Mengidam Makanan Manis: Bagaimana Menanganinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Mengidam atau teringin sesuatu makanan yang manis adalah sukar dikawal. Cara-cara berikut boleh membantu anda menahan godaan gula.

Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk anda menghentikan mengidam makanan manis.

Rasa sedikit

Anda boleh makan sedikit makanan yang anda ‘teringin’ seperti merasa sedikit biskut atau gula-gula. Dengan menikmati sedikit makanan yang anda inginkan boleh membantu anda menangani masalah mengidam makan manis. Bagaimanapun, cuba hadkan kepada 150- kalori pada pengambilan makanan manis anda.

Campurkan makanan

Jika dengan menghentikan pengambilan biskut atau gula-gula boleh membuatkan anda seperti serba tidak kena, anda boleh memuaskan rasa teringin manis anda dengan mencampurkan makanan yang diidamkan bersama makanan sihat.

Makan ayam belanda

Bertahan daripada ingin menjamah makanan manis bukannya mudah. Walau bagaimanapun, sesetengah individu akan mengalih rasa mengidam mereka dengan makan ayam belanda sejuk, dan kesannya rasa mengidam makanan manis akan hilang selama beberapa hari. Sementara, individu lain pula masih akan rasa mengidam, cuma mereka akan dapat mengawal selera mereka dari semasa ke semasa dengan pengambilan kurang makanan manis.

Kunyah gula-gula getah

Jika anda ingin mengelakkan rasa mengidam makanan manis, cubalah mengunyah gula-gula getah. Kajian membuktikan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh melepaskan keinginan untuk makan.

Pilihlah buah-buahan

Jika rasa mengidam, anda boleh makan buah kerana buah-buahan juga mengandungi rasa manis asli. Selain rasanya yang manis, buah juga memberikan anda serat dan nutrien. Selain itu, anda boleh makan makanan seperti kekacang, bijian, dan buah-buahan kering. Sentiasa bawa snek ini ke mana-mana supaya anda boleh terus makan apabila rasa mengidam anda datang.

Berjalan

Jika anda terasa mengidam makanan manis, segera berjalan-jalan di sekeliling atau melihat pemandangan di luar bangunan bagi mengalih perhatian anda kepada rasa mengidam.

Utamakan kualiti berbanding kuantiti

Jika anda terpanggil untuk makan makanan manis, anda boleh terus makan tetapi pastikan pada kuantiti yang kecil. Contohnya, pilih truffle coklat gelap berbanding kepingan gula-gula bersaiz besar, kemudian makan sedikit-sedikit sehingga rasa mengidam anda ‘berlalu’. Belajar untuk mengambil makanan manis dalam jumlah yang kecil tetapi beri perhatian juga kepada pilihan makanan yang kurang manis dan lebih sihat.

Makan dengan kerap

Sela waktu makan yang panjang boleh membuatkan anda mengidam makanan manis dan berlemak bagi menghilangkan rasa lapar anda. Jadi, anda disarankan untuk makan pada setiap tiga hingga lima jam bagi membantu menstabilkan glukosa darah dan mengelakkan anda daripada teringin makan makanan yang tidak rasional. Pilih makanan yang mengandungi protein, dan serat seperti bijian penuh.

Salah satu cara terbaik untuk mengawal rasa mengidam makanan manis adalah dengan menghentikan rasa mengidam sebelum ia datang. Tip di bawah boleh membantu anda melakukannya:

Elakkan pemanis tiruan

Pemanis tiruan kelihatan seperti pilihan yang baik, tetapi ia tidak boleh mengurangkan rasa mengidam anda kepada makanan manis. Malahan, pemanis tiruan juga memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda seperti obesiti.

Hadiahkan diri anda atas kejayaan anda mengawal rasa mengidam manis

Ganjaran tersebut boleh jadi kecil ataupun besar. Sentiasa beringat tentang usaha anda mengelak daripada makanan manis dan hadiahkan diri sendiri atas setiap langkah yang berjaya anda harungi.

Perlahan-lahan

Setiap minggu, beri perhatian pada rasa mengidam anda dan fikirkan apa yang anda makan. Catatkan makanan yang anda makan, dan secara berperingkat, rancang pemakanan dan mengikut jadual.

Dapatkan sokongan

Kebanyakan individu akan mencari makanan manis apabila mereka berasa stres, murung, atau marah. Walau bagaimanapun, makanan tidak boleh menyelesaikan masalah emosi anda. Perhatikan adakah emosi berkait rapat dengan pengambilan manis anda ataupun sama ada anda memerlukan bantuan untuk mencari penyelesaian lain bagi masalah emosi tersebut.

Gabungkan pelan

Anda mungkin perlu lebih daripada satu strategi untuk mengawal rasa mengidam makanan manis. Tidak semestinya anda akan berjaya menggunakan taktik yang sama pada setiap kali rasa mengidam anda datang. Jadi, cuba cari pendekatan lain untuk mengelakkan rasa mengidam anda ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawat Jerawat Dengan Produk Berasaskan Tretinoin, Ikut Cara Pakai Ini, Barulah Berkesan!

    Jerawat, susah betul nak bebas daripada masalah kulit ini, terasa mahu putus asa saja! Tunggu dulu, sudahkah anda cuba merawat jerawat dengan tretinoin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Jerawat 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

    Sakit pangkal rahim boleh dialami oleh mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser serviks. Jika dikesan awal, penawar kanser pangkal rahim boleh...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Serviks 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

    Masalah tulang retak garis rambut (hairline fracture) lazim berlaku dalam kalangan atlet yang menceburi sukan yang melibatkan larian atau lompatan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Patah Tulang 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Perlu diketahui bahawa warga emas juga memerlukan suntikan vaksin pneumococcal. Selain vaksin pneumococcal, ada empat lagi vaksin untuk warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara merawat penyakit jantung

    Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan ulser

    Anda BERISIKO Alami Ulser Lidah Jika Berdepan Masalah Penghadaman Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan kencing tak lawas

    Orang Tua Kena Baca Ini Jika Alami Kencing Tak Lawas! #4 Itu Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung di Malaysia

    Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia! Jom Ambil Tahu Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan