backup og meta

Khasiat Sebiji Epal Hijau Dapat Mencegah Sakit Jantung & Memelihara Sel Kulit Wajah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    Khasiat Sebiji Epal Hijau Dapat Mencegah Sakit Jantung & Memelihara Sel Kulit Wajah

    Walaupun epal hijau kurang menjadi kegemaran kebanyakan orang kerana rasanya yang sedikit masam. Epal hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan. Ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk keseluruhan kesihatan. Berikut adalah senarai 5 faedah epal hijau yang luar biasa.

    1. Melawan masalan penuaan

    Epal hijau mempunyai manfaat tambahan lain iaitu membantu memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan keindahan keseluruhan. Ia juga membantu dalam penjagaan kulit yang betul dan menghilangkan lingkaran hitam.

    2. Meningkatkan metabolisma

    Epal hijau mempunyai kandungan serat yang tinggi yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Semasa memakan epal, pastikan anda tidak membuangnya. Mengambil epal bersama kulitnya meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, epal membantu dalam proses detoksifikasi. Ia memastikan hati dan sistem penghadaman daripada unsur-unsur berbahaya.

    3. Rendah lemak

    Epal hijau mempunyai kandungan lemak rendah dan membantu mengekalkan aliran darah yang baik di dalam badan. Peredaran yang lebih baik boleh mencegah penyakit jantung dan strok. Epal hijau juga kaya dengan vitamin K yang memberikannya kemampuan untuk menyembuhkan pembekuan darah.

    4. Sumber kaya Vitamin A dan C

    Epal hijau adalah sumber vitamin C yang sangat baik yang memelihara sel-sel kulit daripada kerosakan oleh radikal bebas dan juga mengurangkan risiko kanser kulit. Ia juga mengandungi vitamin A yang membantu dalam mengekalkan penglihatan yang baik.

    5. Baik untuk tulang

    Selain menjadi sumber vitamin dan mineral yang sangat baik, epal hijau juga kaya dengan kandungan kalsium. Makan epal hijau setiap hari boleh menguatkan tulang dan gigi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan