Khasiat Epal Hijau Dapat Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolesterol, Bolehlah Amalkan Selalu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Mungkin anda merupakan salah seorang yang pernah mendengar petua atau tip sebegini, minum jus atau makan epal hijau untuk merawat darah tinggi.

Jika anda belum pernah mendengar tip ini, mesti anda tertanya-tanya, benarkah epal hijau boleh bertindak sedemikian?

Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi? Bagaimana pula dengan epal merah?

Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, kami telah sediakan penerangannya melalui tulisan di bawah ini.

Adakah khasiat epal hijau boleh merawat tekanan darah tinggi dan kolesterol?

Sekiranya anda salah seorang individu yang sedang mencuba mengawal tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol tubuh, memakan epal mungkin boleh membantu anda.

Tetapi ia bukanlah terhad kepada buah epal hijau semata-mata. Mengapa?

Kerana epal lain seperti epal merah juga mengandungi kandungan serat tidak larut air yang boleh menurunkan kadar kolesterol.

Selain itu, epal juga mempunyai serat larut yang membantu penghadaman, gula yang sihat serta fitonutrien yang bekerjasama memberikan manfaat pada tubuh anda.

Buah epal juga boleh membantu anda mengawal berat badan dan mengurangkan risiko masalah berkaitan kardiovaskular disebabkan kandungan kalori yang rendah dalam buah epal ini.

Khasiat epal hijau, bagaimana ia boleh mengatasi masalah hipertensi

epal

Menurut Dr. Sarah Brewer, seorang pakar pemakanan, anda boleh mengurangkan risiko hipertensi atau darah tinggi dengan memakan sekitar empat biji epal setiap hari.

Menurut kajian dari Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 2016, memakan empat biji epal atau lebih setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko darah tinggi sehingga sembilan peratus.

Menurut Dr. Sarah lagi, buah epal kaya dengan kandungan antioksidan yang disebut sebagai flavonoids, yang bertindak sebagai ACE inhibitor (perencat). 

Quercetin antioksidan yang terdapat dalam kandungan buah epal, mempunyai kesan perlindungan pada saluran darah untuk meningkatkan keanjalannya.

Menurut Dr. Sarah, kajian telah menunjukkan bahawa memakan buah epal bukan sahaja dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi, malah ia juga mengurangkan risiko komplikasi  darah tinggi tersebut seperti serangan jantung.

Mereka yang memakan banyak buah epal mempunyai 41 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat strok trombotik, berbanding dengan mereka yang hanya memakan sedikit buah epal.

Serat larut dan serat tidak larut

Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal adalah amat penting untuk memastikan tahap tekanan darah berada pada kadar yang selamat.

Dengan memakan epal, ia dapat membantu anda mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan semasa anda.

Untuk pengetahuan pembaca, setiap biji epal yang bersaiz sederhana tidak mengandungi sebarang lemak dan hanya mengandungi 95 kalori.

Ia juga memberikan anda 4 gram serat yang menyebabkan anda mudah untuk membuang air dan mengenyangkan perut anda untuk jangka masa yang lama.

Buah epal mengandungi kedua-dua jenis serat larut air dan serat tidak larut air, yang mempercepatkan penghadaman dan juga mempunyai khasiat merendahkan kadar kolesterol tubuh pemakannya.

Anda mungkin berminat:

Kandungan asid urik 

darah tinggi

Kepekatan darah yang tinggi dengan kandungan asid urik mempunyai kesan antioksidan yang membantu tubuh anda melawan radikal bebas.

Asid urik plasma yang tinggi mungkin mengurangkan risiko anda untuk mendapat beberapa keadaan kardiovaskular yang kronik, termasuklah tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Menurut Linus Pauling Institute, Oregon State University, buah epal tidak mengandungi asid urik.

Walau bagaimanapun, gula semula jadi yang terdapat dalam buah ini masih lagi meningkatkan kandungan asid urik dalam darah.

Apabila anda memakan sebiji epal, hati anda akan memetabolisme fruktosa buah ini dengan cepat, merangsang pengeluaran asid urik dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam badan anda.

Khasiat epal hijau terhadap penyakit jantung

Pengambilan buah epal sememangnya mempunyai perkaitan yang jelas dengan pengurangan risiko masalah berkaitan kardiovaskular.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan epal telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kedua-dua penyakit kardiovaskular dan peristiwa kardiovaskular.

Menurut kajian tersebut lagi, wanita yang memakan epal dengan kerap mempunyai 13 hingga 22 peratus pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian tersebut adalah berdasarkan Kajian Kesihatan Wanita, iaitu satu tinjauan yang dilakukan terhadap hampir 40,000 orang wanita.

Ia memeriksa perkaitan antara flavonoid atau pigmen berasaskan tumbuhan dengan kemampuan antioksidan dan penyakit kardiovaskular.

Adakah terdapat alternatif lain selain buah epal?

Ya, anda perlu meningkatkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan kandungan kalium (potasium) untuk membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi.

Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya lima bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan pengambilan kalium dan menurunkan tekanan darah anda.

Satu bahagian hidangan adalah sekitar 80 gram, iaitu dengan anggaran saiz sebesar genggaman tangan anda.

Jumlah tersebut mewakili satu bahagian seperti yang dicadangkan:

  • Sebiji buah dengan saiz yang sederhana (epal, buah oren, pir dan pisang)
  • Dua biji buah dengan saiz yang kecil (plum, aprikot)
  • Satu potong buah yang bersaiz besar (tembikai, nanas dan mangga)
  • Dua atau tiga sudu makan buah beri atau anggur
  • Segelas (150 ml) jus buah-buahan
  • Satu sudu makan buah-buahan kering

Berikut pula adalah jenis buah-buahan tertentu yang kaya dengan kalium dan mungkin sangat membantu dalam mengawal tekanan darah:

Jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengawal tekanan darah tinggi

epal

Seperti yang anda maklum, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi anda. Anda boleh mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengambilan jenis-jenis makanan berikut:

  • Garam

Garam boleh meningkatkan tekanan darah secara signifikan.

Berdasarkan kajian pada tahun 2013, mengurangkan pengambilan garam sebanyak 4.4 gram setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah diastolik dan sistolik dengan ketara

  • Kafein

Kafein yang terkandung dalam minuman seperti kopi, teh, minuman bergas dan minuman tenaga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tempoh yang singkat.

  • Alkohol

Pengambilan minuman beralkohol dengan banyak atau secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan dramatik dalam tekanan darah tinggi.

Selain itu, pengambilan alkohol yang terlalu kerap dan banyak juga meningkatkan risiko untuk mendapat kegagalan jantung, strok, kanser dan obesiti

Kesimpulan

Secara umumnya, buah epal dapat membantu anda mengurangkan tekanan darah yang tinggi. Walau bagaimanapun ia tidak terhad kepada jenis epal hijau sahaja.

Selain itu, jangan lupa untuk memakan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan kalium seperti buah pisang.

Buah pisang boleh didapati dengan harga yang murah, malah anda boleh menanam pokoknya di halaman rumah anda tanpa sebarang penjagaan yang ketat dan serius.

Jika doktor ada memberikan preskripsi ubat-ubatan untuk mengawal darah tinggi anda, jangan sesekali meninggalkan pengambilannya walaupun anda kerap memakan buah epal.

Epal sahaja tidak mencukupi untuk mengawal keadaan tekanan darah tinggi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

Ada masanya anda mungkin akan cepat marah-marah tanpa sebab. Itu tandanya anda perlukan sedikit masa bersendirian untuk mendapatkan ketenangan diri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

muka stress

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
bayi di dalam rahim

Nak Tahu, 24 Jam Sebelum Lahir, Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu! No 8 Paling Tak Sangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
menyanyi dan menari

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan