Bagaimana Memilih Roti Yang Lebih Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan daripada makanan ruji merupakan karbohidrat, yang menjadi sumber tenaga utama anda dan banyak menyumbang kepada kandungan gula dalam darah. Oleh itu, memilih karbohidrat yang lebih sihat pasti akan memberi kesan kepada kesihatan anda.

Jika roti merupakan sumber karbohidrat kegemaran anda dan anda ingin memilih versi yang lebih sihat, berikut merupakan beberapa tip pemilihan roti yang lebih sihat:

1. Pastikan bijirin penuh

Roti bijirin penuh (whole grain) patut menjadi asas pilihan anda. Bijirin penuh bererti keseluruhan bahagian bijirin digunakan untuk membuat roti tersebut. Bijirin penuh mengandungi tiga bahagian; endosperma, bran dan germa yang memberikan serat, protein, vitamin, dan mineral untuk badan anda.

Warna gelap pada roti bijirin penuh adalah disebabkan bahagian bran yang kaya dengan serat, vitamin B dan mineral. Endoseperma pula merupakan komponen yang membekalkan karbohidrat sementara germa mempunyai antioksidan dan lemak yang sihat.

Roti bijirin penuh membantu anda kenyang lebih lama dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan anda. Sebaliknya, pemprosesan bijirin penuh kepada bijirin putih membuang bran dan germa bijirin yang kaya serat dan antioksidan.

Label whole wheat pula bermakna roti tersebut diperbuat daripada bijirin penuh gandum. Selain gandum, bijirin lain juga mungkin digunakan untuk membuat roti.

2. 100% bijirin penuh

Roti boleh dilabelkan sebagai bijirin penuh sekalipun hanya 51% bahan kandungan yang layak diiktiraf sebagai bijirin penuh. Oleh itu, lebih baik memilih bungkusan roti dengan label 100% bijirin penuh. Label ini bermakna roti tersebut mengandungi 16 gram bijirin penuh dalam setiap hidangan.

3. Kurang bahan tambahan

Elakkan roti dengan bahan tambahan yang tidak anda kenali dan minyak separa hidrogenasi. Pembuatan roti hanya memerlukan tepung, air, garam dan sedikit gula untuk mengaktifkan yis. Oleh itu, semakin sedikit bahan dalam roti tersebut, semakin baik pilihan anda. Cuba baca bahan-bahan roti tersebut dengan kuat. Jika anda tidak dapat menyebutnya atau memahami apa bahan tersebut selepas carian Google, lemparkannya jauh-jauh. Selain itu, bandingkan kandungan garam dan gula antara jenama roti yang berlainan.

4. Lebih banyak serat, lebih baik

Serat adalah penting untuk diet anda. Ia membantu memastikan anda kenyang, menggalakkan pergerakan usus yang sihat, dan meningkatkan kesihatan usus. Lihat berapa gram serat yang terdapat pada setiap kepingan, dan idealnya, ialah 3 gram ke atas. Pengambilan bijirin penuh membantu anda mencapai keperluan 25 gram serat sehari dengan lebih mudah.

5. Semak kalori

Pilihan roti yang sihat kebiasaannya hanya mengandungi 100 kalori dalam setiap potongan roti. Semak maklumat nutrien pada bungkusan roti dan lihat kandungan kalori yang idnyatakan untuk satu atau dua potongan roti untuk membuat perbandingan yang adil.

6. Organik bukan keutamaan

Sama ada memilih roti organik atau konvensional, tiada perbezaa ketara dari segi kesihatan. Asalkan anda memilih yang penuh nutrien, jimatkan wang anda tanpa perlu beralih kepada organik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan? Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Perayaan 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Tip Pemakanan Ini…

    Pengarah Herbalife kongsikan tips nutrisi makanan untuk penurunan berat badan melalui pemakanan seimbang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/01/2020 . 3 minit bacaan

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Betul ke ada makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita selepas bersalin? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai makanan berpantang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atrofi otot

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    pencuci mulut pesakit diabetes

    Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    minuman isotonik

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    diet pritikin

    Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan