kumpulan-kumpulan darah

Jenis darah anda ditentukan oleh genetik dan terdapat 4 jenis darah:

  • O
  • A
  • B
  • AB

Mereka yang terdiri daripada golongan darah B mempunyai rangkaian ciri yang berbeza berbanding individu berdarah jenis O atau A.

Diet jenis darah diwujudkan oleh Peter D’Adamo, seorang doktor naturopati yang berteori bahawa individu bertindak balas terhadap pelbagai makanan bergantung pada jenis darah mereka.

Rancangan ini diperkenalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996 ‘Eat Right 4 Your Type,’ yang diperbaharui dengan edisi ulang tahun ke-20 pada tahun 2016.

Teori di sebalik diet adalah dengan memakan makanan dengan lektin (sejenis protein) yang tidak sesuai dengan jenis darah seseorang boleh menyebabkan sel darah blackouts.

Ini yang disebut aglutinasi, dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, buah pinggang atau kanser.

Selain itu, D’Adamo juga percaya jenis darah seseorang mempengaruhi kemampuan mereka untuk mencerna pelbagai makanan.

Ini kerana perbezaan pencernaan adalah berkaitan dengan jenis darah yang berbeza.

Makanan yang harus diamal & dielak, mengikut jenis darah

sel darah

Berikut adalah garis makanan yang boleh dimakan dan perlu dijauhi berdasarkan setiap jenis kumpulan darah:

  • Jenis O: Bagi darah jenis O, D’Adamo menyarankan agar menjauhi gandum, tenusu, kafein, dan alkohol. Justeru, amalkan buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging organik tanpa lemak
  • Jenis A: Mereka yang darahnya jenis A pula disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang cenderung ke arah diet vegetarian, termasuk protein soya, biji-bijian, dan sayur-sayuran. Mereka juga digalakkan untuk makan makanan organik dan segar
  • Jenis B: Bagi individu kumpulan darah jenis B dikenali sebagai omnivor yang boleh makan pelbagai jenis makanan. Namun, mereka harus menghindari makanan tertentu seperti jagung, gandum, soba, lentil, tomato, kacang tanah, dan ayam, sebaliknya digalakkan memilih daging kambing, arnab, sayur-sayuran hijau, telur, dan produk susu rendah lemak
  • Jenis AB: Golongan darah jenis AB pula digalakkan memilih tauhu, makanan laut seperti ikan mahi-mahi dan salmon, produk tenusu seperti yogurt, sayur-sayuran hijau seperti kangkung serta brokoli. Mereka harus menghindari kafein, alkohol dan cuba untuk makan lebih banyak hidangan kecil sepanjang hari, bersesuaian dengan diet

Dengan mengikuti rancangan makanan yang dirancang secara khusus mengikut jenis darah, individu dikatakan akan dapat mencerna makanan dengan lebih baik, menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Diet golongan kumpulan darah B

Berita baik buat pembaca berdarah B, anda dikatakan mempunyai sistem imun yang kuat, sistem pencernaan yang mampu bertoleransi dan daya ketahanan lebih baik terhadap penyakit kronik berbanding jenis darah lain!

Pun begitu, faktor terbesar yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan bagi golongan ini adalah jagung, gandum, mee soba, kekacang, tomato, kacang tanah dan biji bijan.

Setiap jenis makanan ini mempengaruhi kecekapan proses metabolik, yang mengakibatkan keletihan, fluid retention, dan hipoglikemia (penurunan gula darah yang teruk setelah makan).

Justeru, apabila makanan-makanan tersebut dielak dan amalkan makanan yang sesuai dengan jenis darah, kadar gula dalam darah akan kekal pada paras normal.

Bukan itu sahaja, salah satu ‘pengorbanan’ paling sukar yang harus dilakukan oleh golongan ini adalah dengan tidak memakan ayam.

Ini kerana, ayam mengandungi lektin aglutinasi dalam tisu ototnya yang dapat menyerang aliran darah jenis B dan berpotensi menyebabkan strok dan gangguan imun!

Oleh sebab itu, D’Adamo menyarankan agar golongan ini menjauhkan diri daripada makanan berasaskan ayam dan menggantinya dengan protein yang lebih bermanfaat seperti kambing, arnab dan daging rusa.

Di samping itu, makanan lain yang mendorong penurunan berat badan adalah pengambilan sayur-sayuran hijau, telur, dan susu rendah lemak.

Tapi, betulkah diet darah ini berkesan?

senarai-diet-terbaik-tahun-2020

Penting untuk para pembaca fahami, tidak ada bukti saintifik yang menyokong diet mengikut kumpulan darah ini.

Satu kajian pada tahun 2014 menyatakan jenis pemakanan ini mungkin popular kerana menekankan pengambilan makanan yang seimbang, mengelakkan makanan diproses, dan bersenam.

Prinsip-prinsip ini juga sebenarnya dikaitkan dengan banyak jenis diet lain dan merupakan cadangan yang biasa diberikan oleh doktor dan pakar pemakanan untuk meningkatkan atau menjaga kesihatan.

Pada tahun 2013, tinjauan sistematik dalam American Journal of Clinical Nutrition melihat 16 kajian sebelumnya mengenai diet jenis darah.

Susulan kajian tersebut, pakar menyimpulkan bahawa tidak ada bukti terkini yang mampu menyokong diet jenis darah.

Keempat-empat diet dalam golongan darah menekankan agar mengamalkan makanan sihat dan kerap bersenam, yang sudah tentu bermanfaat bagi kesihatan anda.

Namun begitu, untuk elak sebarang komplikasi kesihatan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan berbanding mencuba diet ini secara melulu.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=214387
  2. https://eatrightpa.org/members/blog/blood-type-diet-fact-fiction/
  3. https://nutritionstudies.org/the-blood-type-diet-science-or-fiction/
  4. https://www.health.harvard.edu/blog/diet-not-working-maybe-its-not-your-type-2017051211678
Gambar penulis
Ditulis oleh Nisreen Nadiah pada 21/12/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
x