Lakukan 7 Cara Ini Jika Perut Anda Selalu Masuk Angin, Gerenti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda kerap alami perut masuk angin lebih-lebih lagi jika tidak bersarapan pagi?

Tahukah apa punca di sebalik perut masuk angin dan cara menghilangkannya?

Jika tidak, baca info ini dan ketahui cara buang angin dalam perut yang mungkin boleh bantu anda kurangkannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan perut masuk angin?

Perut masuk angin berlaku apabila saluran gastrousus anda dipenuhi dengan udara ataupun gas. Ia membuatkan anda berasa seperti kenyang, perut penuh atau bengkak pada perut.

Perut juga mungkin akan berasa agak keras dan sakit. Selain itu, anda juga mungkin akan kerap mengalami sendawa dan perut anda turut berbunyi disebabkan oleh gas yang terkumpul.

Apakah punca terjadinya perut masuk angin?

Terdapat beberapa sebab yang menjadi punca perut masuk angin. Antaranya ialah:

#1. Udara dan gas di dalam perut

cara buang angin dalam perut

Ini adalah punca yang biasa dan paling kerap berlaku. Gas biasa berkumpul dalam perut terutamanya selepas anda makan.

Pengumpulan gas dalam perut ini berlaku apabila makanan sedang dicerna atau sewaktu anda menelan udara ketika sedang makan atau minum.

Sebagai contoh, lebih banyak udara ditelan sekiranya anda makan atau minum dengan laju, mengunyah gula-gula getah atau merokok. 

#2. Perut masuk angin disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan

Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang turut boleh menjadi punca anda mengalami kemasukan angin ke dalam perut.

Antaranya ialah:

  • Sindrom iritasi usus (IBS)
  • Penyakit radang usus, seperti kolitis ulseratif atau penyakit Crohn
  • Gangguan gastrousus yang lain (FGID)
  • Pedih ulu hati
  • Intoleransi makanan
  • Kenaikan berat badan
  • Fluks hormon (terutamanya untuk wanita)
  • Giardiasis (jangkitan parasit usus)
  • Gangguan makan seperti anorexia nervosa atau bulimia nervosa
  • Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kegelisahan, kemurungan, dan lain-lain
  • Beberapa kesan pengambilan ubat-ubatan
  • Pertumbuhan berlebihan atau kekurangan bakteria dalam saluran gastrousus
  • Pengumpulan gas
  • Pergerakan usus yang diubah
  • Transit gas terjejas
  • Refleks perut yang tidak normal
  • Hipersensitiviti viseral 
  • Malabsorbsi makanan dan karbohidrat
  • Mengalami sembelit

#3. Penyebab daripada keadaan kesihatan yang lebih serius

Perut masuk angin juga boleh berpunca daripada beberapa keadaan kesihatan yang lebih serius berbanding keadaan kesihatan di atas. Ini termasuklah:

  • Pengumpulan cecair patologi di rongga perut yang disebabkan oleh kanser, penyakit hati, kegagalan buah pinggang, atau kegagalan jantung kongestif
  • Penyakit seliak, atau intoleransi gluten
  • Kekurangan pankreas, yang menyebabkan pencernaan terganggu
  • Saluran GI yang berlubang, yang menyebabkan pengeluaran gas, bakteria saluran GI normal, dan kandungan lain ke dalam rongga perut

Apakah cara buang angin dalam perut yang boleh dilakukan?

Terdapat beberapa cara buang angin dalam perut yang boleh diamalkan jika alami perut masuk angin. Berikut adalah 7 cara paling mudah:

#1. Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa

perut masuk angin

Sekiranya anda sering makan dengan banyak dan menyebabkan perut rasa tidak selesa selepas makan, cuba kecilkan saiz hidangan anda. 

#2. Kenal pasti sebarang alahan atau intoleransi pada jenis makanan tertentu

Apabila anda makan sebarang jenis makanan yang boleh menyebabkan intoleransi, ia akan menyebabkan penghasilan gas yang lebih banyak dalam perut lalu menyebabkan kembung perut.

Begitu juga jika anda mempunyai sebarang alahan terhadap jenis makanan tertentu.

Antara jenis makanan yang mungkin diambil perhatian adalah seperti laktosa, fruktosa, telur dan gandum.

#3. Elakkan menelan udara dan juga gas

Sebagai contoh, elakkan pengambilan minuman bergas kerana minuman ini mengandungi gas karbon dioksida.

Gas daripada minuman ini akan keluar apabila cecair sampai ke bahagian perut anda.

Selain itu elakkan juga aktiviti merokok, mengunyah gula-gula getah, atau makan dengan laju.

#4. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak

Sesetengah jenis makanan boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak dalam perut anda.

Ini termasuklah jenis makanan yang tinggi kandungan serat seperti kekacang, lentil dan juga bijirin penuh. 

#5. Ambil suplemen enzim pencernaan 

Anda juga boleh menghilangkan kembung perut yang dialami melalui pengambilan suplemen enzim seperti Lactase atau Beano yang didapati di farmasi.

Ini bagi membantu mencernakan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh perut.

#6. Elakkan punca sembelit

cara buang angin dalam perut

Bagi mengelakkan sembelit, ambil lebih banyak sumber serat larut seperti avokado, brokoli dan juga keledek. 

Selain itu, jika anda mengambil makanan yang kaya dengan kandungan serat, anda juga mestilah minum banyak air atau melakukan lebih banyak aktiviti fizikal agar tidak mengalami sembelit. 

#7. Gunakan minyak pudina

Minyak pudina adalah salah satu bahan semula jadi yang dipercayai mampu mengurangkan kekejangan otot perut yang boleh menyebabkan kembung perut.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa minyak pudina boleh mengurangkan simptom sindrom iritasi usus termasuklah kembung perut. 

Kesemua cara-cara yang dinyatakan ini adalah mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang kos yang tinggi.

Oleh itu, perut masuk angin kini bukanlah satu perkara yang menjadi kerisauan anda pada masa akan datang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Perayaan 20/01/2020 . 4 minit bacaan

Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ini boleh terjadi? Ikuti petua hilangkan sembelit di sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/11/2019 . 3 minit bacaan

Adakah Anda Berbadan Dua? Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengandung Ini

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 30/06/2019 . 3 minit bacaan

Bayi Kembung Perut? CUBA 13 Tip Ini Untuk Melegakannya. PASTI Berkesan !

Bayi kembung perut normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Ada cara melegakan kembung perut bayi untuk anda cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 12/06/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asid refluks

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
buang angin

Malu Terkentut Di Tempat Awam? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
perut masuk angin

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
cara kecutkan cyst

Kerap Sangat Sakit Bawah Perut? Hati-Hati Dengan 11 Tanda Cyst Ovari Yang Mengancam Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan